Selasa, 25 Mei 2010

kekecewaan adalah nikmat !

Pernahkah anda berdepan dengan
rakan atau saudara anda yang kecewa?
Kecewa dalam
peperiksaan, pekerjaan,
percintaan, perkahwinan
dan berbagai kekecewaan lain.
Bagaimana agaknya reaksi mereka?
Sedih adalah perkara biasa.
Menangis juga adalah perkara biasa
tetapi tidak boleh
dibiarkan berlarutan kerana mampu
mengundang masalah lain pula.
Menurut Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie,
Suzana Ghazali, kekecewaan melampau
ini terjadi dalam
perhubungan cinta atau perkahwinan.
Tindakan tersebut adalah kesan tekanan melampau yang
dirasai oleh seseorang yang kecewa terhadap sesuatu.
''Perkara pertama yang perlu dilakukan
ialah 'takluk' dan 'tandingi' mereka.
Sudah pasti kita perlu bersikap lebih agresif.
Jika insan kecewa tersebut menangis meraung-raung,
pegang atau peluk dirinya agar dia rasa lebih tenang.
''Persoalkan pada dia apakah tindakan dirinya dengan meraung, kecewanya akan hilang? Jika dia putus cinta, persoalkan apakah
dengan meraung, cintanya akan kembali bersatu?
Kenapa perlu meraung sakitkan fikiran dan
emosi sendiri kerana insan yang tidak menyayangi dirinya?
"Sebaliknya tanamkan dalam fikirannya,
hidup tidak akan berakhir walau tanpa insan
yang mengecewakan dirinya itu," katanya.
- dipetik dari Utusan -
DARI JINGGO
satu lagi fitrah manusia
nikmat untuk merasakan
KEKECEWAAN
ini dikaitkan
dengan hidup ini adalah
satu proses yang beransur2
kita mendapat pulangan
daripada proses.
INI JUA
HARUS DILIHAT
dikaitkan dengan satu pandangan
yang menyatakan
BENCANA
mampu mengubah kita.
PERSOALAN KITA
sejauh mana kita mampu menjadikan
KEKECEWAAN
sebagai satu lagi penambahbaikan

7 ulasan:

Tirana berkata...

Kita hanya mampu menasihati tapi yang akan memberi hidayah adalah Allah dan yang akan bertindak ialah yang empunya diri...

blueCITY® berkata...

salam,

kecewa gak dalam cinta
ahaks!!!

hahahha

Ruby berkata...

Salam cgu...

sayangi org yg menyayangi diri anda...
hargai org yg menghargai diri anda...
dampingi org yang bermanfaat dalam kehidupan anda... (give and take)

sebaliknya... tinggalkan .. jadi iktibar dan panduan...

jadikan kesedihan satu ibadah.. insya Allah, Allah akan tunujukkan jalan...

- jinggo - berkata...

puan tirana
terima kasih kerana pandangan kerana begitulah kita dan kita....

- jinggo - berkata...

blue
kecewa - jangan menangis..
kerana ada kawan2 yg akan mendengar....

he...

- jinggo - berkata...

terima kasih kerana pandangan cgu ruby kerana pandangan.....

roha berkata...

Salam.
Kecewa hari ini bukan untuk selamanya. Bangkit dari kekecewaan dengan penuh semangat bahawa sesungguhnya esok masih ada. Tetapi, persoalannya...esok untuk siapa?
Belajar dari rasa kecewa bahawa tidak selalunya hari-hari itu akan seindah warna pelangi. Kekecewaan mengandungi banyak hikmah yang tersurat mahupun tersirat.Ambillah iktibar dari rasa kekecewaan itu.
Semoga kita semua diberkati Allah swt dunia dan akhirat.


Wassalam.

Eco Kid Adventure on Facebook