Sabtu, 11 April 2009

nak dating - hati2

Kepada seorang rakan - terima ini sebagai satu perkongsian
10 ALASAN LELAKI TIDAK LAGI MENGHUBUNGI ANDA
SETELAH PERTEMUAN PERTAMA
Anda terlalu banyak bicara.
Pakaian anda terlalu menjolok mata hingga mengundang perhatian orang lain.
Anda tidak tertawa saat dia berlawak.
Anda terlalu jujur tentang apa yang anda inginkan dari hubungan tersebut.
Anda berulangkali membicarakan tentang bekas teman lelaki anda.
Percakapan yang anda jalinkan tidak bersangkutan dengan percakapannya.
Anda marah-marah pada kepada pelayan restoran hanya kerana dia terlambat membawakan pesanan anda.
Anda terlalu banyak mengeluh.
Anda kerap melihatnya dengan pandangan seribu tanda Tanya.
Anda memintanya pergi ke restoran dan tempat-tempat mahal.

10 PERKARA POSITIF BAHAWA ANDA TERPILIH
SEBAGAI PASANGAN HIDUPNYA.
Si dia mengakui kebohongan yg telah dikatakannya pada masa lalu.
Si dia memperkenalkan anda kepada orang-orang yang ‘dekat’ dengannya.
Si dia memperlawa untuk menghantar anda pulang ke rumah.
Si dia mengakhiri percakapan di telefon dengan ucapan, “Aku Cinta Padamu” meski ketika dia sedang berada di pejabat.
Si dia mengatakannya “Saya yakin awak akan menjadi ibu yan gbaik untuk anak-anak saya.”Si dia selalu ada ketika anda memerlukannya.
Si dia membela anda ketika keluarganya memberi komen tentang anda.
Si dia berhenti melakukan olahraga yang berbahaya hanya kerana dia menyedari bahawa betapa besarnya risiko misalnya ditimpa kemalangan.
Oleh itu kerana tidak mahu anda bersedih, dia menghentikan hobinya yang mungkin boleh menyebabkan dirinya dalam keadaan bahaya.
Si dia selalu mengajak anda pada setiap acara keluarga.
Si dia mengajak anda membuka akaun bersama

MORAL

kajian yang dijalankan di USA menyatakan : Pertemuan pertama adalah sesuatu yang paling ditakuti jika dibandingkan dengan membuat pengucapan umum.
terutamanya bila dikaitkan dengan perasaan..untuk itu ' pertemuan pertama ' dimana tidak seharusnya gagal.
dikatakan 4 saat pertama kita gagal bermakna keseluruhan hubungan akan gagal.
DAN BAGAIMANA DENGAN KITA.

16 ulasan:

catz_mafia berkata...

Cikgu Jinggo,
Maksudnya dalam pertemuan pertama tu kita tak boleh terlalu jujur dan menampakkan keinginan kita atas perhubungan itu, gitu ke?

Nape?

- jinggo - berkata...

cgu cat.

dalam banyak buku komunikasi - ada topik khas - skill membina hubungan pertama.
SKILL UNTUK MENGURAT....

sebab dikala ini kita membuat penghakiman dan dihakimi A-Z.
jadi 70 % kita dihakimi berdasarkan faktor luaran sahaja....

kesilapan dimana2 - sukar untuk diundur...
untuk itu : sebagai guru pun gitu gamak - first dating dengan anak murid dalam kelas - tentu ada kesanya bukan.

arryani berkata...

Nak kongsi gak boleh??..

Anggap saja pertemuan pertama sebagai titik permulaan kita mahu mendekatinya. Dan bukan terus mengenali hati budi. Maksudnya...tak yah arrrr cerita melalut2. Yang penting2 dan agak formal ajelah..

Maka pertemuan2 seterusnya...barulah perlahan-lahan kita menyelami hati budinya plak.

P/S Entah....mungkin boleh dipandang dari sudut akedemik kot...hehe. Sebenarnya banyak nak cakap, tapi...takut terkeluar tajuk plak ahaks

- jinggo - berkata...

aryani

menurut Dale Carnigie - fitrah kita suka pada diri sendiri......apa katakan untuk pertemuan yg pertama kita jadi pasangan kita penting !...

saya percaya kepada konsep itu dalam pertemuan2 lain..jadikan cerita orang.minat orang adalah minat kita....
sebab kita akan lebih senang dengan orang yg sama nilai dengan kita..

kesimpulan : pertemuan pertama seharusnya dtg dengan pakej...

™سريسوفي berkata...

Salam cikgu,

saya belum sempat merasa 'dating' melainkan 'dating' beramai2 dalam satu program. Sekadar telefon dan emaiL memang selalu itupun perkara pertama dibincangkan adalah tentang bagaimana/camana/bila/kenapa semua berkisar ttg 'perjuangan'.


saya tidak menggantung harapan tinggi pada pertemuan pertama. Ada jodoh tak ke mana.



**Jika dia bukan orang yang 'berjuang' sudah pasti saya takkan memilih dia. Jika 'perjuangan' selari dan sekata, perkara yang lain boleh diletak ke tepi.

catz_mafia berkata...

Cikgu Jinggo,
Bukan senang juga nak mengambil hati orang ni kan pada pandangan pertama mereka kan..

ONE ZABA berkata...

bagaimana dgn pertemuan pertama kita... mahu yg kedua...heee..heee!!

~Insan Biasa~ berkata...

erm...baca aja komen2 yang tersedia ada....hehe :-)

Tirana berkata...

Prinsip saya senang aje dalam menjalinkan hubungan...be yourself..tak perlu pretend to be great..ikhlas dan jujur...

- jinggo - berkata...

Jika dia bukan orang yang 'berjuang' sudah pasti saya takkan memilih dia. Jika 'perjuangan' selari dan sekata, perkara yang lain boleh diletak ke tepi.

seri

cinta dan dating dalam jemaah - menarik untuk dikongsikan.
saya dapat bayangkan macamana keadaan orang2 yg meletakkan perjuangan dihadapan.....

rasanya itu yg terbaik

- jinggo - berkata...

cgu cat

rasanya kita kena berurusan untuk seterusnya : sebab saya yakin untuk MENGURAT orang hari ini kena ada ilmu lain...
bukan sekadar fitrah

- jinggo - berkata...

cgu one...

pertemuan pertama kita
roti canai - satu
pertemuan kedua...
roti canai banjir + kari kambing sekali...
saya akan menyusul...

- jinggo - berkata...

cgu anis

kongsikan : kita ada cerita kan....

- jinggo - berkata...

puan tirana.

give yourseft
know yourseft
be yourseft...
itu dikirakan terbaik.

Marzalina berkata...

Dating..hmm..pengalaman dating sememangnya menyerikkan..hehehe..mcm2 perkara yg berlaku dalam first date kan..

Mak Su berkata...

wow! heh heh, errr... no komen.

Eco Kid Adventure on Facebook