Selasa, 4 Mei 2010

betul la tu

kajian pakar psikologi mendapati
TINGKAH LAKU
MEMBERI HADIAH ADALAH
FITRAH ORANG BERCINTA
lelaki yang bakhil pun
apabila sudah tertarik dengan seseorang wanita.
hatinya akan jadi pemurah.
lelaki yang sedang dalam proses
memikat hati kekasihnya
akan terdorong memberi
pelbagai pemberian.
BERDASARKAN KAJIAN
semua ini dikaitkan dengan keinginan
untuk mempengaruhi cintanya
SESUDAH DAPAT
lelaki itu akan kembali
kepada sikap lamanya.
dari jinggo
ini cerita kita
dimana2 pun berlaku
lelaki akan buat apa sahaja
sebelum dapat
dari sekecil2
credit handphone
apa sahaja.
BETUL KE LELAKI
MACAM TU.
budaya memberi hadiah
bukan budaya kita dikatakan.
ini dikaitkan dengan persekitaran budaya.
tapi percayalah.
MEMBERI HADIAH
ADALAH SATU SKILL
yang diabaikan.

10 ulasan:

blueCITY® berkata...

salam,

nak hadiah dari kamu
boleh?

lalallala



salam,
hawa =p

ONE ZABA berkata...

belanja makan pun ok kut...

- jinggo - berkata...

blue city
rasa macam ke kajang aja hari ini.....

nak hadiahkan satay boleh

- jinggo - berkata...

cguone
kalau belanja kari kambing lagi ok kut

Mak Su berkata...

saya suka terima hadiah, tak pernah abai bab ni, hahaha

Kunang-Kunang berkata...

Salam Cikgu Jinggo,

Saya pula akan gembira sangat kalau menerima hadiah walaupun hadiahnya berapa sen lah sangat harganya.

Yang mahalnya ialah hati dia kerana mengingati kita. Dia beri tu tanda dia ingat. Nawaitu dia, itu antara dia dengan Allah.

- jinggo - berkata...

maksu
saya nak hadiah...
apa agaknya...

rajin komen kat blog saya sudah cukup.

- jinggo - berkata...

kak hanim
itu soal fitrah manusia
semua suka dihargaikan..

untuk itu - jengoknya kak hanim kesini pun dah kira hadiah pada saya,,,

zai berkata...

Seingat kak zai mcm tu jugalah..suami kak zai sangat bermurah hati ketika sedang mengayat waktu bercinta dulu..tapi lepas kawin..hehehe....baru terasa bahawa penangan zaman cinta lebih hebat kot rasanya. tak mengapalah asalkan rasa CINTA itu masih belum tergadai utk orglain..

makdara terdiva berkata...

ok..pasni asah skil anda dgn memberi saya hadiah..haha!..

Eco Kid Adventure on Facebook