Khamis, 1 April 2010

terima kasih

Optimisme adalah memandang hidup ini sebagai
persembahan terbaik.
Tidak ada sesuatu yang terjadi begitu saja dan mengalir sia-sia.
Pasti ada tujuan.
Pasti ada maksud.
Masalah Adalah Hadiah.
Bila anda menganggap masalah sebagai beban,
anda mungkin akan menghindarinya atau menjauhinya.
Bila anda menganggap masalah sebagai halangan,
anda mungkin akan menghadapinya.
Namun, masalah adalah hadiah yang dapat
anda terima dengan suka cita.
Dengan pandangan tajam,
anda melihat kejayaan di balik setiap masalah.
Masalah adalah anak tangga menuju
kekuatan yang lebih tinggi.
Maka, hadapi dan ubahlah menjadi kekuatan
untuk kejayaan anda.
Tanpa masalah, anda tak layak memasuki jalur kejayaan.
Bahkan hidup ini pun masalah,
kerana itu terimalah sebagai hadiah.
Hadiah terbesar yang dapat diberikan oleh ibu helang pada anak-anaknya
bukanlah serpihan-serpihan makanan pagi.
Bukan pula, dakapan hangat di malam-malam yang dingin.
Namun, ketika mereka melempar anak-anak
itu dari tempat yang tinggi.
Detik pertama anak-anak helang itu menganggap induk
mereka sungguh keterlaluan, menjerit ketakutan, matilah aku.
Beberapa ketika kemudian,
bukan kematian yang mereka terima,
namun kesejatian diri sebagai helang, iaitu terbang.
Bila anda tak berani mengatasi masalah,
anda tak kan menjadi seseorang yang sejati.

Tiada ulasan:

Eco Kid Adventure on Facebook