Isnin, 10 Mei 2010

lelaki - jangan nak nafikan

KUALA LUMPUR 9 Mei – Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun hakikatnya lelaki muda merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan.
Golongan itu mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu.
Menurut statistik yang dikeluarkan AKPK,
dari 2007 hingga Februari 2010,
seramai 25,107 atau 69 peratus daripada
36,547 pelanggan perkhidmatan
pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.
Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang
masing-masing diikuti 14,622 orang golongan
berusia lebih 40 tahun (40 peratus)
dan 5,639 orang golongan berusia antara
20 hingga 30 tahun (15.4 peratus).
Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat itu
iaitu 28,068 orang (76.8 peratus) diikuti bujang
seramai 6,260 orang (17.1 peratus)
dan bercerai seramai 1,508 orang (4.1 peratus)
sementara kematian pasangan
seramai 711 orang (dua peratus).
Menurut statistik itu, masing-masing 25 peratus punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.
DARI JINGGO
lelaki hutang dan rumahtangga
sudah menjadi macam tu cerita
LELAKI MESTI KELUARKAN DUIT
atas nama tanggungjawab
JUGA ATAS NAMA
budaya dan sistem sosial
lelaki mesti ' belanja '.
KEPERLUAN PERSEKITARAN
dunia diacuankan dengan dua sistem
KESERONOKKAN
KEBENDAAN
kita terperangkap dalam sistem.
DITAMBAH LAGI
dengan persoalan
BUDAYA DAN SISTEM SOSIAL
lelaki mesti belanja.

8 ulasan:

Tirana berkata...

Lelaki harus belajar skill menguruskan wang. Sekiranya dari kecil mak ayah mendidik anak-anak berjimat cermat dan membeli hanya benda yang diperlukan, tentu ini sedikit sebanyak akan membantu apabila apabila anak-anak telah dewasa dan berumahtangga.

- jinggo - berkata...

puan dalam bab ni sekali lagi - sistem pendidikan awal menjadikan ianya satu peranan besar.........

macam saya
memang macam tu - suka bertanngguh ! kan dah terkantoi....

roha berkata...

Salam.
Begitulah adanya.
Lelaki mencari nafkah dan memberi nafkah. Nak lari camna.....Konsep berbelanja dan berjimat cermat perlui diterapkan dalam diri sejak kecil lagi. Sikap boros dan suka berbelanja rasa-rasanya bukan wanita aje, lelaki pun suka berbelanja dan boros juga terutama lelaki muda. Pokok utamanya, ukur baju di badan sendiri. Jangan terpedaya dan set your mind.......berjimat cermat dalam apa jua keadaan. Dan.....jangan pula berjimat cermat sampai digelar pula 'haji/hajah bakhil'. Pandai-pandai lea bermain dengan situasi.......

p/s : sekadar pendapat yang tak berapa boleh diikut.


Wassalam.

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

mmg selalu org kata pompuan ni boros tapi mmg hakikatnya...lelaki lebih2 lagi....

- jinggo - berkata...

cguroha
praktikal nya komen tu
tapi rasanya dalam soal berbelanja kita kena lihat dari sudut lain....
kadang2 lelaki ( yg kahwin ) berbelanja disebabkan sistem semasa yg memerlukan dia berbelanja lebih......

cgu fahamkan.

- jinggo - berkata...

alimaz
terkena batang hidung ni...he..

ONE ZABA berkata...

ada jugak lelaki yang kedekut yak amat....

- jinggo - berkata...

cguone
tu ciri2 awal nak jadi duda lah tu....dan nak membujang.
kedekut taik hidung masin..
ha...

Eco Kid Adventure on Facebook