Isnin, 17 Mei 2010

menarik untuk dikongsikan

FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi
sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan
disanjung tinggi oleh insan lain.
Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran.
Kongsi tip agar diri mudah dicintai.
Positif
Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne,
setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif.
Mula berprasangka baik terhadap insan lain
sehinggalah membuatkan
diri kamu sentiasa berfikiran positif walau
apa jua perkara yang dilakukan.
Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet,
yang akan menarik orang di sekeliling
untuk mendekati diri kamu.
Ceria
Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang
sememangnya membuatkan diri kamu lupa
sejenak bebanan masalah
yang bersarang di kotak fikiran.
Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan.
Di saat kamu tersenyum,
tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.
Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.
Ramah
Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali,
mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu
untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.
Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana
ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan
kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.
Ringan tangan
Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi
bantuan yang dihulurkan.
Jangan menunggu permintaan seseorang
dalam mengharapkan bantuan.
Jika berada dalam posisi tersebut,
kamu tentunya mudah menawarkan
bantuan saat mereka memerlukan.
Rendah hati
Berbeza dengan sikap rendah diri yang
merupakan suatu kelemahan,
rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri.
Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja
yang bersikap rendah hati.
Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.
Percaya diri
Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering
merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya
terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling.
Itu bermakna, aura tenang akan terpancar
dari dalam dirinya sehingga
mampu menarik perhatian orang di sekeliling.
Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang
memiliki sifat serupa dengan yang lain.
Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.
Pemaaf
Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati
yang begitu kronik dan sering datang menyerang.
Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan
membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman.
Jujur
Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas.
Cuba bayangkan bagaimana sekiranya
teman kamu hobinya adalah bohong.
Selain akan menimbulkan salah faham,
ia juga akan merugikan orang lain.
Sumber – KOSMO
DARI JINGGO
dikatakan dalam satu bahan bacaan
KECELAKAAN PALING BESAR
DALAM HUBUNGAN SOSIAL
ADALAH BILA KITA
TIDAK DIPEDULIKAN
menjadi diri ini
disenangi dan mudah didekati
melibatkan skill yang tidak pernah
diajar dalam sistem pendidikan formal kita.

7 ulasan:

Ruby berkata...

Salam cgu...

saya ingin menjadi orang itu...

terima kasih atas perkongsian ini...

bukan senang untuk menjadi yang terbaik tapi tidak rugi untuk mencuba..

syukran..

ONE ZABA berkata...

ada kepentingan...maka org akan sentiasa dekat dgn kita. tiada kepentingan...melalak la ko sorang sorang.

CITY® berkata...

salam...

pernah rasa diri terbaik
tapi...
kini
terasa diri bukan lagi yg terbaik
pamaaf tapi tidak melupakan
percaya diri tapi kurang yakin
rendah hati juga rendah diri
ringan tangan tapi berat hati
ceria tapi bukan pada semua
positif tapi setelah negetif
jujur pada yang sayang...

hmmmm..
tak peduli jika tak dipedulikan
celaka ke?

Unknown berkata...

cguruby
kita sesama belajar agar kehadiran kita terus dipedulikan oleh orang lain............

Unknown berkata...

cgu one
saya amat setuju
saya ni penting ke kepada cguone.......

Unknown berkata...

blue
celaka - bahasa kasar kepada malang...

tak malang ke..
seandainya kita tidak dipedulikan....

azlanlin berkata...

Segala petua-petui yang diamalkan akan semakin terhakis apabila kita berhadapan dengan pengalaman. Pengalaman akan mengajar kita untuk berhati-hati... Ramai orang, ramai ragamnya.

Maka, zip mulut tanda langkah mula untuk kembali bersosial, menghayun langkah mengikut rentak, mengeluarkan idea pada waktu yang sesuai. Akhirnya... menjadikan kita TIDAK PEDULI pada orang lain.

Sayangi diri KITA sebelum menantikan orang lain sayangi KITA...

Eco Kid Adventure on Facebook