Isnin, 12 April 2010

tak cantik tak apa....

wajah yang cantik merupakan satu tarikan dalam mana2 hubungan sosial
TAPI BAGAIMANA
semua orang lari bila kita membuka mulut.
wajah cantik adalah satu jenis kejelitaan , tetapi ada satu lagi kecantikan

KECANTIKAN SOSIAL
akibat pulut santan binasa
akibat mulut badan merasa
KENAPA MACAM TU
sebab ada orang yg cantik - gagal dalam hubungan sosial.
mulut merupakan satu aspek kejelitaan yang amat penting
pengaruhnya dari sudut keupayaan menambat hati orang lain.
menurut pakar psikologi
orang yang pandai berbahasa dipandang lebih tampan
@ lebih jelita daripada wajah sebenar.
KAJIAN MENYATAKAN
gaya bahasa menuduh
menyebabkan orang yang mendengar menjadi defensif
akibat dari bahasa menuduh menyebabkan pendengar
sakit hati.marah.perselisihan.pertengkaran.pergaduhan.

GAYA BAHASA MENUDUH JUGA
DI SEBUT GAYA BAHASA ' AWAK '
gaya menuduh akan disertai dengan jari telunjuk yang menuding.
gaya menuduh mengandungi unsur2
PENGHAKIMAN
HUKUMAN
KEPUTUSAN
TUDUHAN.
KAJIAN MENYATAKAN WANITA LEBIH KERAP
MENGGUNAKAN GAYA BAHASA AWAK DIBANDING LELAKI
DARI JINGGO
jangan gunakan bahasa tuduhan - kerana
tuduhan tidak menyelesaikan masalah
tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas

seterusnya
kepada kita.
jangan risau kalau kita diberi ' nikmat ' yang
tak sama macam orang lain
- cantik -
percayalah diantara kita dan orang lain
penghubungnya adalah
MATA
MULUT.
semuga kita disedarkan pada keduanya
ada kepentingan yang besar dalam hubungan sosial

15 ulasan:

Ruby berkata...

salam cgu...

peringatan yang baik utk rakan2 yang kurang berkeyakinan untuk bergaul dengan ramai orang...

kecantikan itu dari dalam... dan subjektif...

cuma kena beringat...
kerana mulut badan binasa..

cik bunga kantan berkata...

cantik itu sesuatu yg subjektif..

bergantung kpd perspektif masing2 terhadap kecantikan..

yg pasti.. menjadi org yang cantik adalah ujian buat mereka.. jgn dipandang ianya sebagai nikmat semata2 kerana membawa kecantikan itu adalah satu tanggungjawab yg berat.. ;)

sebaliknya, ketidakcantikan itu menjadi perisai untuk myelematkan seseorang dr bahaya dunia.. -fikir-fikirkan...

adalah malang menjadi org yng cantik tapi hidup keseorangan ~ kerana tiada siapa mahu mendekati akibat mulut yang terlalu 'menyerlah'!

Unknown berkata...

ruby
ini bukan untuk pompuan aja
lelaki pun sama...
kecantikan sosial
adalah kemampuan menjadikan orang lain seronok bersama kita..

Unknown berkata...

bunga kantan
saya suka ayat yg hujung tu
cantik tapi diasingkan dalam sistem sosial
kenapa
ketidakmampuan bersosial.

ONE ZABA berkata...

selagi bebudak tak terpekik terlolong tengok muka kita, kira cantik jugak la.

zaijb berkata...

memberi senyuman akan melembutkan hati orang yg sedang marah.....

dan lenggok gaya bahasa sgt penting terutama bila penyampaian itu bukan verbal tapi lebih kpd penulisan seperti ini... mmm...betul tak...

Aida Ali berkata...

Salam cikgu Jinggo. Kecantikan itu terlalu subjektif. Ramai yang tak berapa cantik tapi menjadi sangat cantik pada pandangan orang yang memujanya.

Maiyah berkata...

sapa saja suka pada kecantikan.. kata org sejuk mata memandang.. zaman skrg hnya segelintir je yg tahu menilai kecantikan dr sudut mana

Unknown berkata...

cguone
samalah kita
cantiklah selagi orang nak tgk kita kali ke2....ha

Unknown berkata...

zaijb
komunikasi yg berkesan
menjadikan semua orang lain penting adalah kemahiran yang jarang ada pada kita dan kita....

Unknown berkata...

cguaida
itu yg perlu kita kongsikan dengan anak2 pelajar kita...
kemahiran berkomunikasi yang berkesan..

Unknown berkata...

puan maiyah
kercantik sosial adalah kepintaran yg dikaitkan dengan kemahiran emosi....untuk itu mari kita cantikkan emosi kita

Faridrashidi berkata...

Wajah cantik tak menjadi akhlaknya baik. itu saja. Tapi jika ada, itu satu pakej menarik.

Unknown berkata...

ustaz
islam dan peradapan sudah meletakkan garis...
kita ikut tentunya cantik dimata cantik dihatikan...

Rohani M.U berkata...

Salam.
Anak remaja memang begitu cara komunikasinya. Jiwa penuh dengan rasa ingin memberontak. Perlahan-lahan membentuk jiwa dan cara komunikasi yang berkesan. Tiada yang berubah dengan kadar segera. Semuanya mengambil masa untuk berubah. Belajar kehidupan bersosial agar hidup lebih bermutu.
Cantik di mata, cantik di hati.
Budi bahasa tak jual beli.
Biar tak cantik, tidak mengapa.
Yang pentingnya, sejuk di hati.

Wassalam.

Eco Kid Adventure on Facebook