Jumaat, 21 Mei 2010

tak komited boleh jalan.......

Tanda lelaki tidak mahu komitmen
LELAKI yang suka mencari kesalahan
pasangannya jelas tidak mahukan komitmen.
KOMITMEN merupakan satu perkara penting
dalam sesuatu perhubungan,
sama ada sebelum perkahwinan apatah lagi semasa
melayari tempoh perkahwinan.
Ada ketikanya, komitmen masih perlu selepas berlakunya pembubaran perkahwinan terutamanya bagi perkara yang berkaitan dengan kemaslahatan dan kebajikan anak-anak.

Namun, masalah yang sering berlaku ialah
kesukaran bagi seorang gadis
(bagi yang belum berkahwin),
isteri atau bekas isteri menentukan sama ada pasangannya atau
bekas pasangannya itu memberikan komitmen
yang sewajarnya atau sebaliknya.
Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie,
Suzana Ghazali,
terdapat enam tanda utama seseorang itu
enggan memberikan komitmen iaitu
suka mengelak,
memberi alasan,
mencari salah pasangan,
tidak memberikan kerjasama,
sukar dihubungi
tiada komunikasi.
Suka mengelak
Jika pasangan anda suka mengelak, sama ada daripada
memperkatakan tentang hubungan,
tentang hala tuju perkahwinan atau tentang
apa jua perkara yang berkaitan dengan perhubungan tersebut,
itu tandanya dia tidak berminat lagi untuk
meneruskan komitmen terhadap hubungan tersebut.
Memberi alasan
Individu yang tidak mahu memberikan komitmen
sebaliknya mudah memberi alasan apabila
diajukan persoalan atau perbincangan
mengenai hubungan bersamanya.
Mencari salah pasangan
Ada ketikanya pula, individu yang enggan berikan
komitmen akan sengaja mencari malah
mereka-reka salah pasangan.
Mereka akan bersikap agresif, menyalahkan pasangan walau
hanya atas alasan yang remeh dan dalam sesetengah keadaan akan memanipulasi keadaan persekitaran hingga mewujudkan rasa bersalah yang tinggi kepada pasangan.
Tidak berikan kerjasama
Individu yang tidak mahukan komitmen juga akan bersikap tidak bekerjasama. Mereka mungkin mengaku akan melakukan sesuatu yang dihajati oleh pasangan tetapi akhirnya pengakuan hanya tinggal pengakuan dan hajat pasangan akan dibiarkan tanpa sebarang pelaksanaan.
Sukar dihubungi
Individu yang tidak mahukan komitmen
juga sukar untuk dihubungi.
Selalunya mereka akan bersikap mendiamkan diri,
tidak akan menghubungi anda kecuali dihubungi
dan ada ketikanya tidak melayani panggilan anda.
Dalam perkahwinan pula, mereka akan bersikap
menyendiri dan membiarkan pasangan bercakap sendiri.
Tiada komunikasi
Mereka yang tidak mahukan komitmen juga bersikap
menafikan sebarang bentuk komunikasi dengan anda. Komunikasi bukan saja wujud dalam perbualan sebaliknya juga melalui bahasa tubuh iaitu sikap, perlakuan malah mimik muka.
Penampilan wajah yang tidak ceria atau masam ketika bersama pasangan, tanpa apa-apa penjelasan atau alasan yang wajar menjadi tanda dia tidak mahukan komitmen bersama anda
- harian kosmo -
DARI JINGGO
komitmen
ini satu lagi penghakiman
DALAM HUBUNGAN SOSIAL
tentunya sahaja
nilai satu komitmen bergantung kepada
siapa yang diharapkan memberikan
KOMITMEN.
CINTA DAN KOMITMEN

3 ulasan:

ZaridaIshak berkata...

alhamdulillah mendapat pasangan yang sungguh komited...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

saya juga.... hubby yang komited dgn perhubungan....

Tirana berkata...

Lelaki yang tak komited tidak harus kawin..bimbang dia akan membuatkan wanita (isteri) menderita emosinya.

Eco Kid Adventure on Facebook