Jumaat, 7 November 2008

ini yang nak di tinggalkan...



Hari ini aku akan terlibat dalam satu perhimpunan besar - 140 pelajar yg akan belajar BAGAIMANA untuk menjadi PEMIMPIN yg baik. Dan sejak dari semalam hidangan ' mata ' cerita semakin menakutkan - apa yg mahu di kongsikan.

Aku anak yang membesar dengan SUMBANGAN kerajaan ( FELCRA SEBERANG PERAK ) - tentunya amat CELAKA kalau tidak melihat SUMBANGAN kerajaan selama ini - kemudahan di kampung. buku bantuan.sekolah percuma.sampai sekarang semuanya SUMBANGAN kerajaan.

Tapi setelah puas menerima SUMBANGAN - sampai masa aku MEMBERI - dalam kontek KEPIMPINAN apa yg boleh aku kongsikan. Aku sekadar boleh bercerita persoalan2 yg sekadar teori - dari BTN ke PLKN ke KEM - teori dan seterusnya teori.

Perlaksaannya. Ini pandangan orang2 yg tidak berpihak : Apa yg kami mahu sebuah Negara Malaysia yg harmonis , stabil , india + cina + melayu + dll hidup dengan MATLAMAT yg sama. Kami mahu sebuah Negara Malaysia yg di pimpin oleh PEMIMPIN yg meletakkan NIAT diatas....apa yg berlaku hari ini. MATLAMAT SEAKAN MEMHALALKAN SEMUA CARA.UNDANG2 SEMAKIN DIHUJUNG JARI TUAN2 & PUAN.

Kami orang yg tidak berpihak sekadar IKUT.dan terus IKUT....kita teringat cerita HANG NADIM mengajar pembesar negara dulu. Kami tidak boleh lebih PANDAI dari apa yg sudah TUAN2 & PUAN2 ATURKAN......

Moral untuk aku - malu untuk di kongsikan. Sekadar cerita yg baik..kita cerita pasal TEORI aja.Yang lain2 - semuga kalian cepat2 dewasa yg tafsirlah apa yg berlaku - ini negara kita.bukan negara mereka dan keluarga mereka......maaf emosi sikit.

11 ulasan:

Tirana berkata...

Terpaksa ikut telunjuk..Kalau tidak, akan dicopkan "seperti kacang lupakan kulit" atau "anak tak mengenang budi".. Jinggo, buatlah sekadar yang termampu. Allah tidak membebankan kita dengan apa yang tidak mampu kita lakukan..

Unknown berkata...

puan tirana - itulah yg sepatutnya.ikut apa yg telah diatur.terima kasih : kerana itu memang dah sepatutnya...agar tidak menjadi ' kacang lupakan kulit ' dan ' anak tak mengenang budi '....yang lain2 simpan untuk tafsir sendiri....

Unknown berkata...

Salam sdr. jinggo,

Semua yang saudara huraikan tentang budi kerajaan itu sebenarnya bukan dalam bentuk budi. Itu adalah kewajipan bagi sebuah kerana kepada rakyatnya. Budi yang sedemikian tidak perlukan balasan.

Budi kita sebenarnya kepada negara, kepada Agama dan bangsa. Tapi dalam situasi apa sekali pun agama dan negara berada di paling hadapan.

Sdr. sudah ada jalan sendiri untuk taburkan bakti... alhamdulillah.

Unknown berkata...

ralat: Itu adalah kewajipan/tanggung jawab bagi sebuah kerajaan kepada rakyatnya.

Sharifah Hassan berkata...

Never question what others have done for you but ask yourself, what you can do for others...

Perjuangan kerajaan adalah untuk siapa?

Tepuk minda bersoal jawab dengan hati!

Mak Su berkata...

selamat berjaya :)

Unknown berkata...

buat syarifah hassan.

Kerajaan yang berjuang atau rakyat yang berjuang?

Kerajaan itu apa?

aku sudah 20 tahun dalam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Bila kita bekerja dengan kerajaan, seharusnya kita ikut dasar kerajaan walaupun terpaksa hipokrit sekalipun. Membantah apatah lagi menentang dasar kerajaan buruk padahnya. Dulu aku juga seorang guru, masa perhimpunan sempeda Hari Merdeka, tersilap cakap sikit pasal kerajaan kena panggil oleh Pengetua. Dia beri amaran, jadi orang kerajaan kena tahu kenang budi. Budi apa aku pun kurang faham.

Selepas itu aku tinggalkan profesion perguruan masuk swasta. Ruang untuk bersuara lebih terbuka.

Unknown berkata...

Balasan untuk semua - rasanya tidak kesudahnya cerita sumbangan + tangungjawab = sikap kita. yang pastinya.....jangan jadi HANG NADIM...harapan saya untuk saya : bergerak atas kapasiti yang disediakan pada saya......terima kasih untuk semua.saya masih dilapangan perjuangan...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan berkhidmat untuk rakyat menguruskan dana yang disumbangkan rakyat melalui potongan cukai daripada pendapatan mereka...tiada apa yang boleh diungkit oleh kerajaan jika mereka terpaksa menerima tomahan rakyat kerana rakyat juga berhak bersuara kerana mereka yang memberi dana kepada kerajaan untuk mentadbir.

Unknown berkata...

buat peminat jutawan - itu yg kita kata.bukan yg diorang kata.rasanya tidak banyak ruang untuk kita dapat dan ceritakan apa yg sepatutnya dalam kontek hari ini...sistem seakan dikongkong atas banyak kepentingan2 tertentu.saya terlibat secara terus dan berhadapan dengan modul yg disediakan - untuk di kongsikan.....apa yg boleh kita katakan....jangan sampai bala yg tidak memilih siapa betul siapa salah......

Eco Kid Adventure on Facebook