Isnin, 19 April 2010

maaf kan aku.....

NEW YORK - Memohon maaf mungkin perkara paling sukar dilakukan tetapi sekumpulan saintis mendakwa ia adalah antara amalan paling sihat, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) menyatakan,
wanita yang menerima permohonan
maaf untuk perbuatan buruk
kurang mengalami tekanan atau risiko
kerosakan jantung
berbanding mereka yang tidak
menerima permohonan maaf.
Penyelidikan itu melibatkan beberapa saintis merekodkan
tekanan darah diastolik terhadap 29 lelaki dan 59 wanita dalam
satu eksperimen dan mereka mendapati
denyutan jantung wanita kembali normal 20 peratus lebih cepat
setelah menerima permohonan maaf.
Tekanan darah diastolik mengukur tekanan
dalam salur darah setiap kali
jantung berdenyut dengan bacaan yang tinggi
meningkatkan risiko serangan strok dan sakit jantung.
Dalam eksperimen itu, responden diletakkan dalam situasi yang
boleh menimbulkan kemarahan dan mereka memohon maaf
kepada separuh lelaki dan wanita berkenaan.
Namun, kajian sama menyatakan,
denyutan jantung lelaki mengambil
masa lebih lama
untuk pulih selepas sesuatu permohonan
maaf sekali gus membayangkan
bahawa lelaki sakit hati apabila
mendengar pengakuan bersalah
daripada seseorang. - Agensi
DARI JINGGO
aku maafkan kamu
melupakan tidak
APA BEZANYA
memaafkan orang adalah kemahiran
sebab diyakini bahawa
keinginan untuk memaafkan orang lain
lahir dari keinginan untuk tidak menjadikan
satu lagi perhubungan itu berlalu dengan sia2.
PERCAYALAH
siapa yang tidak buat salah.
JANGAN LAGIKAN
SATU HUBUNGAN YANG SIA2.

6 ulasan:

zai berkata...

Jinggo~org yg sukar meminta maaf kepada oranglain ini adalah manusia yg paling ego pernah kak zai jumpa..asyik dia je betul dan oranglain salah..

Kadang2 walaupun dah tahu bersalah pun tak nak minta maaf juga..mcmmn tu ? kerana dalam hati penuh dendam...dan apabila dalam hati penuh dendam akan selamanya akan melihat keburukan oranglain saja..

Jadi Jinggo~maafkanlah kak zai utk hari semalam dan hari ini..dan mungkin juga utk selama2nya kerana kita takkan pernah menjadi sempurna tanpa kritikan oranglain..maka dari itu..mari kita sama2 berlapang dada menerima teguran..

Guru berkata...

assalammualaikum jinggo

lelaki susah untuk menerima maaf ya..
mungkin kerana dilingkari keegoan

Unknown berkata...

kakzai
sebagai mahluk sosial
kita akan jumpa dengan rang yg macam2....
dalam konteks kita.
jangan ada dendam.
itu sahaja.

Unknown berkata...

cgu normah
kerana saya juga lelaki..
saya yakin pada pandangan tu

ONE ZABA berkata...

tunggu raya boleh lafazkan maaf tu. itu lah kata kata wajib raya.

Rohani M.U berkata...

Salam.

Kemaafan yang bermakna bila tidak mengulangi kesalahan yang dimaafkan.
Yang jadi tidak bermakna bila kemaafan yang diberi tidak dihargai sebaliknya masih tetap dicalarkan dengan perkara yang sama dan menjemukan dan ditambah dengan perkara-perkara baru yang menyakitkan hati.
Merendah hati memohon maaf.......andai ada keterlanjuran biacara mencakar minda.

p/s : sekadar pendapat yang tak berapa boleh nak diikut.

Wassalam.

Eco Kid Adventure on Facebook