Selasa, 11 November 2008

inilah orang kita...




Sekali lagi orang2 ALAM SEKITAR berkumpul.cerita yg SAMA - projek @ program seterusnya untuk mempastikan kesinambungan kehidupan dibumi yg semakin layu disebabkan tangan2 kita....

Perasmian Hari Kitar Semula MBPJ - oleh YB Exco Alam Sekitar Selangor. Ceritanya masih sama : muka2 yg sama sekali lagi kami membuat reunion - sedih ! ratanya ( 80 % ) adalah rakan2 daripada bukan MELAYU. Apa orang MELAYU tak minat atau tak nak ambil tahu - ataupun sibuk dengan cerita lain.Jawapannya : tahu tapi tak nak ambil tahu ataupun tak tahu macamana nak ambil tahu.....

Kita akhirnya akan MENJERIT melihat bumi ini dicalar sini dan sana. Atas kapasiti kepentingan itu dan ini kita ( MELAYU ) kita mula BANGUN - YB ini tak buat kerja. YB ini yg meluluskan. YB ini korap...bla...bla....itu kita.Bangsa kita.....

Moral untuk aku : dalam kesibukan kita mengejar kesempurnaan hidup - kita janganlah lupa bumi yg kita junjung kita selamanya disini dan begini.......

12 ulasan:

Brahim Nyior berkata...

Bro Jinggo,
Kecewa bunyinya,..mentaliti bangsa kita, begitulah. Lebih mengutamakan perkara-perkara hiburan, pesta dan keseronokan semata-mata.

Malu saya kalau ada di sana, sebab bukan Melayu lebih sayang alam sekitar. Kurang kesedaran sebenarnya.

kaklong berkata...

cikgu jinggo

sampai bila agaknya kaum kita akan sedar?

alam sekitar bukan sesuatu yg boleh ditukar ganti.

sekali hilang, akan hilang selama-lamanya.

-wilda

naz ilyn berkata...

Salam bertandang..

bumi yang ku junjung
langit tempat ku berpayung
pepohon mengizin ku berlindung
bagaimana ianya terus berkesinambung
jika tangan sendiri tak terbendung

p/s: di mana bumi di pijak di situ langit di junjung

Unknown berkata...

itulah pasenya yop : reso benor teman mikirkan apa yg akan berlaku untuk hari2 seterusnya - bila semua suratkhbor semakin seronok membuka aib orang...aib diri sendiri tutup setutupnya...kita berhadapan dengan kuanliti alam yg menakutkan.............akirnya lu fikirkan sendiri......

Unknown berkata...

wilda - kemana menghilang : cgu brahim pun cari2....terima kasih kerana komen disini.itulah hakikat yg kita kena terima.minat dan keinginan kita untuk sama2 membantu mengekalkan keharmonian yg ada terlalu sedikit.

kita sibuk menyalahkan itu dan ini sedangkan punca segala kekalutan alam bermula dari diri sendiri...

Bila langit sudah hilang birunya ( jerebu ) , sungai mengalir umpama longkang2 besar - kita semakin mula menyalahkan itu dan ini.menuding itu dan ini......dan apa lagi. Orang2 Alam Sekitar( macam wilda ) ini ruang dan media besar kepada kita untuk sebarkan.......bumi ini bukan warisan !!!!

Unknown berkata...

puan naz - dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.....itulh sepatutnya kesedaran yg ada.tapi langit kita dah berlubang ( OZON ) - bumi kita dah merekah.....kemana lagi mahu dijunjung kemana lagi mahu di pijak......

Tirana berkata...

Kita sendiri yang melakukan kerosakan di mukabumi ini jadi janganlah salahkan Tuhan kalau satu hari nanti kita menjadi mangsa kerakusan kita sendiri..

Unknown berkata...

Sdr.

Orang kita memang gitu. Tidak prihatin. Cuba saudara tengok di dalam MNS Persatuan Cinta Alam Malaysia ada berapa orang muka Melayu?

Saya bukan nak hina bangsa sendiri, tetapi hakikat terpaksa di telan. Pergi ke bandar buang sampah, dari tingkap kereta pun buang sampah. Pergi berkelah, tinggalkan sampah. Panjat gunung, tinggalkan sampah. Kat rumah pun bersepah-sepah... entahlah.

Saudara pernah baca tak kisah pelayaran Abdullah Munsyi dengan catatannya berkenaan sampah dan kebersihan orang melayu di zaman itu. Pada saya dari zaman Abdullah Munsyi sehingga sekarang perangai orang melayu dengan alam sekitar dan kebersihan masih tidak berubah.

Unknown berkata...

puan tirana - kemarahan bumi di tsunami adalah peringatan yang paling besar yg kita pernah ' diingat ' kan.....semuga kita dan kaum kita dijauhkan....

Unknown berkata...

tuan mont - itulah realiti.saya staff MNS ( 1993 - 1995 ): semasa Projek Hutan Belum tu saya bersama MNS - FRIM. dan tahu sejauh mana penglibatan kita.......

semuga ada ruang untuk kita berjumpa suatu masa nanti...

Unknown berkata...

Saudara mungkin kenal Nik Masri..

Sharifah Hassan berkata...

heheheh..tak appear rupanya!

Ini komen saya semalam:

"same old...same old"

Let's not talk anymore but let's JUST DO IT...

Eco Kid Adventure on Facebook