Khamis, 8 April 2010

susahnya nak hidup !

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja
di sebuah kedai cenderamata
untuk mencari hadiah buat cucu mereka.
Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik.
"Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya.
"Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat,"
Pada ketika mereka mendekati cawan itu,
tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,
"Terima kasih untuk perhatian anda,
perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik.
Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar
aku hingga aku merasa pening.
Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !'
Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.
Stop ! Stop ! teriakku lagi.
Tapi orang ini masih saja meninjuku,
tanpa menghiraukan teriakanku.
Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api.
Panas ! Panas ! Teriakku dengan kuat.
Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.
Tapi orang ini berkata, 'Belum !'
Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan
membiarkan aku sampai sejuk.
Aku fikir, selesailah penderitaanku.
Oh ternyata belum.
Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang
wanita muda dan ia mulai mewarnai aku.
Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak.
Wanita itu berkata, 'Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada
seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi
ke api yang lebih panas dari sebelumnya !
Tolong ! Hentikan penyiksaan ini !
Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.
Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.
Setelah puas "menyiksaku"
kini aku dibiarkan sejuk.
Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik
mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca.
Aku melihat diriku.
Aku terkejut sekali.
Aku hampir tidak percaya,
kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik.
Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu
menjadi sirna tatkala kulihat diriku."
DARI JINGGO
Seperti inilah kehidupan membentuk kita.
Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan
yang tidak menyenangkan, sakit,
penuh penderitaan,
dan banyak air mata.
Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah
kita supaya menjadi 'cantik'.
KITA DISINI UNTUK
BELAJAR
dan
DIAJAR.

6 ulasan:

Ruby berkata...

salam cgu..

panduan yang cukup bermakna utk diambil nilainya...

semoga kita terus sabar dan tabah menempuh apa jua ujian yang datang dan akhirnya kita dapat membentuk diri yg cemerlang...

cm berkata...

salam cikgu jinggo,
bagaimana nak sampaikan kepada anak-anak bahawa itulah proses pendidikan!!

Unknown berkata...

cguruby
terima kasih kerana perhatian..
cantiknya sesuatu berasaskan proses....

Tanpa Nama berkata...

Begitulah selalunya bila dah berjaya baru kita sedar rupanya ranjau yang kita lalui tadilah yang menjadikan siapa kita sekarang.

Unknown berkata...

cgumath
kenalah ambik cerita tu...
kenapa mesti mengeloh susahnya hidup pada anak2 kita...

sebab proses menjadi kita cantik.

Unknown berkata...

kak hanim
rama2 sebelum nampak cantik - duduk dalam kelompong berjuang untuk keluar....betul tak

Eco Kid Adventure on Facebook