Isnin, 12 April 2010

berpisah akhirnya..

SETELAH menjalin hubungan sekian lama,
tiba-tiba ikatan dilanda badai.
Sama ada si dia mula menunjukkan
tanda curang atau berlaku sesuatu
di luar jangkaan lalu hubungan menjadi
tegang dan berakhir dengan perpisahan.
Berikut adalah panduan untuk membantu anda mengesan
lebih awal bibit perpisahan sebelum anda berasa terlalu terluka:
SATU
Antara tanda hubungan bakal berakhir apabila
anda berdua sering bergaduh disebabkan
perkara remeh-temeh.
Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah,
tetapi jika kerap berlaku,
ia petanda bahaya.
Menjadikan hal sekecil semut menjadi
sebesar gajah bermakna
ada perkara yang anda berdua takut untuk hadapi.
Adakah ketakutan untuk berterus-terang mengenai
perpisahan membuatkan anda berdua masih bersama?
Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi
atau mengelak daripada anda?
Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika seseorang itu
berasa tidak selesa dengan perkara yang kurang disenanginya.
Jika pasangan anda ada ciri untuk menjauhkan diri,
anda patut berasa risau.
Contoh paling mudah adalah dia
sukar dihubungi melalui telefon.
Dia juga seronok melakukan aktiviti tertentu
seorang diri sedangkan dulu,
ia sangat menyeronokkan untuk anda berdua melakukannya.
KEDUA
Satu perkara paling menyakitkan adalah membuat keputusan untuk meninggalkan pasangan mereka. Memang mengguris perasaan apabila si dia menyatakan tidak boleh menyayangi anda lagi sedangkan anda sudah memberikan segala-galanya kepada si dia.
Selepas berfikir panjang,
anda sedar bahawa anda sudah lama
menangguh untuk membuat
keputusan muktamad dan mengambil tindakan wajar
untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dia.
KETIGA
Apabila sedar anda tidak selesa, sepakat atau
sehaluan dengan dia,
ini masa untuk berpisah.
Anda harus menyukai dia seperti mana anda mencintai dia.
Memang cinta adalah segalanya,
tetapi cinta saja tidak cukup sebagai
alasan untuk terus bersama.
Cinta tanpa kesefahaman tidak akan dapat membantu
jika anda menghadapi masalah dengannya.
Anda tentu lebih bahagia bersama orang yang anda
cinta dan selesa untuk hidup bersamanya.
KEEMPAT
Anda rasakan tiada keserasian.
Jika anda dan pasangan sedar tiada tarikan seksual
yang boleh mengikat anda berdua,
maka anda dan pasangan harus membebaskan diri
masing-masing untuk mencari pasangan yang boleh
memberi anda keperluan ini.
Sebelum itu, haruslah sedaya upaya
untuk membetulkan keadaan
terlebih dulu bagi mengelak keputusan terburu-buru
dan menyesal di kemudian hari.
Percayalah bahawa setiap situasi ada pengajarannya,
begitu juga anda dan pasangan.
Sudah tiba masa untuk anda meneruskan perjalanan
apabila sebelah pihak dalam sebuah hubungan sudah berubah
dan mempunyai haluan berbeza daripada segi kehidupan dan matlamatnya.
KELIMA
Si dia mempunyai masalah yang dia sendiri
tidak mahu selesaikan.
Ia mungkin membabitkan masalah besar.
Jika pasangan memilih untuk tidak melakukan
apa-apa terhadap masalah ini
atau lebih teruk tidak mengaku bersalah,
maka anda tiada alasan kukuh untuk
tidak mengakhiri hubungan ini.
KEENAM
Si dia menolak untuk bekerjasama
membaik pulih hubungan.
Situasi ini paling menyedihkan.
Jika si dia memang tidak aktif ataupun memang tiada niat langsung untuk
memulihkan kembali hubungan biarpun dia ada konflik dalaman,
anda harus sedar bahawa tiada
kesepakatan dalam hubungan ini.
Selain itu, jika anda dan pasangan sudah tidak sehaluan,
tetapi anda masih ada perasaan sayang padanya,
ketahuilah setelah bersama yang baru kelak,
anda pasti akan merasa lebih bahagia dan nikmat lebih
daripada apa yang anda rasai sekarang.
Inilah hukum alam yang patut disedari.
Psikologi manusia sentiasa
menginginkan yang terbaik
dan lebih baik daripada yang lalu.
KETUJUH
Cinta memang boleh membunuh.
Cinta boleh membuat kita hidup dalam kesedihan.
Namun, kita berhak untuk menerima kebahagiaan
daripada orang yang benar-benar menyayangi
dari jinggo
kepada seorang sahabat
yang menjadikan kisah putus cinta
sebagai alasan untuk mengundurkan
diri kebelakang..
PERCAYALAH
dunia tidak pernah mahu bersimpati
dengan manusia yang keluh kesah
PERCAYALAH
dunia tidak akan berhenti.
untuk itu.
PERCAYALAH
itu bukan yang terbaik untuk kamu.

10 ulasan:

ONE ZABA berkata...

tak dapat la aku nak makan nasi minyak......

Unknown berkata...

he.....
kesian kalau macam tu.
ini sekadar cerita yg dikutip dari cerita....

Tirana berkata...

Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Jika kita sudah cuba yang terbaik untuk mengekalkan hubungan tapi berpisah juga akhirnya, maka redhalah dan yakin bahawa Allah akan memberi sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Rohani M.U berkata...

Salam.

Manusia merancang, Allah swt penentu segalanya. Hendaknya redha dengan ketentuan Ilahi. Hikmah tersurat dan tersirat di sebalik musibah yang dialami. Mungkin apa yang disukai bukan baik untuk kita.....barangkali apa yang kita tidak suka itu, itulah yang terbaik buat kita. Allah swt itu Maha Pengasih Lagi Penyayang.Sesungguhnya, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya. Apapun, hidup perlu diteruskan
. Moga diberkati dunia dan akhirat.

Wassalam.

zaijb berkata...

salam kejauhan...

kehidupan harus di teruskan... sebagai manusia kita tidak mahu ini akan terjadi... berdoa dan berusaha adalah jalan sebaiknya...

jgn harap pada takdir... kita kena berusaha jadi yg terbaik utk orang yg kita sayang...
bukankah seharusnya begitu cgu....

Unknown berkata...

puan tirana
saya suka ayat
kita cuba pertahan....
dan saya juga yakini - hubungan sosial umpama macam main saham..

kita melabur dan kita nak untung....keuntungan emosi

Unknown berkata...

cguroha
itu yg terbaik
semuanya kita diatur untuk diajar dan kita kena terima apa yg berlaku kita harus belajar.

Unknown berkata...

zaijb
salam jauh tapi dekat....ha
kita kena berusaha.
sebab jangan jadi orang kalah sebelum kalah kan....

ha...

Guru berkata...

assalammualaikum

kekadang, mengubat hati perlukan masa untuk bersendirian dan ruang untuk memuhasabah diri.

sebagai rakan, kita perlu memahami, dan jika masa yang diguna terlalu panjang, kita perlu menyedarkan dan membantu

dan tidak lupa juga, selalu mendoakan

Unknown berkata...

cgu normah..
kadang2 berhadapan dengan perpisahan kena skill yang berbeza...kerana calitannya dengan emosi - yang tentunya kita semua berbeza.

Eco Kid Adventure on Facebook