Selasa, 6 April 2010

mampukah kita

Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri.
Perumpamaan ini memang cukup sinonim dengan
kemelut yang melanda pasangan yang berkahwin.
Konflik, bertengkar dan bertikam lidah merupakan asam garam
kehidupan berumah tangga.
Dalam sebuah perkahwinan, jika tidak pernah
berlaku pertengkaran
itu menandakan matinya emosi.
Malah pertelingkahan juga ada 'manisnya'.
Sebenarnya pertelingkahan turut memberi impak positif kepada
hubungan suami isteri kerana kadang kala ia mampu
mengeratkan lagi hubungan suami isteri .
Namun ini bukan bermakna kita sentiasa perlu bersetuju pada setiap masa bahawa pertengkaran itu sebagai tindakan yang bagus dalam perhubungan .
Apabila sesuatu yang tidak diingini pada pasangan maka berlakulah pertengkaran.
Ini berlaku dengan harapan perkara yang tidak baik pada pasangan itu akan hilang.
Pertengkaran sebenarnya merupakan proses di mana pasangan suami isteri itu cuba untuk
menyatukan cita rasa,
tujuan, keinginan
dan cara hidup mengikut kehendak sendiri
Dalam proses tersebut,
keengganan oleh satu pihak menyebabkan sebelah pihak lagi memendam perasaan,
hal ini akan menyebabkan sebelah pihak lagi tidak puas hati lalu tercetus pertengkaran.
Meluahkan isi hati
Untuk proses tersebut,
setiap pasangan perlu berbincang dan
meluahkan isi hati masing-masing
bagi meredakan permasalahan yang berlaku
dalam hubungan mereka.
Tidak dinafikan, ada yang enggan berbincang kerana
bimbang akan berakhir dengan sebuah pertengkaran.
Mereka lebih rela memendam saja perasaan
dan berharap segalanya
akan berubah dengan sendiri dan
menjadi baik suatu hari nanti.
Dalam permasalahan ini,
suami isteri seharusnya tidak menyalahkan antara satu sama
lain kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.
Situasi tegang akan menjadi lebih parah
apabila salah seorang
mengungkit kelemahan pasangan.
Sebaliknya, tumpuan hendaklah hanya kepada
pokok permasalahan bukan hingga meleret kepada
perkara yang tidak berkait.
Dalam pada itu, jangan sesekali kita
menggunakan kata-kata kasar
semasa 'bertikam lidah', sebaliknya teruskan gunakan nama yang sering digunakan.
Jika sebelum bergaduh memanggil pasangan dengan
panggilan 'sayang' teruskan gunakan panggilan tersebut.
Biar apa pun gelombang pertengkaran yang
berlaku antara anda suami isteri,
pastikan ia tidak berlaku di hadapan anak-anak.
Hal ini penting kerana ia boleh menjejaskan emosi mereka,
malah keadaan ini akan menyebabkan anak-anak
akan membuat persepsi yang negatif mengenai ibu bapa.
Tidak mustahil perkara tersebut akan diceritakan
kepada kawan-kawannya.
Emosi
Jangan sesekali membiarkan emosi
menguasai diri dan jangan sesekali
bertindak menggunakan fizikal seperti memukul atau melemparkan barang-barang.
Keadaan ini hanya merugikan diri sendiri sedangkan
masalah tidak juga selesai.
Dalam masalah ini, mungkin anda tidak
dapat menegakkan kebenaran
atau tidak mampu memberikan hujah yang kukuh,
tetapi itu bukan bererti anda sudah tewas.
Malah, jangan sesekali membenarkan orang ketiga
masuk campur dalam pertengkaran,
seperti ibu bapa, mertua ataupun adik beradik.
Kehadiran mereka sebenarnya akan menyebabkan situasi semakin parah.
Oleh itu, jika dapat selesai masalah, berbincang dengan
baik demi hubungan suci yang dibina.
Anggaplah pertelingkahan yang berlaku sebagai asam garam
kehidupan yang boleh mematangkan diri masing-masing.
Ingatlah, anda dan pasangan adalah
dua insan yang berbeza.
Pasangan anda telah dibesarkan mengikut
caranya sejak dari kecil,
manakala anda pula dibesarkan cara tersendiri.
Anda bertemu dengannya setelah
sama-sama dewasa,
jadi jangan sesekali cuba menjadikan
dirinya sama seperti anda.
Cuba hormati dengan tindakan yang dilakukan.
Jika tidak berkenan hati, luahkan dengan penuh diplomasi dan
berikan contoh terbaik untuk dirinya berubah.
Jangan anggap kita sentiasa di pihak yang betul,
pastikan sama-sama bekerjasama dan bertolak ansur dalam
mengemudi alam perkahwinan semoga
ia kekal hingga sampai bila-bila.
Selepas bertengkar, jangan biasakan menyendiri
atau meninggalkan pasangan,
keadaan ini hanya merugikan sahaja.
Selesai bertengkar, peluklah pasangan seerat mungkin,
biarpun kita bersalah ungkapkan perkataan
maaf dan minta perkara begitu tidak berlaku lagi.
Anggaplah pertengkaran sesuatu yang positif
kerana membolehkan anda dan pasangan semakin mesra.

6 ulasan:

Zuraini bt Kamarudin berkata...

terimaksih jinggo....
ilmu yg sangt baik utk keharmonian sebuah rumahtangga...
kak zu suka yg part last tu...
susah sngt pasangan nk buat mcm tu...kalau diamalkan dr mula ..insyallah selamat rumahtangga...aman damai berkekalan hingga akhir hayat

ONE ZABA berkata...

wah, dah lama tak bertengkar ni. balik ptg ni nak bertengkar la!!!

Tanpa Nama berkata...

Kita kena ingat, setandan kelapa tak sama isinya.

Alangkan adik beradik seibu sebapa pun kita tak faham hatinya, apakan lagi suami atau isteri yang datang dari ibubapa yang berlainan dengan kita.

Unknown berkata...

kak zu
memang susah
tapi kena mudahkan
sebab kalau pun kita menang dalam pertengkaran tapi kalau dari sudut hubungan sosial

Unknown berkata...

alamak cgu one
kenapa agaknya...
he...
he...

Unknown berkata...

kak hanim
padangan seorang ibu dan isteri...
pengalaman yg mungkin menjadikan teguran tu amat menarik

Eco Kid Adventure on Facebook