Isnin, 26 April 2010

cerita lelaki ni....

Persoalan yang sering bermain di fikiran wanita
apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan, adakah hanya wanita yang merana
kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?
Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan
yang semakin goyah,
hanya wanita bertaruh nyawa demi
mempertahankan hubungan.
Lelaki semakin ‘berubah rupa’,
tidak lagi mempertaruhkan kesetiaan
sedangkan sebelumnya tugu cinta sentiasa ampuh.
Keadaan ini menghantui sebahagian wanita
yang belum mampu
memahami sikap teman lelaki atau suami.
Lebih membingungkan, wanita tidak faham apa yang
lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.
Renung perkara berikut,
mungkin ia merungkai
kebingungan wanita mengenai lelaki
Apa yang mereka cari dalam perhubungan?
Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah,
namun asas permulaan bagi membina
sesebuah hubungan adalah
minat, cinta dan tarikan kasih sayang.
Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan?
Jauh di sudut hati, lelaki mahu isteri atau teman wanita
yang boleh dipercayai,
setia serta boleh berkongsi hal peribadi.
Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan
antara sifat semula jadi wanita yang feminin
serta pada masa sama, teguh dan kuat.
Teman yang tegas jadi penyokong.
Lelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu
kepada bakal anak-anaknya,
teman berbual dan berkongsi jenaka.
Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi
dengan baik antara ciri yang sangat penting.
Lelaki suka memiliki wanita yang menyokong mereka
dan bukannya membebel, tegas
tetapi bukan pendera atau pemarah.
Lelaki suka wanita yang dapat merangsang
dan mencabar minda,
bukan sekadar berserah kepada takdir.
Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang
juga penting kepada mereka.
Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan
elemen hormat menghormati dan persefahaman
.Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi .
Kita mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan
wanita yang cantik, seksi dan bergaya.
Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik
dengan penampilan fizikal,
tetapi tarikan nafsu atau seks hanya
di peringkat permulaan.
Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat
kepada hubungan yang lebih stabil.
Lelaki pada
usia 20, 30 dan 40 tahun
Usia 20-an
bagi lelaki adalah masa untuk berseronok
dan mempersiapkan diri ke alam rumah tangga.
Lelaki akan cuba mencari
wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.
Pada usia 30-an,
lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan
dan kewarasan dalam hidupnya.
Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh
dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.
Ketika menginjak usia 40-an,
dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna
sebenar kehidupan.
Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran
untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.
DARI LELAKI.
KADANG2 KETIDAKMAHUAN KITA
UNTUK MAHU TAHU -
APA YANG LELAKI MAHU DALAM
PERHUBUNGAN SOSIAL.
mungkin lelaki tidak ada airmata mahu direngekkan
mungkin lelaki akan ' jatuh ego nya ' membuka
cerita tak macho ni.
AKHIRNYA LELAKI DIAM
dan lelaki lah yang bersalah.
kesimpulan
tidak mahu melebarkan ' perbalahan ' seterusnya.
hari ini kita kena belajar mengenal yang kita memang berbeza.
ADA TITIK YANG MENYATUKAN KITA
keinginan untuk tahu - apa yg kita mahu
sumber : buku bahasa sosial

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam maknanya..tp betul apa yang dibicarakan..
boleh bagi nm tajuk buku tu tak?

ONE ZABA berkata...

siapa agaknya lelaki itu....

Ruby berkata...

~ lelaki yang penuh misteri dan sukar untuk difahami dirinya...

Eco Kid Adventure on Facebook