Khamis, 9 April 2009

tidak ada betul tidak ada salah....

KOTA BHARU: Dua pelajar dan seorang guru ditahan kerana membaling mercun serta botol minuman ke arah polis dalam rusuhan selepas perlawanan separuh akhir Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, malam kelmarin. Polis merampas tujuh mercun bola daripada guru sekolah rendah di sini yang berusia 30-an itu. Pelajar politeknik dan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah pula ditahan kerana membaling botol minuman ke arah polis. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata ketiga-tiganya kini direman dua hari bermula semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148, 425 dan 332 Kanun Keseksaan.

TANPA MAHU MEMPERSOALKAN SIAPA BETUL SIAPA SALAH.
yang mahu kita persoalkan
SEORANG GURU
( dan persedian membuat kacau : dengan rampasan tujuh mercun bola )
DUA ORANG PELAJAR
sistem apa yang tidak betul kepada 3 orang ini. sehingga ' aktiviti ' yang dijadikan tindakan ini agak janggal.
sistem yang ditinggalkan dalam Al Quran dan Sunnah
sistem didikan keluarga
sistem persekitaran masyarakat
sistem pentadbiran negara
SISTEM PENTADBIRAN DIRI SENDIRI
itu sekadar sistem yang membentuk acuan kita. sistem mana yang kita dahulukan -
itu yang membedakan kita dan kita adalah tindakan yang zahir dari acuan.

10 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

manusia kalau dah dirasuk rasa marah, memang macam2.

pelajar ikut hati muda kot...darah muda...

guru bertindak ikut rasa, terlupa binasa yang mengikut di belakang.

siapa salah? kedua2 nya dunia dah beri pelajaran. persekitaran dah tunjuk jalan. Alam memberi pilihan....diri sendiri buat pilihan nak ke kanan atau ke kiri.

ONE ZABA berkata...

mujur aku ni bukan kaki bola.

- jinggo - berkata...

cgu anis..

terima kasih kerana komen yg menarik.....
persoalan kita.
tidak ckupkah sistem yang diterapkan selama ini..
pelajar - untuk menjadi lebih berdsiplin
guru - jangan jadi ketam....

kerana amat tidak molek.

- jinggo - berkata...

dan sama kita
cgu one

teman kaki gusti....
bergasak depan TV tu.....

Brahimnyior berkata...

Bang, title cikgu pada si perusuh yang membawa mercun merosakkan imej guru.

Tindakan tidak matang, terutama oleh penjaga gol skuad Kijang yang pernah mengembala kambing. Agaknya terikut-ikut perangai kambing yang suka bergaduh. Tapi, itu binatang.

Saya anggap ini bukan kes terpencil. Kalau tak ditangani dengan berhemah, akan jadi lagi perkara seumpama ini, mungkin di tempat lain pulak.

Sudahlah bola sepak Malaysia tak boleh dibanggakan, perangai penonton seperti ini menambahkan lagi suasana muram mutu bola sepak negara.

FAM, bangunlah! Jangan tidur saja..

- jinggo - berkata...

yop - sabor yop
semangat bebenor...

gitulah gamaknya semua orang lain.
bila cgu yang diharapkan menjadi contoh yang baik...
agaknya2 mengojor subjek moral cgu tu.....
itulah kalau ilmu tu tak diberkati...itu gamaknya.

pase penjaga gol ni...
baran tahab cipan tu....
dah kena gantung dulu.
dimaaafkan......
sedih benor dengan apa yg berlaku yop....

Shifu67 berkata...

sebab tu kawe tak minat bola

- jinggo - berkata...

he...
shifu..

kita layan gusti ajalah kalau macam tu.....

Tirana berkata...

Berbalik kepada niat asal..pemain -> apa niatnya bermain? dan penonton -> apa niatnya menonton? Jika niat awalnya untuk mencari kebaikan, saya rasa tindakan selanjutnya pun akan menuju ke arah kebaikan... Jika niat menonton hanya untuk cari gadoh, itulah yang terjadi...

- jinggo - berkata...

puan tirana

itu jawapan yg terbaik....
niat.
yang menonton
yang melihat...

yang pelik - cgu tu.
memang macam ada persedian aja untuk buat apa yg dia nak buat......

memang ada manusia yang rasa puas dan seronok tgk suasana macam ni kut....gembira atas kemusnanahan orang lain.

Eco Kid Adventure on Facebook