Jumaat, 30 April 2010

mungkin macam ni agaknya.


PADA saat-saat awal sesuatu perhubungan
cinta mahupun perkahwinan,
kebanyakan pasangan pasti akan merasai indahnya cinta.
Segalanya sanggup dilakukan demi si dia.
Maka, ungkapan 'rela berkorban' menjadi
permainan bibir
demi memastikan kedua-dua pihak gembira.
Namun, setelah beberapa tahun berlalu,
hubungan tersebut mungkin melalui fasa ujian.
Ia boleh menjadi semakin tawar atau hambar.
Dengan kata lain, magisnya hilang lantaran masing-masing
mengambil mudah pada perhubungan yang terbina sekian lama.
Suasana hambar ini boleh mendatangkan bahaya
ke atas sesebuah perhubungan.
Kasih sayang yang terhakis memberikan ruang kepada
anasir luar mengambil kesempatan terhadap hubungan.
Jika tidak diatasi segera, tidak mustahil
ia membawa kepada
konflik yang lebih besar .
Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie,
Suzana Ghazali memberitahu,
sebab utama sesuatu hubungan itu menjadi hambar
kerana tiada atau kurangnya komunikasi.
"Komunikasi memainkan peranan
yang penting
dalam se suatu perhubungan.
Komunikasi bukan saja dilakukan
dengan cara
berbual tetapi bermesra, bergurau,
berkongsi minat, berbincang
dan berterus terang.
Beberapa panduan yang mungkin boleh diambil perhatian bagi menyemarakkan semula kemesraan dan keintiman dalam perhubungan yang semakin hambar.
Percaya
Menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan.
Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan menjadi
hambar dan tidak semestinya berpunca daripada orang ketiga.
Muhasabah
Buat pembetulan pada diri. Bagi melakukannya,
tidak cukup dengan menyelidik diri sendiri
tetapi anda perlu berbincang dan
berterus terang dengan pasangan.
Terima kelemahan
Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri.
Jika terasa salah sendiri,
berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut.
Luahan jiwa
Baja kasih sayang anda bersama pasangan.
Ingat! Kasih sayang bak benih tanaman, jika benih tersebut
sentiasa disiram dan dibaja,
ia akan tumbuh subur.
Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja,
ia akan layu dan mati.
Kejutan istimewa
Di samping itu, lakukanlah kejutan.
Sebagai contoh, jika selama ini sambutan hari lahir atau
majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa iaitu
sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan
tersebut kepada satu keraian yang agak luar biasa.
Keseimbangan
Imbangi antara kerjaya dan rumahtangga.
Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan
tidak berbelah bahagi antara rumahtangga dan kerjaya.
Tumpuan kepada kedua-duanya dapat dilakukan
seadilnya apabila anda membahagikan masa sewajarnya.
Berdoa
Sentiasa berdoa agar kasih
sayang suami isteri sentiasa utuh,
kekal dan mekar hingga ke akhir hayat.
Tidak perlu tunggu waktu solat sahaja
sebaliknya berdoalah setiap waktu.
DARI JINGGO
kadang2 kita tidak faham
kenapa hubungan menjadi hambar
kadang2 kita lupa pada
beberapa faktor persekitaran semasa
yang memberi kesan terhadap
kesenambungan perhubungan.

4 ulasan:

ONE ZABA berkata...

rutin harian yg sama di rumah tiap hari mungkin puncanya kut...

blueCITY® berkata...

salam,

muhasabah cinta...

rindu,
=(

- jinggo - berkata...

cguone
kadang macam tu adanya..
kita lupa..
kita terlupa....

- jinggo - berkata...

blur city.........
muhasabah cinta...

rindu,
=(

Eco Kid Adventure on Facebook