Rabu, 26 November 2008

Kisah Kopi.Lobak dan Telur.




Semalam didatangi seorang kawan lama - seronok kami bercerita - seseorang yg tahu meletakan saya di tempat yang betul.....kami berkongsi itu dan ini. seterusnya cerita ini menjadi pilihan untuk kita kongsikan...

Satu Kem Pembinaan Diri seorang penceramah mengajar pelatih nya tentang kehidupan. Agak pelik hari tu kerana penceramah itu membawa tiga periuk.air.lobak.telur.kopi pada hari itu. Dan ketiga2 bahan tersebut dimasukkan di dalam periuk yang berbeza dan dipanaskan.

15 minit kemudian : Benda2 itu dibawa keluar , dan hasilnya.Lobak tadi sudah layu.Telur menjadi keras.Kopi tetap kopi.

Kesimpulan untuk difikirkan : Lobak mewakili seseorang yang keras , kuat bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Agresif. Bila berhadapan dengan pemasalahan yang bertubi - tubi dia tidak mampu untuk berhadapan dengan kemelut emosi dan layu...

Telur mewakili seseorang yang lembut , bijak berbicara , asertif dan cukup di senangi oleh orang lain. Bila berhadapan dengan cabaran dan pemasalah. Dia menjadi keras , sombong , angguh dan egois.

Kopi tetap kopi....malah warna tidak merubah.Malah akan meninggalkan haruman.....

Periuk & Air ( persekitaran & pemasalahan ): Hidup ini tidak selalunya indah untuk kita lakarkan. Kadang2 kita tersasar untuk membuat pilihan diantara itu dan ini. Semuga kita mengambil semangat kopi. Biar apa pun yang berlaku : Jalan harus ke depan.....Disinilah terletakkan IQ.EQ.ESQ..dan paling baru PQ....

15 ulasan:

Tirana berkata...

Jinggo..kisah kopi, lobak dan telur, saya dah pernah dengar lama dulu..Masa tu masih was-was nak tentukan yang mana satu saya..kadang-kadang jadi telur..kadang-kadang jadi lobak tapi setelah sekian lama masa berlalu...pengalaman demi pengalaman yang saya lalui..ada pahit..ada manis..(yang sebenarnya pengalaman itu mengajar kita sesuatu)..maka agaknya saya sekarang jadi kopi..hehehe..

Rajuna berkata...

entah
bab Q tu aku tak paham
yang lain2 ok

Unknown berkata...

Puan - itu cerita yg saya dapatkan dari sebuah buku ( nanti saya letakkan gambar kat blog ) - semua cerita saya dari sana : sebab kadang2 susah mahu ditafsirkan hidup yg semakin remcam ni......hati dan iman sahaja yg mampu memjawab segalanya...

Unknown berkata...

rajuna - terima kasih. Pasal Q tu nanti saya akan storykan dalam blog cik rajuna....

Brahim Nyior berkata...

Bro Jinggo,

Nak berceramah depan remaja, kena kreatif. Kalu tidak, ceramah jadi layu, macam lobak ler..

Tirana berkata...

Sebenarnya kita banyak belajar dari periuk dan air (itupun kalau kita nak belajar). Semakin besar periuk dan semakin banyak air, semakin banyak yang boleh kita pelajari. Bila air dalam periuk menggelegak, maka pengalaman kita yang berada di dalamnya akan menjadikan kita semakin tabah...mungkin di peringkat awal kita tewas jadi lobak...tapi di peringkat-peringkat seterusnya kita akan bijak mengendalikan diri kita sendiri dan akhirnya kita akan menjadi kopi...harap-harapnya begitu lah..

erisya nor berkata...

analogi yang begitu menarik!tq for sharing...ada modal nak citer kat anak :)

Unknown berkata...

gitulah yop - tapi satu perkara kalau berhadapan dengan remaja ni - kena tahu bahasa diaorg...lain.apa2 pun terima kasih kerana berkongsi.dan teman sentiasa mencari benda baru untuk berhadapan dgn remaja ni....

Unknown berkata...

puan tirana - satu penambahbaikan dari cerita lobak....semakin besar periuk semakin banyak air.....dulu saya memang lobak.melalui hari2 yg macam2 menjadikan sedikit kopi.....cuma tak tahu harum @ tidak kopi ni...yang pastinya kopi.

Unknown berkata...

puan erisya - semua cerita saya sebahagian besar ada dlm buku ( gambar buku tu dlm blog saya ) - menarik untuk dikongsikan dengan anak2.....

Mak Su berkata...

bagus ya kisah tu, utk dikongsi ngan bebudak

Unknown berkata...

mak su - beli aja buku Setengah Isi Setengah Kosong - buku indo...tapi kalau bercerita dengan anak2 jangan pulak guna bahasa indo.....he....he...beli ok.

Tirana berkata...

Samada harum atau tidak kopi, biar orang di sekeliling kita yang menilai.. Kadang-kadang kita tak terhidu bau sendiri sebab dah biasa sangat dengan diri sendiri jadi biar orang lain yang terhidu baunya...harap2 bau yang harum lagi menyenangkan..hehehe..

Unknown berkata...

Puan tirana - diharapkan macam tu - sebab bau yg harum boleh dikngsikan dgn org lain ( busuk pun dikongsikan ) - tentunya yg wangi tu dapat menarik orang.dan buku Setengah Isi Setengah Kosong tu baik untuk di baca ( lebih baik dari HM Tuah Iskandar ).....

Unknown berkata...

salam sdr. jinggo.

Bagaimana dengan kupu-kupu?

Eco Kid Adventure on Facebook