Selasa, 7 April 2009

kita tafsirkan sama2

Perkahwinan adalah ubat untuk memanjangkan umur.
Tanya sesiapa pun : psikologis , bomoh , pawang , bidan. Jangan Tanya bujang – bujang diambang petang , nanti mereka takut pula nak jawab
Kajian menyatakan 94 % orang tak kahwin akan mati cepat daripada orang yang dah kahwin.
Faktornya ini dinilai dari sudut kebahagian ( macamana yg tak bahagia ) – menurut Dr Joyce Brother menyifatkan lelaki yang sudah berkahwin adalah lelaki paling bahagia.
kedua ada perempuan bujang.
ketiga perempuan yg dah berkahwin !
Kajian juga menyatakan perkahwinan adalah lambing pencapaian yg amat simbolik. Seorang lelaki yg berjaya dalam kariernya , ada rumah , ada kereta –
masih tidak berpuas hati selagi tidak ada isteri .
begitu juga dengan perempuan – bermula dari mula mengenal bedak dan gincu –
fantasi perkahwinan sudah bermula.
KENAPA LELAKI YANG SUDAH BERKAHWIN PALING BAHAGIA
Sebab akulah raja.
Suami yang baik menjadikan isteri , teman , sahabat
Suami yg tidak baik menjadi isteri isteri , sahabat, gundik , dayang , khadam , tukang masak , tukang basuh , tukang urut….
KUASA SEBENAR LELAKI ADALAH DIRUMAH.
Ada lelaki yang beranggapan melalui perkahwinan mereka terpaksa mengorbankan macam2 – duit masa , tenaga dan paling penting adalah duit.
Kerana faktor diatas lelaki dikatakan kurang berminat dengan urusan rumahtangga – mereka cuba meyakinkan dunia bahawa sebagai suami tanggungjawab mereka hanya mencari duit.
Mereka jadi tiang – isteri jadi bendul , lantai . alang , dinding , bumbung , pintu , tingkap , para , dapur , tikar , paku , pinggan , mangkuk….( apa lagi )
KAJIAN JUGA MENYATAKAN
Lelaki biasanya lebih sanggup mengilat kereta daripada basuh pinggan
DAN LAGI
Seorang surirumah keturunan Bantu di Afrika terpaksa memikul berpuluh – puluh jenis kerja sehari , ini juga harus dilakukan di kawasan pendalaman Brazil.
Kajian Ng Sock Nye dari Inst Masyarakat Pulau Pinang dalam kajiannya “ Malaysia Women : Problem & Issues “ - penoreh2 great wanita berkerja 8 -9 jam sehari , mereka juga terpaksa membuat kerja rumah 10 -14 jam.
Di Denmark – kajian sosial pada wanita dan suami bekerja – wanita akan memperuntukan 3 jam sehari untuk menguruskan rumahtangga – suami 15 minit.
DAN BAGAIMANA DENGAN KITA
akhirnya saya semakin terasa ' malunya ' menjadi lelaki bila di 'buli ' secara ilmiah oleh seorang penulis ( perempuan ) yang membuat kajian bertahun untuk mencari dimana betulnya lelaki dan betulnya perempuan. sesekali terfikir - betul juga......

12 ulasan:

azlanlin berkata...

Itulah kita di antara kita...

Membetulkan perkara dan isu yang betul, tetapi sukarnya kita "membetulkan" apa yang dikatakan betul.. kita lebih suka "betulkan" diri kita...orang lain juga yang tak betul kerana orang lain tidak sama betul dengan kita...

Ermm.. betul ke apa yang aku kata ni?

siti_m berkata...

hmmm... betul ke? bagi lelaki mungkin jugak... tapi bagi perempuan berkerjaya kadang2 bujang lebih membahagiakan... terpulang pada diri masing2

Muslimahsolehah berkata...

saya setuju dengan ape yg diperkatakan...hehe...lelaki kebanyakkan kurang faham dan tahu konsep sebenar perkahwinan...bukan hanya menjadi raja..tapi mesti lebih bertolak ansur dan bertanggungjwb serta menyayangi anak isteri..dan bukan dengan mendera mereka tanpa sedar secara deraan emosi...

Unknown berkata...

cgu azlan..

saya kena baca dua kali..
apa yg ditulis dalam buku tu hasil kajian yang memang nak mencari ' kelemahan ' - maka yg dijumpai hanyalah kelemahan.....

Unknown berkata...

cgu ct M

saya membaca dan membuat telahan sendiri...
dan saya melihat dalam kontek akademik...

memang kadang2 - membujang lebih membahagiakan !!!!

Unknown berkata...

muslimah.

macam ada pengalaman aja...
kita ambil panduan dan pengalaman ini sebagai satu perbandingan.....

Sulamankasihabadi berkata...

lain org lain ragam...

yang da berkahwin siap sedia dgn segala kemungkinan yang akan dterima dlm kehidupan ni..mungkin sebelum kahwin banyak yg kita tak tahu dr yang tahu sebab belum tido sebantal he3...yang baik yang buruk tu lumrah.kita x boleh nk jadi yg terlalu terbaik untuk org yang kita sayang..masing2 main peranan tuk jadikan mahligai yg dibina tetap teguh dan indah...
seindah mlm pertama he3..

idup bujang pulak,adalah satu seksaan..he3 betol tak?deritanya bila tgk org naik pelamin.begitu la ujie rasa dulu..he3..

Marzalina berkata...

hmm..kawen...perkahwinan tu saya anggap sebagai satu tanggungjawab yg amat besar..sebab tu rasa berat nak kawen..kena pikul tanggungjawab besar tu..hehe..

azlanlin berkata...

Membetulkan perkara dan isu yang betul, tetapi sukarnya kita "membetulkan" apa yang dikatakan betul..

>> Memang benar kita mengetahui perkara yang benar... tetapi sukarnya kita untuk ikuti jalan yang benar...

kita lebih suka "betulkan" diri kita...

>> Kita lebih menganggap diri kita sahaja yang betul sedangkan jalan yang betul sememangnya kita ketahui.. adakah memang kita betul?

Ehh.. aku paham ke apa yang aku kata ni? Hehehhe

Unknown berkata...

uji...

itu cerita pengantin baru....
sebab ranking dibuat...
yang paling bahagia dalam dunia..
adalah lelaki berkahwin yg bahagia
kedua perempuan tak kahqin
ketiga perempuan kahwin....

.............
kita sekadar berkongsi.

Unknown berkata...

intan

perkahwinan macam main saham.
kita melapur - dan kita nak untung....kata orang,
tapi kata kita
tanggungnajwab.

Unknown berkata...

cgu azlan

sekali lagi saya buat2 faham...he...he....
faham......

Eco Kid Adventure on Facebook