Khamis, 27 November 2008

ini yang kita pilih


Sudikah engkau katakan, jalan mana yang harus aku tempuhi dari sini ? itu bergantung kesepakatan arah mana yang ingin engkau tempuhi , kata sang kucing. Saya tidak peduli kea rah mana…..kata Alice. Kalau begitu , tempuh saja jalan yang engkau suka – jawab sang kucing.

Seorang pendita tinggal dikawasan pergunungan ; menhabiskan usianya bertafakur. Kehebatan pendita ini dia dapat meneka apa sahaja soalan yang diberikan kepadanya.

Datang seorang pemuda yang mahu menguji kehebatan pendita ini.

Pemuda itu membawa seekor burung – lalu bertanya kepada pendita tersebut – samada burung ditangannya hidup ataupun mati.

Pendita tidak menjawab. Pemuda ini mencabar pendita tersebut.

Akhirnya Pendita itu menjawab “ kalau saya kata : burung itu hidup kamu akan meramas burung itu ( hingga mati ) sekiranya aku menyatakan burung itu mati – kamu akan melepaskan burung tersebut.

Jawapannya : di tangan kamu….kamu yang menentu burung itu hidup @ mati.

Untuk itu - BE YOURSELF.

9 ulasan:

Mak Su berkata...

betullah kata pendita tu....org tu bukan nak sgt tahu mati hidup burung tu, tapi sekadar nak menguji jer... kat dunia ni mmg banyak kaki menguji, kaki menghakimi... tah hapa2, depa nak ambikalih kerja Tuhan gamaksnyers? nyampehs, kan.

tapi kalau haku suruh kasik rezeki kat haku, tak leh plaks. heh.

azlin hashim berkata...

Yup! BE YOUR SEFT!! hidup ni kita yg rancang tp tuhan yg tentukan. Berfikir lah secara matang & buatlah keputusan sendiri dan bertindak sewajarnya..

Nurhidayah Jaafar berkata...

saya pernah mendengar cerita ini semasa ke program kampus. Menarik!

tapi cerita yg saya dengar, binatangnya belalang.

kita adalah apa yang kita fikirkan. kita yang menentukan apa yg kita mahu. Mahu menuju mampu..

teruskan usaha anda membangunkan anak muda...

Unknown berkata...

mak su - itulah hidup kita.tak boleh tengok ada orang yg lebih...ada aja yang nak mengetest....nasib baik pendita tu : tahu jawapannya.....

Unknown berkata...

azlin - susahnya nak dapatkan lin sekarang : itulah hidup yg semudanya kita cakap tapi perlaksaannya subjektif kan - jadilah diri sendiri....

Unknown berkata...

ustazah : hidup kita tentunya pilihan kita - pastinya kita bertanggujawab dengan hidup yg kita pilih...

Unknown berkata...

Sdr. Jinggo,

Tengok pada gambar tu, saya rasa pernah sampai ke tempat jinggo. Kalau betullah, masa tu December 94.

Unknown berkata...

tuan mount : 1994 - saya masih belum buka tempat ni - saya buka 1997 - mungkin tuan pernah datang - tempat ni , di atas sedikit Mimaland ( Alang Sedayu ) - tapi kalau ada kesempatan dtg sekrang ok juga - kem saya dusun buah-buahan - kalau kena musim , mabuk durian kita.....

Unknown berkata...

sdr. jinggo,

saya mungkin salah tempat kot. Tapi terima kasih di atas undangan. Insya Allah ada kelapangan nanti saya akan sampai.

Eco Kid Adventure on Facebook