Selasa, 25 November 2008

saya pernah disini




Sesekali dibuka cerita lama : saya pernah ke sana. Sk Sg Jejawi : sekolah yg mengajar saya ABC - nama2 yg besar : Cgu Abeh ( abbas ) , Cgu Ali , Cgu Shaari - yang penting seorang cgu yg menjadikan aku penting - cgu normah. Yang pastinya dimana kalian.....

Lansdle Farm School , Perth.Australia- seterusnya apa yg berlaku hari ini bermula disana - tercetus satu keinginan yg paling besar untuk ' berkongsi ' - tidak salahnya ' ketamadunan ' mereka kita pindahkan kesini.Satu pendekatan pengajaran yg cukup menarik dan berkesan untuk melihat perubahan di hujung.

Sekadar untuk berkongsi - dunia hari ini perlu memberi dan mengajar ' anak2 ' berasaskan kepada potensi - agar mereka tahu yg hidup ini bukan sekadar berapa A yg mereka dapat..( mungkin ) - banyak yang perlu difikirkan sebelum di pindahkan.....

10 ulasan:

Tirana berkata...

Saya pernah belajar di Unley Highschool, Adelaide, South Australia selama setahun. Pendekatan sekolah di sana amat berbeza dengan sekolah kita di sini. Kalaulah pendekatan seperti itu dapat dipraktikkan di sini, tentu tak ada yang terlalu kecewa bila tak dapat 5A dalam UPSR baru-baru ini.. Murid-murid di sana mempunyai keyakinan diri yang begitu tinggi..tak takut2 macam sesetengah pelajar kita. Pantang ditanya pendapat, semua nak menjawab tapi murid kita di sini jika ditanya soalan, menikus sampai cikgu terpaksa point siapa yang perlu jawab soalan...

Unknown berkata...

begitulah puan - rasanya tak ada yg memilih ' kerusi belakang ' sebab guru2 disana kerana 'serba tahu ' dan yang menariknya mereka menjadi - segalanya kepada budak2 -ayah.mak.kakak.abang.kawan...hasil cukup membanggakan. Dan kita ramai guru2 yg macam tu - sekadar beberapa nama ( azza.su.yop brahim.onezaba.teja.jue.azlan.sharifah ) - tapi sabar ok.kita tunggu peralihan sistem kalau ada - kalau tidak kita terus berteori ajalah...kalau tidak jadi macam JINGGO - buka sekolah sendiri.hasilnya cukup membanggakan....

Dan Puan Tirana - itu my dream sebenarnya.....bosan dengan skill ' merebut kerusi belakang '...

Tirana berkata...

Sementara sistem nak bertukar (itupun kalau bertukar), kita buatlah sekadar yang kita mampu..Fokus dengan menggunakan keupayaan dan bidang masing-masing..Jinggo dengan ecokid..saya dengan bidang saya sebagai ibu..InsyaAllah sedikit sebanyak (walaupun tak banyak)ada hasil yang positif nanti..mudah-mudahan.

Unknown berkata...

itulah harapan semua kita - harap jangan yg marah - sebab kita buat atas kapasiti kita aja....semuga dihujungnya kita diberkatiNya...

Mak Su berkata...

apa salahnya brkngsi, utk kebaikan, tak semua nya yang depa ada itu tak elok :)

Unknown berkata...

terima kasih mak su - teringin saya suatu hari - mak su hantar anak2 mak su ke kem saya.tapi AMARAN jangan pakai topeng......

erisya nor berkata...

Jinggo, erisya bangga dengan usaha jinggo tuh...bebudak sekarang sangat taksub dengan A (hasil didikan ibu bapa). Tak guna A berderet jika EQ rendah...mereka tetap gagal dalam hidup! erisya selalu fening ngan staff yang EQ rendah ni...bijak tapi ...sekarang penjawat awam pula ikut trend murid sekolah...kena score ujian PTK. Padahal bagi kami orang teknikal ni, itu tidak memberi apa2 makna kerana kami telah diwajibkan lulus competency test dan proficency test (dari dalam dan luar negara)..tak perlulah PTK yang menekankan hafalan teori semata2

Unknown berkata...

erisya - kita agaknya sudah ' mendahlui - sistem agaknya.sabar.sebab dihujungnya saya semakin tahu apa yg saya nak cakap.mereka tidak tahu yg apa yg mereka harus tahu.dan mereka diberitahu pun mereka buat tak tahu kerana - sebab apa untuk tahu..tapi dari risikan dengan kawan2 di PutraJaya - Kementerian sedang mencari pendekatan untuk mengurangkan pergantungan terhadap berapa A.....

erisya nor berkata...

Jinggo,
peranan ibu bapa juga penting, kan? sampai anak2 stress mengejar A! amik paper berlebihan untuk mengumpul A padahal itu sumer tak perlu pun...hmm..susah nak ubah jika kementerian masih dengan mentaliti lama...dari peringkat sekolah hinggalah PTK semuanya menguji kekuatan hafalan!

oh ya, nanti jenguklah n3 bertajuk award...sudi-sudilah mengambilnya sebagai tanda penghargaan erisya

Unknown berkata...

harap begitulah puan - kita ketinggalan dari segi ketamadunan rasanya : sistem kita masih menyatakan A itu bagus dan C dan D teruk.bodoh.duduk kelas belakang - cgu tak nak masuk ( maaf ) ......seramnya.sebab masa pengajian dulu saya beberapa kami didedahkan dgn latihan praktikal - yg A itu tidak semuanya bagus yg D tidak tidak bingai......

Eco Kid Adventure on Facebook