Jumaat, 10 April 2009

minda sedar + minda dibawah sedar + tubuh....

minda sedar
minda ini umpama ' boss ' kepada bahagian lain. minda ini akan menerima matlumat dari semua deria lain - menerima ,mengutip dan memilih adalah tugas minda sedar sebelum arahannya dihantar dan dipatuhi bahagian lain.
menurut Bob Proctor ( pengasas Bornrich ) -
diminda ini lah kita membuat keputusan.

minda dibawah sedar
minda ini seperti hampa dan tiada kuasa untuk membuat keputusan. minda ini hanya patuh kepada arahan minda sedar.semua perkara yang kita percaya terdapat dalam minda ini ( terpendam dan menunggu arahan untuk bertindak ). sekiranya kepercayaan dalaman kita tentang diri kita adalah positif , kita akan melihat hasil yang positif.begitu juga sebaliknya.

tubuh
apa sahaja pemikiran atau imej yang ditunjukkan oleh minda dibawah sedar akan menyebabkan ianya bertindak sejajar dengan pemikiran dan imej tersebut.
sekira minda kita berkata " saya bodoh " - lalu gaya tubuh kita akan menunjukkan gaya yang layu dan mundur.
lihat budak kelas A dengan budak kelas F
lihat gaya tubuh yang dipamerkan.
cara berjalan.duduk.cara berpakaian , rambut , kasut. -
kita boleh jangka perkara yang mereka fikirkan.
kenapa : semua datang dari apa yang mereka percaya
MEREKA MEMBUAT KESIMPULAN MEREKA BODOH.
( berdasarkan apa yang minda sedar terima )
untuk kita berhati dengan apa yang kita cakap pada diri sendiri , anak2 , pelajar kita- kepercayaan akan terbentuk.
DALAM SEMUA HAL BEGITULAH KEADAANNYA.TUBUH KITA AKAN BERTINDAK SEJAJAR DENGAN APA YANG DIFIKIRKAN.

KESIMPULAN
minda sedar kita adalah seperti peladang
minda dibawah sedar ialah peladang.
apa sahaja yang kita tanam itulah yang kita akan tuai
MENURUT KAJIAN
pemikiran mempunyai hanya dua saat untuk meresap masuk apa sahaja matlumat yang diterima.
bagaimana untuk MENAPIS semua matlumat itu...
( saya sedang membaca topik berkenaan )

7 ulasan:

Marzalina berkata...

minda sedar ni ibarat bos kepada tubuh badan kita lah yer? sedangkan minda dibawah sedar adalah lebih kurang suara-suara hati kita yg akan memberikan input ataupun output kepada tubuh kita untuk membuat keputusan...tubuh kita pulak akan menerima maklumat dan melakukan tindakan atas arahan yg sampai kepada kita tu..jadi kita kena gunakan minda sedar dan minda dibawah sedar dengan sebaiknya supaya seimbang pemikiran dan tindakan kita bersesuaian dengan keaadaan.

- jinggo - berkata...

yes intan..

banyak pendekatan boleh digunakan....
ini macam lampu aladin kita.
minta apa sahaja.
kita akan dapat........

sebab kita adalah apa yg kita percaya....
kita adalah apa yg kitas fkirkan

Tirana berkata...

Jinggo..

bila dikatakan minda adalah umpama "bos", maka bos ini kena diperbetulkan terlebih dahulu. Bagaimana? Jinggo kata banyak pendekatan yang boleh digunakan so saya menunggu entry selanjutnya mengenai hal ini...Teruskan Jinggo..hehehe

- jinggo - berkata...

puan tirana

ilmu Allah semakin menarik untuk dicari...dan diketahui.
kadang2 berlaku secara tabii sahaja - hari ini bila dah jumpa :
oooo - patutlah.
kita akan kongsikan seterusnya.

mountdweller berkata...

Saudara Jinggo.

sekira minda kita berkata " saya bodoh " - lalu gaya tubuh kita akan menunjukkan gaya yang layu dan mundur.

Perkara ini cukup perit bagi saya untuk mengubah persepsi anak kedua saya. Dia percaya dan mengatakan dia lebih bodoh dari kakaknya. Memakan masa yang cukup lama untuk mengubah pendriannya. Tapi ahkirnya saya berjaya juga. Alhamdulillah.

Sebenarnya dia lebih bijak dari kakaknya tetapi sikakak rajin dan dia pemalas itu saja yang membezakan mereka.

- jinggo - berkata...

tuan

terima kasih kerana perhatian....
sebagaimana selalunya.
kita adalah apa yg kita fikirkan - sebab kadang kita ( sendiri ) terlupa...

~Insan Biasa~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Eco Kid Adventure on Facebook