Selasa, 7 Oktober 2008

cerita cinta


Hari ni dan semalam - sibuk dengan buku besar tu : Minggu ini ada ceramah ( bagi ceramah ) TEEN & LOVE ( kat kolej di Gombak ). Satu tajuk yang semakin selalu bermain2 di bibir , satu tajuk yang membuatkan semua TEEN2 nak duduk bangku depan...dan aku semakin suka dengan tajuk2 begini.

TEEN - R.E.M.A.J.A ( R - risiko.E - emosi M - manja A - angan2 J - juvana A - agresif ). itu remaja dan seterusnya CINTA ( apa itu cinta - menurut kajian pakar menyatakan cinta hanya sekadar CARING ) ini perkataan yang mengeluarkan segalanya....adakah sekadar perkataan CARING.dan akhirnya aku mula mengakui - itu ada kebenarannya. I MISS U & LOVE U - adalah sekadar menguatkan ( ada orang yang tidak perlu perkataan itu di sebuat2 - just CARE )

Aku memulakan satu persatu perjelajahan : seronok berkerja dengan ilmu. Dan kesimpulan. Bagaimana untuk MENDAPAT cinta + dan dimana CINTA BERPUTIK.dan sejauh mana kemampuan kita untuk MENANGKAP + MENGEKALKAN CINTA.Cinta akan bermula dengan keinginan untuk berpasang2an ( lelaki @ perempuan tiada bedanya ).Ianya bermula dengan APA YG KITA NAMPAK ( teknik pembina Pandangan Pertama ) - 70 % siapa kita sudah siap di hukum ( untuk itu pandangan pertama harus di jaga ).Mungkin ada yang bertanya bagaimana dengan penampilan : isu ini bergantung kepada siapa yg membuat tafsiran ( penampilan fizikal + penampilan sosial ).mana satu yg ok.penampilan sosial....apa lagi : seterusnya HEMOFILLI ( teknik kesamaan minat ) sebab semua manusia suka + mahu di anggap penting. Jadikan orang dihadapan kita penting...manusia fitrahnya begitu.suka idea sendiri.suara sendiri.muka sendiri - untuk itu gunakan fitrah tersebut.APA LAGI - kekerapan - ini yang membezakan cinta itu CINTA LOKASI ( macam erra + yusri )@ CINTA SEJATI....kekarapan dikaitkan dengan CARING......

Moral aku : Banyak yg mahu di tulis + ditafsirkan - yang penting kepada TEEN + KITA : CARING - tidak semudah yg di tafsirkan...

18 ulasan:

Tirana berkata...

Aduhai..hari ini Jinggo bercerita pasal cinta. Yang pertama menjelma dalam fikiran saya dan yang terpampang depan mata ialah pasangan muda mudi sekarang..kawin berasaskan cinta dan suka sama suka tapi kadang-kadang tak sampai setahun kawin dah bercerai berai sedangkan orang dulu-dulu macam mak dan arwah ayah saya, sebelum kawin, kenal pun tidak apalagi nak bercinta (perkahwinan diatur oleh keluarga kedua belah pihak) tapi hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat ayah. Selepas ayah meninggal pun, ibu tidak kawin lain. Kenapa ikatan perkahwinan orang muda-muda sekarang semakin rapuh (sedangkan mereka hebat bercinta sebelum kawin) jika dibandingkan dengan ikatan perkahwinan orang dulu-dulu (yang tak pernah bercinta sebelum kawin)?

jinggo berkata...

orang muda sekarang ( termasuk diri sendiri )bercinta + berkahwin banyak berasaskan CINTA LOKASI - banyak yg nak MENGAMBIL dari MEMBERI.banyak ANCAMAN dalam dan luar.Sebab saya antara orang yg melihat subjek ini untuk mengAJAR diri sendiri @ orang lain - impaknya berbeda untuk di telah. kesimpulan : saya semakin percaya kepada cinta yg berpaksi kepada KEINGINAN untuk hidup bertimpalbalik antara ke2 ( ini bergantung pd karektor ) - seterusnya NIAT dan menyatakan cinta adalah ibadah...itu paksinya.

ELeEa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ELeEa berkata...

Salam jinggo...

1 pendekatan yg amat bermakna kpd remaja...

Lg beteer kalo u leh terjemahkan Cinta Fotokopi...
Cinta ats dasar sbb ikut kwn...kwn dh ada pakwe dia sibuk2 nk bpakwa juga...=)

Tp better cinta kerana Allah...
Allah yg wujudkan cinta...
Allah yg menganugerahkan perasaan tu...
=)

thanks Jinggo coz u sudi jengah blog i...
itu real life blog...yg baik jdkan teladan...
yg buruk jgn ikut...baca je...

