Isnin, 13 Oktober 2008

apa lagi yang mampu kita lakukan.....


Hari ini panas - dari Rawang ke Politeknik Syah Alam - ke Rawang : panas - tapi satu call membuat aku tersentak ( tertidur dalam kereta ) - seorang ibu - tak kenal ( tapi memanggil aku dengan jinggo ) tapi yang pasti seorang ibu yang kemahuan untuk anak2 berada di posisi yang betul. terima kasih kerana perbualan kita......

Apa lagi yang mampu kita lakukan - kita semakin tidak ada banyak ruang - ancaman luaran terlalu besar kesannya pada tumbesaran anak2 kita. Saya tidak mahu mempersoalkan bagaimana lenturan awal pada anak tersebut yang pasti hari ini - itulah ceritanya. anak yang cukup segala - sekolah swasta islam ( al- amin ), tetapi persekitaran dan perubahan yg cukup menjadikan perbualan kami amat menarik.

Fitrah manusia akan menentang perubahan - tetapi manusia akan berubah kalau di suka untuk berubah - bagaimana untuk menjadikan dia suka untuk berubah - MEDIA perubahan ini harus di SUKAI.... sabda Rasullah s.a.w : hati2 dengan pemikiran yang akan membentuk perkataan , hati2 dengan perkataan yang akan membentuk tabiat.hati2 dengan tabiat yang akan membentuk peribadi ,dan hati2 dengan tabiat kerana ianya akan membentuk takdir kita.......

Pepatah barat dipetik : pemikiran akan membentuk budaya.budaya akan membentuk tabiat.tabiat akan membentuk sikap.sikap akan membentuk takdir...

dari kajian besar menyatakan - kelaziman akan membentuk budaya...untuk itu teori ayam mengeram telur digunakan ( 21 hari ) - ubah pemikiran. ubah kelaziman. ubah tindakan.

Pada aku : Perubahan adalah subjektif. Pada aku dan kita - ruang semakin tidak banyak untuk kita. Sistem dan perubahan persekitaran menjadikan kita tidak mampu lagi meletakkan KEPERCAYAAN pada apa yang kita nampak....untuk itu sama2 kita fikirkan.......

10 ulasan:

Tirana berkata...

Semua pihak kena memainkan peranan masing-masing..ibubapa tidak boleh mengharapkan pada guru semata dan guru pula tidak boleh mengharapkan pada ibubapa. Setiap dari kita mempunyai tanggungjawab untuk membentuk generasi muda sekarang. Lengkapkanlah diri dengan kemahiran..ibubapa dengan kemahiran keibubapaannya dan guru dengan kemahiran mereka. Bersama menggembeling tenaga untuk membawa generasi muda sekarang ke arah yang betul.

JINGGO berkata...

Satu pandangan menarik untuk di fikirkan - ibubapa dan guru gembeling peranan. tapi saya lebih percaya kepada pembentukan awal - acuan yang membentuk budaya anak tersebut - ini sebagai benteng untuk berhadapan dengan ancaman2....macam saya katakan : kita tidak boleh percaya apa yg kita nampak lagi........

Tirana berkata...

Sekolah pertama bagi anak-anak ialah di rumah bersama ibubapa. Ibubapa merupakan guru pertama sejak anak-anak dilahirkan. 6 tahun pertama merupakan waktu yang paling kritikal di mana pertumbuhan kanak-kanak samada pertumbuhan fizikal, mental, emotional, spiritual berlaku dengan pesat. Jadi ibubapa yang menjadi guru pertama kena perhatikan betul-betul waktu ini. Selepas 6 tahun, sekolah merupakan kesinambungan di mana peranan guru pula diperlukan..tapi peranan ibubapa tidak pula berhenti setakat itu. Ketika ini, matlamat ibubapa dan matlamat guru sepatutnya seiring.. Kalau bercanggah, tentu anak-anak jadi keliru. Jadi sekarang apa yang kita perlukan??? Bagi saya, pertama sekali fokus kepada ibubapa. Pernah atau tidak jinggo terfikir untuk mengadakan kem bagi bakal-bakal ibubapa dan ibubapa sebagai persediaan untuk mereka sebagai guru yang pertama untuk anak-anak? Sudah tentu fomat kemnya berbeza dari kem jinggo bersama anak-anak kan? Cuba-cubalah fikirkan...

Sharifah Hassan berkata...

Kita sentiasa mampu...kita adalah manusia yang membina manusia...

tetapi kita kena berani mengambil risiko..dan risiko adalah "kita tidak boleh percaya apa yang kita nampak lagi"...

Miss Jaz berkata...

entahlar..kadang kecewa dengan apa yang terjadi terhadap masyarakat kita sekarang.tetapi apakah dengan menuding jari kepada sipolan-sipolan akan dapat menyelesaikan keadaan?yang saya pasti asas masyarakat adalah tidak kukuh..Cuba bayangkan,seorang perempuan&lelaki yang tidak mempunyai asas agama yang kuat berkahwin,then ada anak,anak tidak dididik dgn agama yang kukuh(ada gak yang hantar kesekolah agama,akan tetapi mereka meneladani ibubapa&environment mereka)maka generasi yang bkal dilahirkan kelak semakin teruk..samalh dengan keadaan sekarang.. (sekadar pandangan i yang cetek ini)

Ibnurashidi berkata...

1.Ibu bapa yang beriman mampu mendidik dan mentarbiyyah dengan norma Islami sehingga mampu merasa takut akan Allah SWT..Impaknya besar sekali.

2.Guru, yang fikrahnya tidak tercemar dgn budaya sekularisme mampu mendidik anak-anak menjadi insan yang baik..maka disini sudah wujud 2 kekuatan dalam diri.

3.Masyarakat yang baik menjadi si anak tadi bertambah memahami konsep Islam dari segi individual mahupun kemasyarakatan.

4.Kerajaan dan pemimpin..Ini diperlukan untuk mengawal segala tindak tanduk anak tadi dengan pengamalan Syariatullah..dengan sistem yang diajar baginda Rasulullah SAW. Nescaya takutnya anak kepada Allah SWT akan bertambah.

Hasil gabungan kesemua elemen di atas saya yakin ianya berhasil. Kecundang satu faktor..natijahnya spt berlaku skrg..fikir2kanlah..

JINGGO berkata...

tirana - saya baru menhabiskan buku yang terbaik mengenai peranan ibubapa untuk berhadapan dengan isu ni - banyak perkara baru yg boleh kita kongsikan : saya sendiri penceramah untuk itu......apa2 pun terima kasih , saya menhargai seluruh penglibatan puan....

JINGGO berkata...

cgu sharifah - berani ambil risiko ( saya berpandangan sejauh mana risiko tu ) - jangan percaya apa yg kita nampak.........maaf - saya tidak dapat bayangkan risiko tu......

JINGGO berkata...

cgu mizz jazz - saya setuju - ibubapa yg berpandangan agama , tetapi kita kena ingat seperkara : antara percaya dan kepercayaan adalah 2 benda yg berbeda - agama yg membentuk kepercayaan adalah keputusan yg total. terima kasih

JINGGO berkata...

saudara ibnu - terima kasih , saya percaya kepada pakej tu. ibubapa yang meletakan 100% kepercayaan kepada hidup beragama , di bantu oleh sistem yg bertunjangkan kepada asas yg jelas , guru2 yg bergerak atas niat......sebab ada pandangan yg menyatakan - masalah remaja bermula dengan masalah persekitaran ( masyarakat dan kita )

Eco Kid Adventure on Facebook