Isnin, 5 April 2010

facebook punya penangan....

FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.
Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan.
Justeru, ramai yang menyertai
Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.
Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial Facebook turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang.
Seorang pekerja wanita di London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya.
Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke dalam Facebook.
KETAGIHAN Facebook boleh mengakibatkan perubahan
tingkah laku seseorang tanpa disedari.
Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia
mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.
Pemikiran sebegini mungkin dapat membantu individu yang
tidak dapat berpisah dengan Facebook walau sehari,
kata Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.
Menurut Mohamed Fadzil, individu yang ketagihan Facebook tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab individu terdekat membantunya merawat ketagihan itu selepas melihat perubahan sikap, tabiat dan tingkah laku individu berkenaan.
SUMBER KOSMO
jinggo dan facebook
CERITA MUNGKIN BEGINI
berada dalam sistem yang
menjadikan hari2 kita lebih baik.
dan mungkin
berada dalam sistem yang
menjadikan hari2 kita lebih teruk.
INI TEKNOLOGI
tentunya ada penambahbaikan
MUNGKIN INI
BOLEH KITA KONGSIKAN
kelaziman akan membentuk
budaya akan membentuk
tabiat akan membentuk
SIKAP
akan membentuk takdir kita.
berdasarkan satu petikan dalam sebuah buku
apa jua tindakan kita yang kita
KERAP + LAZIM
lakukan melebihi 21 hari.
maka bersedialah kita untuk seterusnya

19 ulasan:

Tirana berkata...

kena kuat self disiplin. kalau tak kuat memang boleh hanyut tak kira FB, blog, atau chatting.

So far alhamdulillah saya boleh kontrol lagi diri saya. Kadang-kadang rasa jemu bergayut lama-lama di FB..hehehe..membaca lebih menyeronokkan.

zaijb berkata...

jika melebihi 21 hari bermaksud kita akan menjadi ketagih dgn ape yg kita lakukan ke...??

ohh... bahaya tue rasa nya dah nak masuk setahun... hu.. kena kurangkan pulak...
tapi akan ada satu tahap di mana kita akan ada bosan dan cuba utk melupakan internet...
keputusan yg saya perolehi utk diri sendiri... hanya 3@ 4 hari saja yg boleh bertahan...huhu... mmm berat juga case nie.

Unknown berkata...

puan tirana
semua ditangan kitakan...
sebab pengalaman diFB - ada yang macam2..
yang posisif - yang sebaliknya...

menjadikan ruang di media maya menambah keburukan diri

mykrk berkata...

Samalah, untuk mengelakkan daripada hanyut, saya lebih suka membaca melalui email. Kalau tiada yang menarik, saya tak login.
Tambahan pula nama dan gambar boleh diubah-ubah. Saya sukar mempercayai individu-individu di fb, kecuali memang kenalan di alam nyata juga mereka yang konsisten dgn nama yang sama.... wajib hati-hati...
Oh, id saya juga wajar diragui..... hemmmm..... 2x5 saja..... hanya Allah yang tahu...

Unknown berkata...

zaijb
21 hari bermaksud - berapa kerap kita mengadap aktiviti yang sama - dalam apa bentuk pun begitulah

sebagai contoh
kalau 21 hari call jinggo
akan jadi tabiat...ha

Unknown berkata...

mykrk
amat setuju
nama ditukar - identiti ditukar - atas faktor apa...
terlalu macam2
lagi satu penggunaan bahasa yang kadang2 cukup memualkan....

ditangan kita ada pilihan.

ONE ZABA berkata...

tak kira apa pun yang diguna hatta sebatang mancis pun kalau digunakan ke arah jalan yg salah..maka keburukan jua yg mendataqng.

CITY® berkata...

salam jinggo,
adakah saya ini kolot dan ketinggalan kerana tidak ada akaun facebook?

lalallala

Marzalina berkata...

fb ni ada keburukan dan juga kebaikannya..terpulang kpd individu itu sendiri bagaimana nak mengaplikasikan kemudahan tersebut.

tapi..melalui fb..byk masa terbuang..huhuhu

Unknown berkata...

cguone
terima kasih kerana satu lagi pandangan yang praktikal

Unknown berkata...

blue
memang kamu kolot...
he....
tak lah..
masing ada pandangan sendiri kan.saya untuk tujuan melebarkan info mengenai kerjaya.....

Unknown berkata...

marzalina
kita ada pilihan mahu menjadikan diri kita bagaimana kan...

ZaridaIshak berkata...

salam,
teknologi kalau disalahgunakan
kelak makan diri... namun apa yang penting adalah disiplin diri yang tinggi mampu mengatasi segala ketagihan...

cikgu_ctiey berkata...

bagi saya FB tempat saya release tension.medium sosial bersama rakan-rakan lama.ala yg penting diri sendiri.dahulukan yang mana perlu didahulukan.

Pn Kartini berkata...

Sebut fb..teringat lak ex-students dlm list menunggu utk di add..aduhaiii...:):):)Kekadang jek buka fb bila teringin nak tinjau perkembagan ank2 murid dalam senyap!!Boleh buat tersenyum sorang2..:):)

Unknown berkata...

yang baik
itu yg terbaik
persoalan
sekuat mana kita mampu mengawal diri..........

Unknown berkata...

cgu ctyam..
pembanggunan diri
sumbangan diri...
semuga ruang sosial ini memberi penambahbaikkan pada diri kita....

kem yg berlaku tu
sudah satu penambahbaikkan pada cgu...

Unknown berkata...

cgu kartini
betul tu...
kebaikan boleh tgk aktiviti@ bahasa pelajar2 kita bersosial....

menarik tu

atie berkata...

Salam Saudara Jinggo..

Kesederhanaan tu penting... jangan terlebih2 mengunakan sesuatu... sampai lupa motiv utama kita mengunakanya......kesedaran diri penting...

Eco Kid Adventure on Facebook