Khamis, 27 Mei 2010

warna warni kehidupan............


Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran?
Warna apakah yang menjadi kegemaran anda?
BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu
sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan
sikap dan watak anda.
Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna
mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam
perwatakan dan sikap seseorang.
Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan
ada 4 warna primer :
MERAH

HIJAU
KUNING
BIRU
Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui
mempunyai pengaruh terhadap manusia.
MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah
dan mempercepatkan pernafasan.
Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
Merah Terang :Warna ini melambangkan
kekuatan kemahuan atau cita-cita.
Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang.
Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah,
dominasi, kejantanan.
Merah Jambu :Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.
BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna.
Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
Biru Tua :Warna ini melambangkan
perasaan yang mendalam.
Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas,
kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana,
Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
Biru Muda :Warna ini melambangkan kesungguhan
cita-cita dan penuh keazaman.
Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri,
Berpendirian tetap.
KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan.
Warna ini mempunyai sifat :
Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah.
Berubah-ubah tapi penuh harapan,
mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
Kuning Terang :Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak.
Sifatnya sederhana tetapi unik.
Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan,
dermawan, tidak mudah percaya pada orang.
HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan,
ketabahan dan keteguhan hati.
Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa.
Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya
suka dipuji, mudah menasihati orang lain.
KELABU & HITAM
KELABU :Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas.
Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan
sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi.
Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.
HITAM :Warna ini melambangkan kesedihan
dan keseorangan.
Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan,
kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.
COKLAT & UNGU
COKLAT :Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri :
suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran,
sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka
terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.
UNGU :Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang
melambangkan sifat unik hasil campuran
kedua-dua sifat warna tersebut.
Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka.
Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.
http://pakarhowto.com/
DARI JINGGO
warna dan saya.
dulu mungkin tidak banyak yang mahu
diambil tahu mengenai kesan warna dan
perbentukan aura semasa.
HARI INI.
warna jinggo
merah
jingga.
ini mungkin dikaitkan dengan
perubahan persekitaran yang menjadikan
itulah cantiknya ciptaanNya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya suka coklat & ungu..

sesuai x???haha

ONE ZABA berkata...

hitam dan hijau hari ni...ada putih putih sikit pada rambut..uhuuu!!

Wan Farhan berkata...

saya punya warna kegemaran kuning ..
betul lah ramalan dia cikgu .. tepat

Eco Kid Adventure on Facebook