Rabu, 21 April 2010

jadilah macam cerita ni....

Seorang pemuda dari suku Tha'i duduk
menghadap Ahnaf bin Qais.
Ahnaf amat mengagumi ketampanan
wajah dan tubuh pemuda itu.
"Pemuda ini begitu tampan, mungkin kerana ia rajin
hingga wajahnya sihat dan terpelihara.
Atau pemuda ini banyak wangnya,
sehingga mampu memelihara dirinya
dengan pakaian dan perhiasan," pikir Ahnaf dalam hati.
Suatu hari, bertanyalah Ahnaf pada pemuda itu,

"Wahai pemuda, apa rahsia yang membuat
engkau nampak setampan ini?."
Di luar dugaannya, pemuda itu menjawab,
"Rahsianya ada empat."
"Apa saja itu?," katanya ingin tahu.
"Pertama, bila orang bercerita kepadaku,
aku mendengarkannya.
Kedua, bila aku berjanji, niscaya aku tepati.
Ketiga, bila diriku ini dikritik orang,

maka aku relakan.
Keempat, bila aku dipercaya,
aku tak mau mengkhianatinya."
Mendengar jawaban itu, termenunglah Ahnaf.
"Dia inilah tips pemuda yang tampan luar dalam," komentarnya
THE BEAUTY, IS IN THE EYE OF BEHOLDER.
KECANTIKAN,...ADA PADA "MATA" YG MELIHAT.
*Kecantikan batin memancar dari dalam hati seseorang &
lebih penting daripada kecantikan fizikal .
Kejujuran , kerendahan hati, kecerdasan, kebijaksanaan,
kesederhanaan & kerumitan merupakan
wujud dari kecantikan batin.
* Meskipun kita dapat membuat penampilan fizikal sangat
cantik dgn baju yg bagus & rias wajah yg sempurna.
Namun jika pd dasarnya kita bodoh ,
hal itu tdk dpt disembunyikan krn hal2 bodoh
yg kita lakukan tdk kita sedari.
* Tetapi kecantikan batin tidak dapat dibuat-buat dan
lebih jarang ditemukan kerana kecantikan batin berasal dari Tuhan
Kecantikan batin memancar secara alami dari tindakan kita,
sekaligus menjadi tanda bagaimana kita menunjukkan cintaNya .
* Kecantikan batin sama halnya
seperti mutiara di lautan,
kulit mutiara begitu sederhana dan polos,
tidak menarik.
Tetapi saat kulit itu dibuka,
tampaklah mutiara yang sangat indah.
* Saya berharap seperti kerang itu ketika kamu mengenal saya
maka kamu akan melihat tidak hanya hati yang dipenuhi
kehangatan dan cinta kasih tetapi juga kamu dapat merasakan
cinta kasih Tuhan melalui saya.

13 ulasan:

Tirana berkata...

Setuju! Kecantikan fizikal tanpa kecantikan batin tidak membawa apa-apa makna.. Lagi pun kecantikan fizikal akan luntur ditelan usia sedangkan kecantikan batin kekal selamanya...

ONE ZABA berkata...

musim musim pilihanraya ni boleh pakai ke 4 rahsia tu!!!!

ZaridaIshak berkata...

semoga semua yang cantik di depanku, di kiri dan kanan ku, di belakangku, di atas ku dan dibawah ku...... dan semua yang cantik di sekelilingku...

zai berkata...

ia seakan menyatakan bahawa hati yang bersih akan memancarkan serinya ke wajah..betul ke ??? patutlah ada sesetengah orang muka mereka bercahaya dan terasa sejuk apabila direnung....kalaulah itu adalah saya...alangkah bagusnya !!!!

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

apa yang penting hati mau cantik....kalau hati canti semuanya nampak cantik....

atie berkata...

Salam Saudara Jinggo,,

setuju.... cantik peribadi.... atie dari blog koleksigubahan-atie.....kalau sudi singgah lah ke blog saya.....
lupa nak ucap selamat mengundi semalam..... ha.. selamat mengundi....undilah kerana islam...

Unknown berkata...

puan tirana
rasanya kecantikan dalam adalah satu didikan yg paling susah nak bangunkan...
didikan hati.

Unknown berkata...

cguone
musim2 PRK...
rasa macam tak praktikal...he...

Unknown berkata...

yang baik
nak cantik semua tentunya tidak mudahkan...
sebab kita dilahir dengan persekitaran yg berbeza...betul tak

Unknown berkata...

kak zai...
menariknya kalau kita mampu membersihkan hati dan zahir pada fizikal sekali.....

Unknown berkata...

alimaz
ini yang dikatakan
diantara IQ ada EQ.ada ESQ....kita kena lengkapkan semua sekali.

Unknown berkata...

atie...
saya akan mengundi..
dtg dari kem gombak...harap2 sempat

Mama Tanjong berkata...

salam,
Nak cantik .. mudah.
Nak kekalkan kecantikan...payah juga.
Cantik yg kekal ialah cantik budi bahasa.

Eco Kid Adventure on Facebook