Jumaat, 14 Mei 2010

kita bagaimana............


MEMILIH pasangan hidup yang benar-benar serasi dan sesuai
merupakan keputusan penting bagi individu yang memutuskan untuk hidup berumahtangga.
Kebanyakan individu cenderung memilih
paras rupa, status dan ada pula yang melihat
ketebalan poket bakal pasangan.
Namun, adakah semua itu menjamin
kebahagiaan yang berkekalan?
Sememangnya jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan,
namun kita juga perlu berusaha mencari pasangan yang sesuai.
Perkara yang perlu diambil kira dalam mencari
pasangan ialah mencari keserasian antara dua jiwa.
Tetapi bagaimanakah caranya untuk mengetahui
sama ada pasangan itu serasi atau tidak?
Menurut Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail,
keserasian ditentukan berdasarkan personaliti seseorang.
Berikut tip panduan
mencari pasangan serasi:
Komunikasi
Komunikasi yang berkesan amat penting dalam perhubungan
kepada pasangan bercinta mahupun
yang sudah berumahtangga.
Inilah faktor utama yang memupuk keserasian.

Saling percaya
Kepercayaan antara kedua-dua pasangan salah
satu faktor menyuburkan keserasian antara
dua hati yang sedang bercinta.
KESERASIAN berubah seiring dengan peningkatan usia.
Jangan terlalu berahsia kerana ia tidak bagus dan
ia akan memburukkan lagi keadaan
akibat pasangan menaruh syak wasangka.
Sifat terbuka
Berterus-terang dan berfikiran terbuka merupakan
sesuatu yang dicari-cari dalam setiap pasangan.
Ini salah satu perkara membuktikan keikhlasan dan
kejujuran dalam sesuatu perhubungan.
Anggap sebagai kawan
Melayan pasangan sebagai kawan merupakan salah
satu pendekatan yang baik bagi merapatkan lagi sesuatu hubungan.
Apabila kita menganggap pasangan sebagai kawan,
kita tidak akan segan atau malu bercerita tentang masalah
yang dihadapi kerana tiada jurang di antara anda berdua.
Persamaan
Persamaan sesama pasangan juga menyumbang kepada keserasian.
Persamaan dalam aktiviti yang dilakukan membuatkan
anda berdua sering meluangkan masa bersama dan
secara tidak langsung ia akan mengeratkan
hubungan serta menyuburkan rasa cinta.
Saling melengkapi dan memerlukan
Anda pernah merasakan hidup tidak
lengkap jika tidak berjumpa
atau mendengar suaranya?
DARI JINGGO
T
trust
R
respect
A
admire
C
caring
ini merupakan satu lagi pandangan
yang boleh kita jadikan sandaran
T.R.A.C
kesemuanya ada kaitan antaran satunya
mana2 ketidaksempurnaan boleh menjadi
hubungan sosial kita hampar.

11 ulasan:

makdara terdiva berkata...

menariklah info ni..

saya setuju sangat2 T.R.A.C

mendatak hijau berkata...

aikkk...susah2 mau carikk...

Zuraini bt Kamarudin berkata...

info yg menarik....
buat yg sedang mencari pasangan hidup....
T
R
A
C..........tambah Love
insyallah aman damailah...

- jinggo - berkata...

makdara
kerana itu kenalah ' kita ' sesama kekalkan TRAC tu.....

- jinggo - berkata...

mandadak hijau
memang susahnya nak cari...ha.....

- jinggo - berkata...

kak zu
dalam kes saya dan si.......
T dah tak ada
C memang saya sibuk...

akhirmnya semua hilang.

a kl citizen berkata...

benar sangat
ramai pasangan sekarang tidak ada Trust pada pasangannya, terlampau syak dan wasangka bleh memusnahkan cinta

Pn Kartini berkata...

Salam..:)

Tksh yaa..utk
T.R.A.C!!

:):)Perkongsian yg menarik sekali..:)
Andailah semua antara kita mempraktikkannya....aman!

zan-xray berkata...

Semakin hari semakin sayang.

Rashid berkata...

salam

'anggap sebagai kawan..'
suka ini. kebanyakan cinta itu lahir bila pada mula kita dekatinya sebagai kawan. Kawan yang sentiasa terbuka dalam semua hal. Kawan yang sanggup menerima kekuatan dan kekurangan dalam perhubungan yang terjalin ..

roha berkata...

Salam
N3 ini menarik.
Sharing, caring.....trust yourself.
Thats the point!
Hope success with u always.

Eco Kid Adventure on Facebook