=)

jinggo berkata...

elee - cinta fotokopi - orang ada pak we dia pun nak ada pak we ( persoalan ) - rugi ke kalau tidak ada pak we...ada pendapat menyatakan : kepada perempuan tak ada pak we bermakna ( tak ada orang suka ) - tidak ada orang suka( bermakna tak lawa ) dan seterusnya ( tak penting ) - itu adalah pandangan. Pandangan saya ; apakah HASIL dari pertemuan + percintaan ( matlamat )..cinta fotokopi ( cinta yang tidak ada matlamat )...maaf elea : kita sekadar membuat penafsiran berdasarkan ilmu Allah...

azza_irah berkata...

bro jinggo..


Jadikan orang dihadapan kita penting...manusia fitrahnya begitu.suka idea sendiri.suara sendiri..

ini mmg lumrah insan..siapa saja mahu dirinya dihargai dan dianggap utama..
jika kita mahu diri dihargai kita juga perlu pandai menghargai org. tidak perlu menjaga ego dan berhati kering tanpa pedulikan perasaan org kerana perkara itu akan berbalik kepada diri sendiri.


HEMOFILLI ..teknik kesamaan minat.. sebab semua manusia suka .. mahu di anggap penting..

sy percaya pd ungkapan ini..kesamaan minat jadikan kita akrab dan berjalan seiring..jalinan minat boleh mbawa kepada satu rasa lain..mgkin sahabat mgkin jua lebih jauh..

