Ahad, 23 November 2008

kronologi pertemuan kami....






Rasa terlalu cantik pembikinan Kem Kemantapan Diri - Politeknik Syah Alam. Disini sedikit kronologi pertemuan kami....

Kem yang tentunya tidak menjadi sia2 kepada sesiapa yg mengambil kira ini adalah satu kesempatan yang tidak akan berlaku dua kali ( ini pusingan pertama dan terakhir kita ) - kami mengasak kalian dengan satu persatu teori2 akademik yang semakin lancar di mulut kami - kita mulakan dengan GERAK ASLI + PERJALANAN KOMITMEN - dan dihujungnya mahu tidak mahu itu yang perlu kita lalui : Malu lawannya Malu. Akhirnya - itulah kita. Kalian tentu sudah tersedia hebat dan komitmen untuk naik ke atas..Hidup ini ada serangkaian cerita yang memang menjadi PILIHAN kita. Kita yang pilih.Untuk itu pada kalian jangan tersalah membuat pilihan...Kita menakhiri hari dengan satu pertemuan dan percantuman komitmen yang dihujungnya adalah kepuasan bersama..


Esok. Hari ke 2 - kita mulakan dengan solat bersama - poco2 ( dan pastinya senamrobik dari sister UPSI menjadi pilihan ) - Teknik Membina Pengaruh menjadi kita semakin nak tahu itu dan ini - macamana mahu menjadikan kita orang yg ada kredebiliti..kita lalui bersama kembara sbuta - permainan 'team building ', teknik membuat pilihan & matlamat.. dan akhirnya malam - ( jinggo ambil pendekatan rancangan TV - Survivor ) - seseorang harus di singkir dari kumpulan.dan orang itu harus tahu kenapa dia dia harus di singkir......susah mahu ditafsirkan kalau tidak melihat apa yg terjadi.satu persatu selingkar kehidupan terbongkar....

Seterusnya - hari ini tepat pukul 2 pm.Kita bakal meneruskan cerita kita - yang ditinggalkan bukan sedikit cerita untuk kita kongsikan untuk diri kita dan untuk kawan2...

Moral untuk Jinggo kepada rakan : Hidup ini hanya ada satu pusingan sahaja.Pada pusingan ini pastikan kita tahu membuat pilihan yg terbaik untuk hari2 seterus tidak ada jalan pintas.Jalan harus ke depan...

gambar seterusnya di ECO KID ADVENTURE

14 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

Oh bukan ikut program cikgu...saya selalu baca aktiviti cikgu di sini.Boleh beri harga pakej/ qoutation?Just a simple draft only.

Unknown berkata...

Terima kasih cgu sonata : harga pakej cgu boleh buka Eco Kid Adventure - Aktiviti : saya seronok mahu kongsi apa yg tidak sepatutnya saya simpan - 80 % buku 2 yg saya baca akar saya hamburkan semasa di kem - kesimpulannya : datang jangan tak datang...pasti lawatan cgu bersama anak murid berbaloi....kena booking awal.no saya ada kat Eco Kid - didahulu dengan ucapan terima kasih....

Tirana berkata...

Kem-kem seperti ini bagus untuk menyemai rasa keyakinan diri pada anak-anak kita. Seseorang itu akan merasa hidupnya lebih bermakna jika dia ada keyakinan diri yang tinggi.

sonata anak kancil berkata...

InsyaAllah, saya akan selalu ikuti perkembangan. Cuti2 ni agak 'relax' sikit, boleh la 'rajin' chat/update kat blog.

Unknown berkata...

puan tirana terima kasih : saya mengikuti saya latihan praktikal di landsdale , perth dulu.ada satu pendekatan yg amat menarik yg di gunakan untuk mengeluarkan kita dari kepompong kita sendiri...biasanya akan dibuat diawal kem..tapi kem ini subjektif pembikinannya.mana2 pun sama - semangat masa tu.jenuh cari formula untuk mempastikan momentum mereka terus berkekalan.dan terima kasih kerana komen.

Unknown berkata...

cgu sonata - terima kasih.rasanya ini media yg terbaik untuk kita kongsi2kan apa yg patut...

azlanlin berkata...

Konsep survivor:

Menarik aktiviti itu kerana ia mampu menjana minda yang lebih mantap. Lebih-lebih lagi apabila moral akhirnya ialah menerima 'kegagalan'. Moral itulah yang mampu membina jatidiri yang lebih mantap jika ianya diterima dengan sikap positif.. x gitu my friend?

Unknown berkata...

cgu azlan - konsep tu : ada kenanya dengan keperluan program : selalunya orang tidak penting MESTI disinggir.Tidak penting bermakna tidak komited.Tapi dalam kehidupan biasa kita MESTI ke macam tu. Sebab setiap orang ada potensi yg berbeza - sebab kata bijak pandai - JAM YANG MATI PUN AKAN BETUL DUA KALI - tapi ayat yg terakhir tu saya setuju...kegagalan akan menjadikan mereka lebih kuat...

ruhil berkata...

terima kasih atas pengalaman yang amat berharga buat kami semua..
banyak yang telah kami pelajari di sana.. insyaallah, kami akan praktikkan apa yang telah kami dapat.. en jinggo merupakan ikon terbaik kepada kami, klau boleh kami semua ingin menjadi hebat seperti en jinggo..

Unknown berkata...

ruhil oh ruhil - terima kasih kerana menjadi saya sebagai ikon - terasa macam syed muzaffar pulak.tapi itu cerita dan hidup yg boleh kita kongsikan bersama.Perubahan itu bukan fitrah kita - tapi kita harus merubah berdasarkan kepada keperluan hari ini. bagaimana untuk berubah : bergantung besar kepada keinginan kita...jadi untuk naik keatas - terus terusan kita bersama disini....pertemuan kita merupakan titik tolak dan media yg terbaik....bro akan bantu memberi yang terbaik untuk kalian...

Mak Su berkata...

saya ikut menari poco2 dari jauh ya...

ada pakej ek? nanti saya hantar anak2 saya ya, boleh tak?

Unknown berkata...

mak su - terima kasih kerana perhatian mengenai kerjaya saya : anak2 sekolah mana - sebab saya terus dengan sekolah.....

azlanlin berkata...

Pertemuan kita kita yang menajdi tandatanya... bila dan di mana? Hehheeh.

Terdetik juga di hati, mahukah insan hebat untuk ketemu dgn aku insan kerdil ini? huhuhu

Unknown berkata...

cgu azlan - jangan macan tu...he...jiwangnya...insyallah : ada ruang dan kesempatan kita akan kongsi2kan apa yg patut di kongsikan.....

Eco Kid Adventure on Facebook