Isnin, 1 Disember 2008

Bagaimana kita mahu di kenang....


Kira – kira 100 tahun dahulu , seorang lelaki membaca suratkhabar pada waktu pagi sabtu dia terkejut dan sangat gerun, terbaca namanya terpampang di ruang obituari ( tahziah kematian ). Surat khabar tersebut telah melakukan kesilapan dengan membuat laporan kematian orang yang masih hidup.

Tindakbalas spontan lelaki itu adalah terkejut ! Adakah saya di sini atau di sana ?. Apabila dia kembali tenang, dia berfikir untuk mengetahui apa orang lain kata tentang dirinya. Obtuari itu bertulis “ Kematian Raja Dinamit “ dan “ Dia adakah orang yang memperdagangkan kematian “

Lelaki itu merupakan pelabur dinamit dan apabila terbaca perkataan “ memperdagang kematian “ dia bertanya pada diri. “ Adakah ini caranya saya akan dikenang nanti “.

Mulai dari itu lelaki itu insaf dan dia mula bekerja memperjuang keamanan.Nama beliau adalah ALFRED NOBEL dan beliau dikenang hari ini dengan HADIAH NOBEL.

Moral untuk kita : Selepas kematian kita, kita mahu dikenang sebagai apa ?. Semoga untuk diri sendiri dan orang lain – tinggalkan sesuatu yang boleh dikenang ( secara positif )..dan mungkin itu kenapa saya begini dan terus meletakkan 100 % komitmen ke arah itu. Semoga suatu masa nanti – kita akan di kenang. Tidak terlalu jauh dan mustahil untuk kita bergerak ke arah itu. Semoga ruang dan peluang untuk kita bersama di gunakan sebaiknya

12 ulasan:

arryani berkata...

Salam. Terus terang cakap, saya tidaklah meminta supaya dikenang seluruh lapisan masyarakat. Cukuplah sekadar saya sentiasa dihati ibu yg dah tua, ank2 ingt pesanan dan didikan yg saya tinggalkan utk mereka dan buat kebaikan sesama manusia, suami pulak terasa akan ketiadaan saya, Cukup lah sekadar itu. Siapalah saya....

- jinggo - berkata...

puan - kita mahluk sosial kan.pemergian kita tentunya akan dikenang.samada kecil ataupun kecil kelompoknya....cerita saya untuk jadi iktibar bahawa pemergian kita nanti : mesti ada yg di kenang.untuk itu kita berbaik sangka dengan semua keadaan...

Tirana berkata...

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.. Yang baik akan dikenang dengan kebaikannya dan yang jahat pun akan dikenang juga tapi dengan kejahatannya. Manusia yang normal macam kita, tentu menginginkan diri kita dikenang dengan kebaikan. Setiap sesuatu yang kita lakukan dengan ikhlas, insyaAllah akan ada yang mengenang walaupun sebenarnya kita tidak mengharapkan supaya dikenang..

- jinggo - berkata...

Puan Tirana : Ayat yg hujung tu...tentunya kita tidak menharap untuk dikenal.Kalau pun di kenang , biarlah berasaskan HASIL yg di tinggalkan....saya teringat kisah YB di Kelang : macam2 yg di kenangkan selepas pemergian dia...semuga Allah mencucuri rammatNya.

arryani berkata...

Rasanya saya kenal YB tu....harap anak2 mereka tidak lupa padanya...

Mak Su berkata...

tak tahulah nak cakap jinggo, sekarang ni pun tak tahu apa tanggapan orang terhadap maksu (?)

- jinggo - berkata...

puan arryani - itu madsud saya.bagaimana kita mahu di kenang...semuga anak2 dia dan orang dipersekitaran tahu : yang sejahil2 ( bukan islam tentunya ) manusia macam NOBEL tu sanggup meletakkan kesilapan di belakang dan terus mencipta perubahan....sampai kehari ini pun orang masih mengenang....

- jinggo - berkata...

mak su - kalau ' meninggalkan ' dunia ( blog ) ni saya dan orang lain akan mengenang orang yg suka berlawak.selamba.bertopeng...suka menulis panjang2....bahasa yg panjang2....he...he.....tapi itulah mak su...nak tanya kat KL tinggal kat mana.rasanya macam nak tahu rumah hantu tu kat mana.

Rajuna berkata...

tak cakap apa lah bos. ingin jadi org yang berguna. itu je lah. boleh?

- jinggo - berkata...

rajuna - itu yg sebaiknya......

erisya nor berkata...

rasanya jinggolah yang paling beruntung...paling dikenang maklum telah menabur jasa kepada anak2 murid!sehingga kini erisya doakan kesejahteraan guru2 erisya...rasanya ada yang dah meninggal dunia.

- jinggo - berkata...

erisya terima kasih : saya pun macam tu.mengenang banyak orang2 yg telah menaik kan saya disini.pastinya semuanya bermula dibawah........

Eco Kid Adventure on Facebook