Selasa, 6 April 2010

sapa lah buat kajian ni

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi,
fotostat resepi dan hafal resepi.
Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan
ialah masak ikut resepi!
Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata,
tengok anak orang teringat anak kita.
Dan menurut satu kajian lagi;
kebanyakan lelaki akan berkata,
tengok bini orang terlupa bini kita!
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah
orang perempuan bila berjalan
tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang
perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
Wanita memang pemurah…
sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit
kat shopping complex tiap-tiap minggu!
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan
yang baik sekiranya dia tak tahu…
tarik muncung empat, lima depa time merajuk!
Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu
sama sahaja warna merah,
tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama;
ada merah ros, merah sirap, merah hati,
merah darah dan duit merah!
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri
adalah berpunca daripada isteri.
Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan
suami isteri adalah berpunca daripada suami!
Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah
suaminya dan tauke shopping complexnya!
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti
bersembang ketika berjalan ialah itik.
Manusia yang suka berlenggang dan tak
berhenti-henti bersembang
ketika apa saja ialah per… per… !
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit
untuk beli alat make up
dan mereka juga tergamak habiskan duit
untuk membeli pencuci make up.
Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi
ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
Orang perempuan akan membelek muka di cermin
sekurang-kurangnya
tiga kali sebelum ke tempat kerja,
enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja
dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali.
Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan
buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata
adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki.
Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab
mereka memang mudah rambang mata!
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan
akan mengurangkan kekerapan bercakap dan
menambah kekerapan membeli-belah!
Orang perempuan memang mudah kecil hati.
Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam
kali mereka berkecil hati.
Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil
lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak
terutama dalam hal berbelanja!
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan,
tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!
Menurut satu perangkaan,
gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama.
Paling lama cuma sampai umur 50 saja.
Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi.
Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

11 ulasan:

Ruby berkata...

Salam cgu...

perkongsian yang menarik ni.. membantu saya mengenali kaum perempuan itu dengan lebih mendalam lagi... panduan ini juga membantu sapa2 yang ingin menjadi lebih hebat selain daripada kehebatan yang dinyatakan di atas... hebat yang menenangkan jiwa lelaki dan masyarakat setempat... :), perubahan kearah yang lebih baik...

Unknown berkata...

cgu ruby
itu dari sudut pandangan seorang lelaki...
kalau kajian dibuat oleh pompuan : apa pulak ditulis pasal lelaki

cm berkata...

Bagus kajian cikgu jinggo,suka saya membacanya...
dan kredit kepada orang perempuan kerana menjadikan negara lebih maju. kilang kain, kilang alat make-up, shopping kompleks dan seumpamanya 'boleh hidup' sebab ada orang permpuan...he..he..agaknya kalau tal ada kaum hawa, semuanya akan lingkup!!

kaklong berkata...

cikgu jinggo, kebanyakan ayat2 ni biasa saya baca, dr buku motivasi penulis kegemaran saya. :)

memang sebagai perempuan agak pedih juga baca hasil kajian tentang perempuan ni, lebih2 lagi jika ada fakta tu kena dgn saya. tapi pendapat saya, ramai juga yg x suka membeli belah dan sgt teliti tentang duit. membelek muka di cermin sehingga 6 jam juga, x semua perempuan begitu. tambahan yang sibuk dgn anak2 dan suami serta kerja pejabat dan rumah. apapun, tepat atau tidak, semua tu boleh dijadikan panduan dan cermin diri perempuan seperti saya. sekurang2nya masih ada yg sudi membuat kajian dan membuat kesimpulan. jika perempuan pula yg menulis tentang lelaki bagaimana agaknya ye? :)

Unknown berkata...

cgu math
kalau tak pompuan
mahu bankrap - kamdar...ha...
mungkin dia berdoa siang dam malam..
biarlah pompuan ramai atas mukabumi ni...

Unknown berkata...

wilda
kajian berdasarkan pandangan seorang lelaki kut
ada fakta yg betul - kita betulkan kalau kita rasakan tidak molek untuk dipertahankan..

kalau pompuan buat kajian mengenai lelaki macamana tu.

Tanpa Nama berkata...

amboi en jinggo..
nmpk sumenya utk perempuan ye?
ttp, mmg betul pn ape yg di coretkn tu..
huhu

ONE ZABA berkata...

hui, mau kena luku ni kalau baca sama dengan orang pompuan.

Unknown berkata...

SISTER
memang macam tu kan
betul tak..
copy...mungkin sebagai satu penambahbaikkan dalam modul kem

Unknown berkata...

bukan kena luku lagi kut...kena paling dengan kasut kut
mana zaijb ni
senyap aja

zaijb berkata...

"Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam
kali mereka berkecil hati.
Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil
lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!"


terima kasih menyeru nama saya... memang tgh berdiam sebab saya sangat2 berkecil hati sejak semalam... saya mahu kan penjelasan... dr seseorg... hu...

pasnie memang saya akan kehabisan hati...

Eco Kid Adventure on Facebook