Ahad, 30 November 2008

Kisah Anak Hilang.




Tidak ada bezanya KLCC hari ini dan hari2 lain - yang bezanya hari ni terlalu ramai yang datang. Dari riak wajah ternyata sebahagianya datang dari luar.Seronok tengok , ada mak.ayah.adik.kakak dan abang.Macan orang lain juga.Gambar Menara menjadi satu tarikan besar.Setidak2 bukti yang kami dah sampai KLCC.

Saya terus ke Kinokuniya KLCC mencari buku - dan seterusnya Program Sembang2 dengan kawan2...

Tetapi yang menarik mahu di kongsikan : sedang lepak2 dengan kawan2 tiba - tiba : seorang ibu - dari riaknya dia BERMASALAH. Apa lagi yang boleh kita buat kesimpulan seorang ibu resah , menangis , tidak keharuan , ke hulu ke hilir. ANAK HILANG.....untuk seterusnya dengan KEPAKARAN ' anak hilang ' saya tanpa bertanya itu dan ini. Hanya satu perkataan : Anak lelaki @ perempuan. Lelaki. Kemana anak lelaki biasa hilang ( 6 tahun )...jawapannya sama.Kedai Games.Betul !!!

Yang tidak menarik - KEPAKARAN saya tidak dihargai.terima kasih pun tidak..( mungkin tidak tak sempat @ dia tengah menyesal sebab tak sempat nak ucap terima kasih )

Moral untuk kita : Bagaimana untuk mengelak anak hilang LAGI. Tempat anak2 selalu hilang.Kalau ada tips2 yang menarik boleh kita kongsikan kepada sesiapa yg pernah HILANG anak.... Dan siapa yg paling mengelabah mak @ ayah.

11 ulasan:

azza_irah berkata...

salam..
mungkin terlalu cemas atau gelabah menyebabkan ibu tadi terlupa untuk mengucapkan terima kasih. atau mgkin bukan sstu yg dibudayakan/menjadi kebiasaan olehnya..?..kita tak tahu..

Unknown berkata...

salam cuti hujung minggu - saya rasa dia panik sebab sebab jumpa anak dia...kita bersangka baik ajalah dengan kakak tu....

azza_irah berkata...

salam hujung mggu jua..
betul cikgu..
bersangka baik dapat tenangkan hati kita sebenarnya..ikhlaskan hati menolong org tanpa minta balasan...

Unknown berkata...

cgu azza : terima kasih sebab itu yg sebaiknya.....

erisya nor berkata...

jinggo memang pakar! maklum sebagai guru yang amat memahami psikologi kanak2...memang orang kita lokek dengan ucapan terimakasih sebab tulah dapat anugerah bandar ketiga paling biadap di dunia!

Unknown berkata...

Tang bandar paling biadap tu pernah saya dengar masa di pengajian saya dulu..saya hairan tengtang orang kita.mat salleh dah tentunya agamanya dan peganganya tah kemana.tapi cukup cantik dan bijak meletakkan kita di tempat yg betul..orang kita SENANG sikit.Sombong....soft skill amat kurang

Mengenai pakar rasanya belum lagi.Tapi saya berusaha kearah itu kut...untuk kepuasan diri.

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Saya tak nak menyalahkan si Ibu tadi. Pada masa tu hanya tuhan aje yg tau betapa hati kita diselubungi 1001 perasaan. Sehinggakan menarik nafas pun seakan menjadi masaalah.

Saya pernah kehilangan anak di Plaza Angsana, JB. Lelaki 6 thn. Perkara pertama yg saya buat ialah bertenang dulu.Amik nafas panjang2. Dan teruskan projek mencari di merata tempat, akhirnya jumpa dia sedang menyangkung di hadapan kedai jual DVD yg sedang menayangkan cerita katun. Tuhan aje yg tau hati saya ketika tu..

Saya menyalahkan diri sendiri kerana cuai sampai sekarang...Nasib baik jumpa.

Bagi kes anda, saya rasa dia pasti berterima kasih yg amat sangat tetapi tidak terucap dan tidak tahu bagaimana untuk mengucapkannya dalam keadaan yg serba kelam kabut itu.Anggap sahaja itu bakti sosial anda untuk masyarakat.

Unknown berkata...

Macam mana gelabah sekali pun sekiranya dibudayakan ucapan "terima kasih" pada dirinya, saya pasti dia akan sempat mengucapkan terima kasih.
Walau bagaimana pun sdr sudah membuat jasa yang besar bagi mereka.

Apa pun, topiknya anak hilang dan kecaian!

Unknown berkata...

Puan Aryani - itu pakej mak2 dan ayah zaman sekarang : nanti kena cadangkan pada Jbt Agama - skill untuk mencari anak hilang.masa di kd dulu tak pernah mak ayah sibuk dlm bab anak hilang....tahu aja kita balik.

Apa yg puan itu terbaik. tenang.tapi sebab macam2 cerita sekarang...mana mak ayah mampu untuk kawal diri...terutamanya mak.betul kan.......

Unknown berkata...

itu jawapan yg paling tepat tuan mount...cuai.semuga semuanya menjadi iktibar kita bersama....

Unknown berkata...

itu jawapan yg paling tepat tuan mount...cuai.semuga semuanya menjadi iktibar kita bersama....

Eco Kid Adventure on Facebook