pasti bibir terukir senyum jika hati kita berbunga bila kewujudan kita disedari..
cikgu azlan...sile ulas...

~~~~tkaseh kerana mengikuti penulisan sy di blog..sy tertunggu entry cikgu seterusnya walau jejak jarang sekali sy tinggalkan..

baju...warna penting utk mood sy..mood dan penampilan sy perlu seiring kerana sy mendampingi anak2 istimewa yang kabur tentang warna warni kehidupan..

arini berkurung kuning oren..apa tafsirannya cikgu.. :)

Mak Su berkata...

cinta bermula dari mata dan senyuman

Sharifah Hassan berkata...

Salam,

Semua makhluk memerlukan cinta.

Persoalannya:

Bila dan bagaimana kita tahu kita sudah menemui cinta?

azlanlin berkata...

C.I.N.T.A adalah anugerahNya kepada seseorang. Tanpa dijaga dan dibajai akan layulah CINTA di laluan perjalanan kehidupan.

Cinta tradisional (rujuk komen Tirana) yang wujud selepas perkahwinan lebih bertahan berbanding Cinta Moden. Ini kerana paksi utama mereka ialah cinta kepadaNya mendahului segalanya. Sebab itulah redha dan menerima seadanya terhadap apa yang diterimanya. Kekurangan yang diterima, Dialah tempat mengadu kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang dicaturkan..

Cinta Moden ini berteraskan cinta dan fizikal semata-mata. Jika cinta yang hadir semata-mata disebelah pihak, maka sebelah pihak akan remuk redam berendam air mata. Mendiam membisu seribu bahasa. Itulah penyebab alternatif menjadi galang gantinya.

Cinta Homofili akan lebih bertahan kerana sifat dan sikap menghala kepada minat dan matlamat mencapai apa yg diminati. Larinya matlamat, akan kecundang akhirnya.

Untuk membajai rasa cinta itu, "tali" sebagai pengikat. Tali itu berbentuk bahasa yang digunakan. Oleh itu, komunikasi amat penting dalam mengikat cinta yang diperolehi. Pengikat cinta itulah dinamakan KUASA TARIKAN! Maka BERGURAU-GURAULAH!

Penambah seri untuk mengikat cinta, senyuman haruslah sentiasa terukir. Senyuman ikhlas sukar ditafsirkan kerana keihklasan wujud kerana niat.Cuma kekadang,ramai yang tertipu dengan senyuman yang diterima. Tentunya sukar menafsir senyuman manis yang tawar. Raut wajah dapat menafsirkan senyuman itu. (boleh Cikgu Azza? Heheheh)

Pegangan lubuk CINTA ini yang paling utama, kerAna ia tidak pernah PADAM!

"Aku menyintai kepada agama yang ada padamu. Jika kau hilang agama dalam dirimu, hilanglah CINTAku pada dirimu" - Imam Nawawi

JINGGO berkata...

untuk cgu azza - terima kasih kerana komen yg panjang ( saya suka ) - itu fitrah.kita suka orang suka apa yg lahir dari kita...sebab kat USA dah di ajar 3 patah kata keramat SAYA BANGGA DENGAN ANDA - tapi bagaimana nak lahir.saya praktis dalam kelas ( terbuka ) saya - jadikan semua orang penting. impaknya berbeda..nak melahirkan kata2 itu penting. silap2 kita menjadikan sebaliknya...TAPI ksemuanya tidak akan menjadi apa2 : persekitaran orang dihadapan kita penting. Sebab kita dibesarkan dengan SIKAP yg komplek...perlaksanaanya subjektif.

Baju kuning : mengikut buku aura warna - 3 warna yg GARANG - merah , kuning , jingga ( dan tentunya sifat cgu berlawanan dengan warna ).sebab tu haiwan2 yg ganas + bahaya ada warna2 tu...kerja macam cgu ni sesuai sangat baju warna tu - impak pada persekitaran.agresif.laju.bersemangat ( tapi jiwanya tentunya tak samakan ).......saya bangga dengan cgu....

JINGGO berkata...

mak su - terima kasih.semalam ada kawan saya baca blog mak su ( ketawa sakan dia - kenapa saya tak tahu ) - saya setuju cinta bermula dari mata + senyum yg akan membentuk AIR MUKA....orang nampak tu dulu.

JINGGO berkata...

cgu azlan - tali yg mengikat cinta : sekali lagi saya kembali kepada KAREKTOR untuk membina tali yang akan mengikat. dulu kita biasa tengok orang tua2 mengira ABJAD NAMA + ANAK KEBERAPA dan macam ( sebelum kahwin )sekarang dah ada ilmu NUMBERLOGI + METAFIZA - yg fungsinya hampir sama. memang nak bina cinta mesti bermula dengan hemorfilli..( tapi ada yg berlakun sebelum dapat....). saya percaya kepada KAREKTOR ( sikap dalaman )....yg pentingnya AGAMA harus di atas....

dalam bab senyum ni - no komen...cgu azza suka senyum no 1 ( semua yg saya tulis ni dalam buku SENI BUAL )

JINGGO berkata...

cgu sharifah - kita akan tahu bila kita sudah menemui cinta bila kita mula CARING pada seseorang. tak perlu ungkapan lainkan....dan menjadikan orang lain penting adalah sesuatu yg tidak boleh dijadikan LAKUNAN.

azza_irah berkata...

tetiba lak senyuman sy dijadikan topik..
cikgu azlan kata jgn hilangkan senyuman dari bibir..dan sy berpendapat senyuman itu boleh menceriakan dan menenangkan hati org lain. hati kita hanya kita yg tahu...

kata2 cikgu jinggo.." cinta bermula dari mata + senyum yg akan membentuk AIR MUKA....orang nampak tu dulu."

benar sekali kan..fitrah insan akan mendekati pada sesuatu yang mampu membuatnya selesa dan berkeyakinan..yang mampu membuatnya tersenyum..

tali mengikat cinta..cikgu lan kata tali yang terjerut lembut takkan terasa..tapi paksinya tetap pd hati...sedetik hati pasti akan tersentuh di sanubari..

3 warna yang garang itu yg selalu menarik di mata sy..ntah kenapa sy rs lebih berkeyakinan bersantai dengan warna2 itu..jiwa..?...hanya jauhari mengenal manikam..

JINGGO berkata...

sekali lagi cgu azza : pasal senyum - sebab kat US dah di ajar teknik senyum yg betul ( teknik menaikkan pipi ) - bila pipi naik , mata jadi kecik - itu senyum yg ikhlas...dan warna - hidup kita macam pelangi - boleh dilihat tapi tak boleh di gapai ( hanya jauhari mengenal manikam ) - tapi warna2 ni sebenarnya ( saya percaya ) bukan warna sebenar cgukan.....

azza_irah berkata...

terkadang kita perlu melakonkan watak untuk mendekati sstu kan..cthnya guru utk mendekati murid(tackle)..bukan bmaksud tipu tetapi sebagai satu kaedah..
watak2 itu perlu agar tak pincang langkah kita sewaktu mendidik..

bgtu juga senyuman..
sejujur mana senyuman hanya mata hati yg boleh menilai...

kita perlu mencari warna utk mencorakkan hidup kita seterusnya...jika hanya hitam putih takut tak berseri..terasa selesa bermain dengan warna..walau jiwa sy hanya sukakan kedamaian dan ketenaangan hijau dan keriangan kuning yang melambangkan persahabatan..

zul rahman berkata...

Jinggo,

Ceritakanlah lagi tentang CINTA...

:)


The elixir of Love,
-Mohammadi Resyhahri

JINGGO berkata...

zul rahman - memang topik cinta tidak akan berakhirnya sekali nafas di kandung badan : sebab keadaannya subjektif. saya sdang menkaji & membaca topik ni...

Eco Kid Adventure on Facebook