Khamis, 27 November 2008

Mengapa kita memerlukan BENCANA....


selepas hantar Ana & Sofia ' balik ' saya teringat cerita ini...dari buku hebat di atas : Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membaca buku ini semasa di penjara....

Kebanyakan kita belajar hanya setelah kepala kena ketuk ! MENGAPA ? Kerana fitrahnya sudah begitu - kita lebih senang tidak berubah.

Kita akan mula menjaga kesihatan bila doktor kata : kalau tak ubah cara hidup , maknanya mencari maut. Pastinya kita akan berubah.

Dalam pelajaran , bila kita mula tekun belajar , apabila kita nyaris gagal.

Bila akan selalu berdoa : bila hidup kita kucar kacir !

Dalam hubungan : bilakah selalunya kita menyatakan kasih sayang ? apabila rumahtangga hampir runtuh....


Kita mendapat pengajaran terbesar dalam kesusahan. Bilakah kita membuat keputusan terpenting dalam hidup ? Apabila kita jatuh melutut - setelah ditimpa bencana....

Moral untuk diri sendiri : Kita disini bukan untuk di hukum. Kita disini untuk dididik. Setiap peritiwa ada potensi mengubah kita , dan bencana mempunyai potensi untuk mengubah pemikiran kita. BERTINDAK DENGAN ANGGAPAN SETIAP PERISTIWA ADA TUJUAN.MAKA HIDUP KITA AKAN MEMPUNYAI TUJUAN......fikirkan mengapa kita memerlukan pengalaman , ambil tindakan menguasainya : maka kita tidak akan memerlukannya lagi..

27 ulasan:

Tirana berkata...

Pengalaman pahit biasanya lebih mudah mendidik kita. Manusia biasanya ingat pada Tuhan bila dia ditimpa kesusahan. Bijak pada sesiapa yang mampu mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap kepahitan..tetapi lebih bijak jika dia boleh mengambil iktibar dan pengajaran dari kemanisan. Biasanya dalam keadaan senang, manusia lebih mudah hanyut dan lupa daratan. Jadi berwaspada dengan ujian "kesenangan" dan "kemanisan"..

azza_irah berkata...

mengapa kita perlukan bencana..

kerana kita takkan sedar sehingga kepala kita terhantuk..
pengalaman itu adalah guru yg terbaik..

moga cikgu tenang2 dan beroleh damai..

Unknown berkata...

aku rase tajuk bro salah eja bencana jadi bercana.... buat aku konfius.... hehehe

Unknown berkata...

puan tirana - cuba kita mengambil kira isu dari sudut politik negara : disebabkan bencanalah - minyak asyik turun aja.....disebab bencanalah YB tempat saya ( Btg Kali ) ambil Konstant untuk menguruskan imej dan gerakkerja....Rasanya DSAI pun dah banyak pelajar dari bencana.....

Tirana berkata...

Jinggo..kejap lagi saya akan menjelajah kedai buku..Nak cari buku yang di atas tu kalau ada dan beberapa buku lain.. Semalam kawan saya menghadiahkan beberapa buah buku yang menarik. Nanti saya pampangkan di blog.. Hadiah yang paling saya suka ialah buku.. Kawan-kawan yang kenal saya memang tahu saya suka buku so biasanya diorang tak susah nak fikir beli apa untuk saya..hehehehe..

Unknown berkata...

cgu azza - lama gambar baju merah tu tak masuk blog saya : jangan sampai terantuk.sebab kata Andrew Matthews hidup ini adalah proses yg beransur ansur....orang yang habat macam cgu tentu tahu mengelak dari bencana....sebab tidak semua orang yg boleh belajar dari bencana......untuk itu skill baru : belajar dari bencana

Unknown berkata...

terima kasih : tu pun bencana - cermin mata tak pakai - nikmat dah kena tarik.....bencana...

Unknown berkata...

Puan Tirana : dapatkan buku Andrew Matthews ni - sebab ...kata Anwar Ibrahim : menakjudkan , penuh inspirasi...mempunyai unsur - unsur penebusan dalam keadaan yg terasing dan kesunyian dilingkari dunia penjara......

azlin hashim berkata...

Fitrah manusia, dah terhantuk baru terngadah... kdg2 Lin pun mcm tu jugak cikgu. Alpa.. Bila kita jatuh, kita akan menangis, baru nak bangun. Kalau tak, kita akan rasa jalan kita akan selalu selamat.

Org yg bijak adalah org yg belajar dr pengalaman dan kesilapan tp org yg bodoh adalah org yg tidak pernah nak ambil iktibar dr apa yg berlaku dan tetap akan melakukan kesilapan yg sama!

