Selasa, 21 Oktober 2008

jinggo masih dalam mood yg sama.....



jinggo menulis dalam nada yang sama : Alam Sekitar VS Pendidikan Alam Sekitar dan seterusnya KITA.

Minggu Alam Sekitar satu cerita besar kepada KAMI - satu minggu yang kami berkumpul berbuat itu dan ini untuk ALAM ( dan hari ini - bermula dari BULITEN UTAMA , tiada satu cerita & berita mengenainya )- kesimpulan mungkin Minggu Alam Sekitar dan cerita yang berkaitan tidak ada NILAI BERITA ( ayat selalu kita dengar ).

Duduk bercerita dan berbincang dengan kawan ( lebihnya dengan diri sendiri ) - kita merasakan satu keadaan yang semakin tidak menyenangkan - satu sistem & dasar yang tidak meletaKkan persoalan ini seiring dengan kepentingan lain ( TETAPI - KITA SEMUA AKAN BANGUN - BILA LANGIT SUDAH BERTUKAR WARNA ).

Kalau BUMI & ALAM ini mendengar ini ceritanya : 4.6 billion tahun dahulu , mungkin cerita kita tidak sama dengar hari ini..15 % penduduk dunia sedang bergotong royong untuk memusnah & mengambil apa yg kamu ( bumi )sediakan kepada KAMI ( untuk di kongsi ) - terima kasih kerana keseimbangan yang disediakan - begitu cantik percaturan litosfera , hidrosfera , admosfera - kami hidup sedamainya....

Sedamai mungkin kami hidup dengan keseimbangan itu - sehinggalah keluar HOMO SAPIEN -mahluk yang dipertikai ( tanggungjawabnya ) untuk menjadi khalifah bumi. Satu persatu keseimbangan tercalar , langit yg biru menjadi hitam , sungai umpama longkang2 besar ( menurut JPS - 1 tan sampah di pungut setiap hari di lembah kelang dlm sungai ) , air mengalir umpama kahak2....( dan dikatakan air yang mengalir masuk ke rumah kita adalah air kelas 3 - sebelum di rawat layaknya diberi kepada haiwan sahaja...).
Kajian demi kajian cukup menakut - dikatakan tahun 2025 separuh daripada penduduk dunia akan kehausan..dan tentunya kajian besar menyatakan kemusnahan bumi ( 5 billion tahun lagi berdasarkan kajian barat ) kita percepatkan.

Dan kita - apa yang berlaku hari ini sekadar cerita ( bila semuanya sistem di politikkan - merujuk kepada kata Dr Rizduan Tee dalam HUJAH malam tadi ) - Kitar Semula hanya sekadar cerita , Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum sekadar cerita , dan KARAM SINGAH WALIA - sekadar nama hari ini....

Moral untuk aku dan kawan2- biar dimana dan bagaimana - perjuangan belum selesai , biar kecil impak besar umpama membaling batu dalam air - gelombangnya akan sampai ketebing....kita ada ruang disini , kita tidak ada peluang disana.......

KITA TIDAK MEWARISI BUMI INI DARI NENEK MOYANG KITA TAPI KITA HANYA MEMINJAM DARI ANAK CUCU KITA

6 ulasan:

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo,
Alam sekitar banyak jadi subjek penulisan bro akhir-akhir ini.

Seperti yang teman kabo dulu, kalu kita tak jaga flora dan fauna yang ada la ni, jangan harap la kita boleh wariskan untuk cucu cicit pada masa depan.

Satu hari di Tahun 2020:

Anak : (sibuk belajar membaca) Ayah, zoo tu apa?
Ayah : Ooo, zoo tu tempat simpan binatang.
Anak : Binatang tu apa?
Ayah : Binatang tu haiwan, macam harimau, gajah, rusa...
Anak : Harimau tu apa?
Ayah : Harimau macam kucing, tapi besar.
Anak : Oooo.. kucing besar ya? Jadi, rumah kita ni, zoo lah, ye ayah?
Ayah : Nape pulak?
Anak : Abis, rumah kita kan ada Si Comot, kucing Farsian yang besar tu. Itu macam harimau lah jugak..
Ayah : (garu kepala...diam terkedu).

Mak Su berkata...

tanam pokok hari ini, utk anak cucu akan datang, kata atok-atok dulu-dulu

JINGGO berkata...

yop brahim - alam sekitar - ikut projek semasa : minggu ni teman kena bekerja dengan alam. nak cari feel - kena baca dan tulis isu yg sama...dan cerita yop sedih benor : macam mana pulak kalau anak bertanya - macamana rupa berok......tu yang naik motor tak reti2 nak duduk diam..weng sana weng sani...( maaf ).

JINGGO berkata...

mak su - tanam pokok apa...pokok taukeh ke...he....tahniah kalau nak tanam pokok : fakta sebarang pokok boleh menyediakan udara yg bersih ( oksigen ) untuk 27 orang manusia......tanam banyak2...

Sharifah Hassan berkata...

Salam,

Pendidikan adalah berteraskan pemahaman dan aplikasi.

Ramai di antara kita masih belum memahami dan belum tahu untuk aplikasikan!

Alam sekitar adalah sebahagian kecil dari alam kehidupan. Cikgu adalah guru yang berbilik darjah flora dan fauna. Saya adalah guru yang berbilik darjah buku dan alat tulis. Semuanya saling berkait dan kita saling bergelut untuk memberikan yang terbaik untuk anak dan insyaallah cucu kita...

Tugas kita sama dalam lapangan yang berbeza, apa yang kita perlu lakukan ialah meneruskan tugasan kita dengan jitu dan cekal!

Harapan saya ialah kita akan saling membantu dan mengingat supaya tidak terus dalam kerugian..

JINGGO berkata...

untuk cgu pah - tang sini adalah sedikit kekeliruan - lapangan kita berbeza : tapi di hujungnya sama - dalam skop pendidikan alam , usaha penerapan tidak seharus diserahkan kepada KAMI ( ruang terhad ) sahaja - ruang untuk merentasi @ program yg sedia ada disekolah harus di lihat semula : agar pelajar kita tidak terikat semata2 dengan peperiksaan....

Eco Kid Adventure on Facebook