Rabu, 28 April 2010

dari jinggo

LELAKI SEMUANYA PENIPU
LELAKI SEMUANYA JAHAT
LELAKI SEMUANYA GATAL

itu pandangan yang tidak pernah berubah sejak
dari zaman bercawat lagi.
walaupun di kiri kanan perubahan telah berlaku.
secara umumnya , tidak seorang pun wanita normal di dunia ini
yang tidak prejudis terhadap lelaki.
cuma tahap dan bentuknya berbeza tahap prejudis.
ini juga ada kaitan dengan perubahan kemajuan persekitaran
berdasarkan kajian menyatakan
perempuan tidak prejudis sangat pada pekerjaan.
yang mereka pedulikan adalah
kesetiaan.
keikhlasan.
kejujuran
KAJIAN JUGA MENYATAKAN
4 dari 10 perempuan akan melepaskan suami
ketempat kerja dengan penuh kecurigaan.
kajian turut menyatakan prejudis
melampau kaum wanita
terhadap pasangannya mereka
dikaitkan dengan fitrah
kejadian mereka sebagai kaum
yang lemah dari segi fizikal.
keadaan menjadi kaum wanita
menjadi tidak selamat.
pakar psikologis berpandangan sikap lelaki itu
sendiri adalah asas sebenarnya.
dan dikatakan juga masalah
besar ialah mereka
sukar untuk menemui lelaki yang
tidak layak dicurigai.
laporan Kinsey menyebut 60 % hasil kajian terhadap
lelaki yang ditemui mengaku pernah
mencurangi pasangan masing2.
kesimpulan dari laporan itu.
TERLALU RAMAI LELAKI
TIDAK JUJUR
dari jinggo
kajian demi kajian
buku demi buku
kisahnya sama
KITA MEMANG BERBEZA
itu yang menjadikan cantiknya
ciptaan ini.
tapi adakah ruang
UNTUK KITA MEMAHAMI
kekuatan wanita pada emosi
kekuatan lelaki pada tindakan

13 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

ha..lelaki! Tapi saya suka lagu lelaki nyayian dato' siti nurhaliza.

arwah ayah...adalah lelaki terunggul dalam hidupku....

ONE ZABA berkata...

penulis buku tu pun lelaku jugak kut...

Zuraini bt Kamarudin berkata...

Tak semua lelaki jahat,penipu dan gatal....jinggo

Mak Su berkata...

50 - 50 :)

Ruby berkata...

salam cgu...

~ ada mata untuk memerhati, ada lidah untuk berbicara, ada telinga untuk mendengar dan kurniaan terbesar ada akal untuk berfikir... ada kebenaran tapi kita belajar dalam hidup...ada kekuatan ada kelemahan... pilihan di tangan kita... belajar dan terus belajar...~

azlanlin berkata...

Elemen keihklasan dan kepercayaan sangat kuat pengaruhnya dalam membina ikatan hubungan. Kedua teras itu akan lebih kukuh dengan syarat menerima seadanya.

Tanpa keihklasan dan kepercayaan, sehebat bagaimanapun seseorang itu.. ia tetap dipandang lekeh oleh pihak lagi satu.. percayakan akan keadaan itu?

Wallahualam..

Kamsiah berkata...

hmmm...buat apa la nak pening2kan kepala..melepaskan suami ke opis dgn curiga...saya sentiasa positif...dia buat hal,buat dosa,dia yg tanggung..
dan satu lg,saya tak setuju meletakan 100% 'kegatalan' pd lelaki...kalau dia gatal yg ulat beluncas sekali pun..kalau pihak satu lg tak layan,tak jalan juga...

- jinggo - berkata...

cgu anis
saya menjadi lelaki dan perempan kepada anak2 sekarang...

- jinggo - berkata...

cguone
penulis buku lelaki.....suami Puan Ainon PTS

- jinggo - berkata...

kak zu
ini satu pandangan lama dan mungkin sampai bila mengenai lelaki

- jinggo - berkata...

mak su
terima kasih
saya bercakap atas kapasiti ujian diri....

- jinggo - berkata...

cgu ruby
tingginya bahasa - tak terjangkau kefahaman saya

- jinggo - berkata...

cgu azlan
keikhlasan dan kepercayaan - setuju.

Eco Kid Adventure on Facebook