Unknown berkata...

begitulah lin _ cuma untuk lin - semuga tidak terantuk dan seterusnya mengadah....kita masih ada kawan....ambil ketiga lagu disini...untuk lin....

Tirana berkata...

Jinggo, memang betul, kita banyak belajar dari bencana kerana nature kita bila dalam kesusahan baru insaf..Agak susah kita nak ambil iktibar jika kita duduk dalam kesenangan.. Sebab itu saya kata kena berhati-hati kerana kadang-kadang Allah menguji kita dengan kesenangan.

Unknown berkata...

..kadang2 ilmu tuhan ni tak jadi apa2 kalau tidak dilihat dari segi praktikalnya : PERSOALAN KITA - takkan nak tunggu bencana baru berubah - macam Tsunami kat Aceh. Macam Highland Tower - dah runtuh baru beringat - tapi semua tidak menjadi apa2....untuk diri kita sendiri - hidup adalah proses yg beransur ansur.....semuga kita diberkatiNya.

siti_m berkata...

Setiap bencana memberi pengajaran. Sebab itu kita kena ambil pengajaran dari setiap kejadian bencana. Sesungguhnya bala bencana yang menimpa umat manusia dari dulu
hinggalah hari ini, sebenarnya semua itu merupakan peringatan dan ujian yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan juga mereka yang tidak beriman.

Unknown berkata...

cgu ct m : itu seharusnya menjadi kefahaman kita.tapi kita jarang diatas bagaimana untuk belajar dari bencana - dalam kontek apa sekali pun itulah kita. kontek mudah - politik kita.Peringatan dah diberi - adakah kita mahu seterusnya begini........harap2 kita dijauhkan dari segala kesensaraan dunia....

erisya nor berkata...

salah satu buku kegemaran erisya :) walau apapun, yang penting, kita belajar dari bencana tersebut, tak kisahlah bencana yang menimpa diri ataupun orang lain :)

Lin dah baca buku tu?..kalau belum, beritahu ya sebab erisya ada xtra :) cadangnya nak hadiahkan kepada kawan...rupanya dia dah ada!

alahhh nanti erisya post kat Lin...FOC! ;) lagipun, rumah kita dekat jer..stamp tak mahal...

Unknown berkata...

2 erisya - terima kasih kerana sedar ( kita ) bahawa ilmu tidak hanya datang dari pendidik formal sahaja.saya suka duduk2 bercerita pasal buku - walaupun jenuh nak ajak orang baca buku. sebab tu kalau saya berceramah memang saya akan bawa buku.sebagai contoh...

itu pun salah satu impian saya di Eco Kid. Nak mengujukkan budaya membaca dikalangan remaja...( terutamanya meleyu....)

Tanpa Nama berkata...

Melayu Mudah Lupa. Tu bukan kata saya, Tun Mahathir yang kata. Saya cuma ulang balik. Mula-mula dengar kata-kata tu, macam nak marah. Tapi apabila kita renung-renung sejenak, memang betul pun... Jadi, berubahlah utk diri sndiri dan sekeliling.

Honey Bee berkata...

Jinggo...
betul tue..kita hanya mahu berubah bila keadaan sudah terdesak..
manusia sewring leka..termasuk saya..

Mak Su berkata...

elok ler gitu, sentiasa dekat kepada Tuhan :p

Marzalina berkata...

selalunya bila dah terkena baru nak beringat kan..lumrah manusia..nobody perfect..

Unknown berkata...

arryani - melayu mudah lupa : saya melayu totok - memmang tidak senang dengan sikap kita yg tidak mahu ' langsung ' keluar dari zon selesa kita...itu asasnya.kaau tidak mahu keluar...sampai ke mati kita akan jadi masyarakat subsidi...

Unknown berkata...

2 honey bee - saya baru balik ceramah - rimasnya dengan budak2 kita.....nak apa lagi?...

Unknown berkata...

mazlina - hidup ada proses yg beransur2 ; jangan sampai terkena...

azlin hashim berkata...

Cikgu, thanks bg lagu.. kak Erisya kata buku tuh, yg ni lah yer, hadiah kat lin boleh..? Betul ke rumah dekat, kalau mcm tu Lin nak jumpa Kakak Erisya lah..

azza_irah berkata...

cikgu..
baju merah tetap masuk..cm tak tggl jejak..kadangkala berdiam dan meneliti lebih baik..
lebih suka membaca komen2 mereka yg punya idea yg lebih hebat dan bernas..

tahniah utk ckgu..semakin ramai nama baru disini..

Unknown berkata...

lin - buku tu terbaik untuk lin baca....cgu pun nak hadiahkan pada lin satu

Unknown berkata...

untuk yg pakai baju merah - terima kasih...ini diantara org penting dalam dunia maya saya....

Eco Kid Adventure on Facebook