Rabu, 14 April 2010

tunggu harinya...

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan
menang dalam semua hal
sesekali kita akan di'kalah'kan
oleh diri sendiri.
Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah.
Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri.
Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja
sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti :
malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..
Dan begitulah seterusnya kita.
Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak
sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan.
Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri.
Persetankan segala punca yg di ' ada' kan -
jalannya harus di hadapan.
Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah.
Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih
dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.
Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah '
akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.
Kita tidak kalah.
Kita ada pemenang yang
ditunda kemenangannya.

5 ulasan:

ONE ZABA berkata...

ya, kita tunggu hari nya di hulu selangor.

sapa bakal tidak menang dan sapa yang bakal tidak kalah.

Ruby berkata...

salam cgu

nak cipta cerita 'orang menang' kerana pilihan itu ada.. cuma perlu pilih yang terbaik...

penat duduk dalam cerita 'orang kalah'... jom keluar dari kelongsong ini... kena cari kekuatan...

tq atas perkongsian ini...

Unknown berkata...

cguone
ramai dapat kawan baru hari ini
sebab nak menang....he...

Unknown berkata...

ruby
hidup ini hanya satu pusingan : kita mesti jadi pemenangkan...
mesti

der Gan berkata...

ya..mungkin kemenanganku ditunda...ada hikmah yang tersembunyi..

Eco Kid Adventure on Facebook