Isnin, 6 April 2009

mereka tidak penting


Kembali membaca sebuah buku
membina keperibadian anak anda
BANYAK ANTARA ANAK KITA MEMBESAR DENGAN MEMPUNYAI PEMIKIRAN BAHAWA MEREKA TIDAK PENTING !
mereka melihat di sekeliling mereka dan mereka melihat orang2 lain mempunyai kelebihan..sedangkan.
MEREKA TIDAK PENTING
hari2 mereka dihidangkan dengan kata2 yang sama.
bodoh.bangang.anak sial.anak tak guna.menyusah makayah.
MEREKA TIDAK PENTING
perkataan itu akan mereka ' install ' didalam minda dibawah sedar
perlahan2 mereka menerima ini sebagai satu kepercayaan :
saya tidak penting dan saya tidak bagus untuk apa2 pun.
dan akhirnya mereka menzahirkan dalam bentuk tindakan.
dalam buku lain menyatakan.
MANUSIA ZAHIRNYA ' TAHAN ' DENGAN KRITIKAN DARI SIAPA SAHAJA
tidak kata2 yang datang dari mak dan ayah.
KEPERCAYAAN AKAN TERBENTUK.
kita renungkan
Fitratnya kita kaya dengan emosi yang berbagai.
kerana ( cara mendidik anak2 ) lahir dari sistem apa yang kita nampak dahulu.
kita biasa berhadapan dan mungkin melihat bagaimana anak2 membesar dengan
' keganasan mulut ' - apa seterusnya.adakah berhenti disitu.TIDAK.biasanya anak2 ini akan
' memproses ' semua yang berlaku dan membentuk kepercayaan mereka. mereka akan zahirkan dalam bentuk tindakan.
AKU TIDAK PENTING.
untuk kehidupan seterusnya : bahaya !
mereka adalah sebahagian dari perubahan dunia.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Saya merasakan perkara yang sama dari kecil sehingga sekarang..

Unknown berkata...

cgu...

ada apa2 yang boleh kita kongsikan....
kalau terlalu peribadi
ke email saya -
jinggoberr@yahoo.com

Dearie Pearls berkata...

pendidikan awal bermula di rumah..

Unknown berkata...

loL

itu yg kita semua tahu.
ftrah kita ni alpa...
semuga kita saling ingat mengingati....

Tirana berkata...

Sebagaimana saya katakan sebelum ni...Parents should know how to behave so the kids will. too. Dr Fazilah Kamsah kata haramkan perkataan yang negative di rumah kerana jika anak selalu mendengar perkataan yang negative, itu akan membentuk sikap dan tingkah lakunya..

InsyaAllah nanti saya kongsi sedikit sebanyak yang saya tahu tentang parenting.

~Insan Biasa~ berkata...

manusia2 cilik yang saya jumpa...
ramai penjaga yang 'tak percaya'.
Tak percaya apa anak kata
Tak percaya apa anak sampaikan
Tak percaya apa anak adu

Saya pernah berada di area tak dipercaya...dulu dan kini

tapi ada juga

Terlalu percaya apa anak kata
Terlalu percaya apa anak sampaikan
Terlalu percaya apa anak adu

Saya juga pernah berada di sini...kini

Antara kedua situasi...Tak percaya dan Terlalu percaya ....masing-masing akan membina kepercayaan yang BAHAYA pada diri.

Saya :
-kurang mendapat rasa percaya dengan orang di rumah
-rasa percaya tinggi ketika di tempat kerja, berat juga.

kadang2 tercari2 bagaimana boleh jadi begitu...apa kurangnya ketika kat rumah.Berusaha sedaya yang mampu.

huhuuuh isk

Unknown berkata...

puan tirana

sebagaimana saya katakan diatas.
fitrahnya kita ni alpa - pelupa.
ilmu apa lagi yang kita mahu masukkan untuk bagi tahu diri...
sebab anak2 akan membuat tafsiran berdasarkan apa yg dia nampak..

seterusnya dia akan praktikkan pada famili sendiri - kerana itu yg dia nampak....

seterusnya begitu dan begitu.

saya membaca sebuah atikel ' mangsa kepada mangsa ' lebih teruk kesannya.....

Unknown berkata...

cgu anis

mengikut teori KEPERCAYAAN dalam buku Adam Khoo - menyatakan kita adalah apa yg kita percaya.
siapa yg membentuk kepercayaan kita.
orang paling dekat dengan kita...
mak dan ayah.
kepercayaan ini semakin dikukuh kalau di install berulang2....

bagaimana nak robohkan kepercayaan.
kalau kepercayaan itu tidak membantu....
panjang cerita...
kena ada keinginan yang seckup untuk berubah...

macam anak semalam ( pengalaman )- hati dan jiwanya keras.....benci mak ! kenapa...
mak kata saya anak sial.
memang saya sial....

masyallah.

Marzalina berkata...

kata-kata ibu bapa ibarat doa..kita yg kena doakan yg baik2 jer..bukan kata-kata kutukan..Tuhan marah.

Unknown berkata...

intan

kalau kata2 ibu baik untuk didengar....itu doa
kalau kata2 ibu tak baik untuk didengar....itu juga doa kan....

sakurasa 2 berkata...

Cikgu Jinggo

Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak..... Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya....

Unknown berkata...

sakura

secara fitrahnya itulah ibu.....
zaman dah berubah hari ini - pendekatan juga harus berubah....
zaman TV hitam putih dan zaman AF -ceritanya berbeza.
....
terima kasih kerena komen

ixora berkata...

kita pernah menjadai anak dulu..jadi kita tahu ape yang mereka mahu...ape bahasa yang buatkan mereka mengerti...

Unknown berkata...

ixora

juga bakal menjadi ibu
ceritanya sama....
semuanya berlaku hari ini disini - harus dijadikan satu lagi perkara baru yg saya belajar hari ini

Tea Cha Hai berkata...

Salam. Semua mereka adalah penting. Dan kita pastinya menganggap mereka adalah penting. Cuma kekadang lahirianya kita tak menampakkan yg mereka penting... Itu yg mereka merasakan "ah..aku tak penting!"..

Anak-anak istimewa juga penting.. masing2 punya potensi..
Dan mengasuh dan membimbing mereka adalah peluang kita...

****"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau."
~Saidina Umar Al-Khattab~

Mak Su berkata...

terima kasih dgn peringatan ini ya jinggo

Unknown berkata...

cgu ari

saya tahu dan baca penglibatan cgu dengan kanak2 istemewa.
saya amat percaya kepada apa yg kita install - datang dari apa yg kita fikirkan....

jadi untuk itu - untuk diri sendiri dan orang lain - semuanya penting.
sebab
JAM YG MATI PUN AKAN BETUL 2 KALI...

Unknown berkata...

MAK SU

bila nak hantat anak2 ke kem jinggo....
kita main lumpur...

Eco Kid Adventure on Facebook