Rabu, 12 November 2008

kenapa mesti sombong



SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah , lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.

Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini : 

Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)


Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan.

Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”


Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati,

“Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.

Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan.

Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina.

Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi.

Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji.

Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah .” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah

Moral untuk aku : Kenapa nak sombong !Berdasar kata seorang rakan - hidup kita ni jinggo bawa taik aja..taik mata.taik telinga.taik hidung..dan segala macam taik...dihujung kita sama. Saya yakin kesombongan ini kita zahir melalui pelakuan verbal & non- verbal. Untuk itu : kita berbaik sangka dengan semua keadaan. Semuga kita tidak tergolong dalam golongan di atas.....

14 ulasan:

Tirana berkata...

Andainya kita sedar asal usul kita, tentu kita tak jadi sombong. Siapalah kita jika tidak dengan rahmat Allah..Segala-gala yang ada pada kita hanya dipinjamkan oleh Allah belaka. Dan Allah berhak menarik balik segala yang dipinjamkan itu dalam masa sekelip mata.Jadi kena beringat selalu..

Azzah 'Izzat' AR berkata...

ckg harun..

tambah lagi kenapa mesti sombong? sedangkan hebat macamana pun, kentutnya busuk juga..

hahahhahaaaa..

14 Nov - pelancaran ebook terbaru saya, insyaAllah.. tungguuu...

erisya nor berkata...

salaams jinggo, betul tuh..apalah yang nak kita sombongkan sangat...bila-bila masa kita akan dipanggil-Nya..akhirnya bersendirian dalam tanah! Semua perkara yang kita sombongkan dulu tiada gunanya buat kita ..hatta amal jariah jika jika diselit takbur dan riak tiada maknanya...

Unknown berkata...

puan tirana - ayat dan allah berhak menarik balik segala yg di pinjamkan tu - menakutkan saya.tu yg menjadi sempadan agar dijauhkan sifat2 macam tu.sebab hari2 terakhirnya ni ramai pulak jumpa org2 yg sombong.....

Unknown berkata...

cgu azza plkn : semakin hebat sekarang - semangan MUSTAHIL KE BOLEH...saya akan ke PLKN Gelanggang Buaya minggu ini.ada jemputan ceramah...

sebut pasal sombong - teringat masa kita beraksi di kem dulu.....tapi semuanya masih jadi orang yg biasa2...yang pastinya kita dah semakin luar biasa...

Unknown berkata...

erisya - terima kasih kerana lawat dan komen kat blog ni.cerita sombong ni sebab semalam saya didatangi olh org sombong - dia dahlah ' sakit ' orang nak bagi ' ubat ' tapi mula pertikaian itu dan ini...itu sombong jenis apa agakanya......

Mak Su berkata...

tq dgn peringatan ini

Unknown berkata...

mak su - saya menulis sebab marah pada seseorang tu....harap dia baca dah tahu hidup ni sama2 bawa taik aja..........

Mardihah berkata...

terima kasih sudi melayari gaya bahasa puitis yg kadangkala tidak difahami..

:)

salam kenal

Unknown berkata...

terima kasih mardihah - semuga hari lebih dari semlm..saya akan kunjungi blog mardihah sekali lagi...

Unknown berkata...

Siapakah kita di sisi Allah yang maha hebat?

Sharifah Hassan berkata...

Bukan sombong....justifikasi!

Untuk mengetahui sama ada kita benar-benar tahu apa yang kita sedang perkatakan....

Bersangka baik....hehehheeh
(FYI: Not contradicting but just sharing)

Unknown berkata...

tuan mount - siapa kita disisi Allah...tapi realtinya kita dikelilingi oleh ramai orang yg sombong...tu hari2 kat TV3.anak2 tgk orang sombong berbicara di Parlimen.....semuga kita diberi perlinduingan

Unknown berkata...

cgu sharifah - saya ni orang hutan..bahasa yg berkias2 sudah nak faham......

Eco Kid Adventure on Facebook