Selasa, 13 April 2010

buat lah silap lagi

Manusia tidak terlepas dari buat kesilapan.
TIDAK ADA KESILAPAN YANG LEBIH
BESAR DARIPADA MENGANGGAP
DIRINYA SENTIASA BETUL
kesilapan adalah umpama batu2 kerikil yang
menghasilkan jalan yang elok.
orang yg tidak pernah buat silap sebenarnya tidak
mencuba dengan bersungguh2 ,
malah tidak menghasilkan apa2.
KESILAPAN BUKAN BERERTI GAGAL
ia menjadi tapak untuk kita belajar
kesilapan adalah ilmu
kesilapan adalah aset
ADA PEPATAH MENYATAKAN
ketika seorang insan merasa ragu2 kerana
merasa diri kurang hebat ,
insan lain yang banyak melakukan kesilapan
muncul sebagai manusia hebat.
menurut ahli falsafah Ludwig Wit-tgenstein
jika kita tidak pernah melakukan perbuatan yang bodoh ,
sesuatu yang pintar tidak tidak akan disempurnakan.
DARI JINGGO
kesilapan ada memberikan kita
PENGALAMAN
KENANGAN
kalau kita katakan kesilapan sebagai satu
pengalaman bermakna
kita akan terus melakukan kesilapan besar dengan kebijaksanaan yang hebat.

kalau kita katakan kesilapan sebagai satu
kenangan bermakna
terus berhenti - menyebabkan mereka terus gagal selamanya.

MORAL
jangan takut buat silap.
hanya dengan memaksa diri melakukan kesilapan barulah kita
memperolehi ramuan terbaik dalam apa jua hal

12 ulasan:

Ruby berkata...

salam cgu...

sesuai pada masa dan tpt diperlukan sebagai satu peringatan..

terima kasih atas perkongsian ini...

Rashid berkata...

salam

yup! kesilapan banyak memberi kita kesedaran berbanding dengan kejayaan.
Sejarah memperlihatkan kesilapan yang pernah berlaku dan kita mengambil banyak pengajaran darinya.

Pn Kartini berkata...

Salam...:)
Dari kesilapan kan membuahkan kesempurnaan andai kita celik utk memperbaikinya dan menghasilkan yang terbaik...

- jinggo - berkata...

cgu ruby
jangan takut buat silap
kegagalan adalah kemenangan yang ditunda...

- jinggo - berkata...

cgurasyid
kita disini
belajar
dan diajar

- jinggo - berkata...

cgu kartini
semua orang hebat atas muka bumi mulanya dengan kesilapan demi kesilapan.....

ONE ZABA berkata...

kalau tak silap aku la...

kalau asyik buat silap je..nak kena la tu.

roha berkata...

Salam.
Biasa la buat silap sikit-sikit. Itu namanya proses belajar dalam kehidupan. Cuma, jangan terlalu kerap melakukan kesilapan dan jangan diulang kesilapan yang sama. Proses pembelajaran begitulah adanya.......silap, betulkan, silap, betulkan, silap, betulkan, sampai jadi sempurna dan tak perlu buat pembetulan lagi. Itulah kesempurnaan......

p/s : sekadar pendapat yang tak berapa boleh diikut

- jinggo - berkata...

cguone
kalau buat silap sekali ok
tapi kalau berkali silap benda yang sama.....

kena mandi bunga kut

- jinggo - berkata...

cguroha
kerana begitu kerana
kita diajar
dan seterusnya belajar...

dan seterusnya saya belajar dan belajar

Kunang-Kunang berkata...

Kita belajar dari kesilapan yang berlaku.

Daddy Cool berkata...

Salam Jinggo...

Begitulah yang selalu saya tekankan pada murid-murid di dalam kelas, jangan malu dengan kesilapan!

Eco Kid Adventure on Facebook