Sabtu, 29 November 2008

Wayang Padang dan Aku


Penonton Wayang Padang - situasi nya sama ceritanya berbeza.

Kita bernostalgia dan mungkin kepada sesiapa yang tidak pernah tahu - ini satu BUDAYA ( mungkin ) kepada kami ( di seberang perak ) masa tu. Sesekali meletakkan telinga mendengar lagu BOBBY semua rasa macam nak kongsikan.


Fakta mengenai Wayang Padang.


Mesti buat di padang : biasa pihak Tok Sidang akan berbincang dengan Guru Besar.
Padang sekolah akan di gunakan.

Biasanya dibuat. Mesti ada Sempena.Habis menuai ke. Raya ke.Dulu sekali anak Tok Sidang kahwin

Penganjur mungkin Tok Sidang.Ketua UMNO.Jabatan Penerangan ( yang lecehnya Jbt
Penerangan ) tengah sedap2 layan mesti dia stop :
buat ceramah..masih ingat dulu pasal skim Buku Hijau.

Cerita - masa tu mesti Hidustan & Indonesia. Sebab itu aja yang orang kampung tahu.

Wayang Padang mesti ada skrin putih ( tdk ada bezanya dgn kerja aku sekarang ).

Yang best kalau buat di sekolah - esok mesti awal datang sekolah sebab nak kutip
duit syiling...biasanya mesti jumpa.

Malam tayangan semua orang pakai lawa2 - yang bercinta masa nilah nak melawa.

Mesti bawa tikar ( sebab duduk kat padang ).

Masalah tgk wayang padang - bising : anak hilang.laki hilang....


Biasanya free - tapi anak Tok Sidang kadang2 kenakan tiket 50 sen....

Kalau sapa2 nak kongsi Nostalgia tengok filem - MAN LAKSA : itu keadaannya...

9 ulasan:

azza_irah berkata...

teringat dulu2..
nostalgia di kampung segar sampai kini...sewaktu sy bersekolah rendah di johor..juga pernah merasai pengalaman begini..
indah dan penuh makna..

Tirana berkata...

Jinggo..saya tak ada pengalaman dengan wayang padang.. Dengan panggung wayang pun hanya dua kali aje pengalamannya waktu sekolah rendah dulu.. Memang tak ada kenangan manis atau pahit tentang ini...

siti_m berkata...

masa kecil dulu saya pernah jugak tengok wayang padang dekat padang berdekatan rumah. petang-petang lagi siap dah booking port masing-masing. malam tue macam berkelah masing-masing datang dengan bekalan. Nostalgia betul....

Unknown berkata...

cgu yg berbaju merah...rasanya itu kenangan dan pengalaman yg paling masih dlm hidup..yang paling best : rasanya satu nikmat ( macam puan tirana ) - susah mahu ditafsirkan....kemeriahan org kampung sesekali keluar bersosial...

Unknown berkata...

puan tirana - itu satu ' kehidupan sosial ' yang susah mahu cakap : kami rasanya masa tu langsung tidak ada persoalan macam sekarang.mungkin ruang tertutup kut.remaja masa tu masih sibuk dengan ' kenakalan ' remaja..biasanya lepak kat tembok.kalau yg brutal sikit pun curi ayam aja kut..he....politik pun rasanya tak segawat sekarang.masa tu hanya sekarang DACING aja....orang kg memang banyak dapat baja UREA masa tu...saya kecil lagi masa peristiwa tu.tapi disebab ' gift ' dah ada kut...he..he...dah tahu banyak perkara pasal hidup.girlfren pun ada...sekarang buat PHD.( kami masih berurusan last malam tadi - sms )..tulah dengar lagu BOBBY....jauh dibawa balik ke kg sg jejawi teluk intan.perak...ape khabor orang kome...

Unknown berkata...

cgu ct m : itu cerita orang kg kita.memang dulu sebelum ada wayang padang : akan ada pengumuman - kg saya biasanya akan di tampal poster kat dewan..kalau penganjur Kem Penerangan - ada van yg pusing satu kg..persedian memang macam tulah.wayang biasa lepas magrib ( dulu masa ada pertikaikan magrib ke isyak ke )...tapi yg leceh wayang padang ni tengah seronok tgk kadang2 stop....skin tumbang...he....

Unknown berkata...

sdr jinggo,

Wayang Padang. Semasa saya bekerja di Terengganu pada 1979, saya juga terlibat memainkan wayang dengan menggunakan layar besar di padang.

Orang kg. suka sangat bila mereka melihat kami tengah pasang layar dan buat persediaan. Selepas maghrib mereka akan keluar ramai-ramai untuk menonton.

Unknown berkata...

tuan mount - saya bernostalgia bila tuan tulis macam tu....memang itu nikmat yg dah hilang.....

nurdaniella berkata...

teringat masa kecil2 tengok wayang di padang sekolah melayu sentul pasar.. memang best..

Eco Kid Adventure on Facebook