Isnin, 20 Oktober 2008

apa sumbangan kita.....




cerita yang mungkin - tidak menjadi CERITA kepada orang lain. ALAM SEKITAR. satu cerita yang hanya sekadar komitmen ( seakan2 hangat taik ayam ) - dam kita hanya membiarkan KARAM SINGH WALIA sekadar bercerita..

Itu cerita kita , dan tidak keterlaluan kalau mahu ditafsirkan keinginan kita untuk terus berada dalam kelompok orang2 yg mahu terlibat secara serius dan meletakkan komitmen adalah untuk melihat alam ini terus berada di posisi yang betul adalah sedikit ( berdasarkan kajian besar menyatakan - 70 % kita tahu tapi tak faham - 30 % - 20 tahu dan faham tapi tidak bertindak dan seterusnya 10 % tahu + faham + strong>>bertindak ) - kita berada dalam satu sistem yg tidak meletakkan kepentingan CERITA ini.

Dan hari ini - seakan2 REUNION besar kepada KAMI - pertemuan yang menarik - rakan orang2 10 % berkumpul.Ceritanya sama - jinggo , apa projek sekarang.......PELANCARAN MINGGU ALAM SEKITAR + PEMBUKAAN SEMULA WETLAND PAYA INDAH.Tahniah kepada komitmen berterusan Jabatan Alam Sekitar kerana komitmen kalian - puteri , raja aminah , azlina....dr rosli , dr hatta , dr azlina ( saya akan join projek gajah + badak tu )....

Untuk aku + kawan2 - apa sumbangan kita ! kepada rakan2 guru : azza , azlan , miss jue , yop brahim , daddy cool , cgu pah , cgu one....cgu tirana...dan yang lain. Kita ada ruang , mungkin kita tidak ada peluang. Sekadar mahu di ajak berfikir : apa sumbangan kita !!!....akhirnya penat.penat.penat dan seterusnya nak tidur.......

8 ulasan:

azza_irah berkata...

cikgu..
penat masih terasa..?
bila ditanya sumbangan..nampak sgt kita tidak menghasilkan apa2..kerana kudrat kita umpama sebatang jari..
tapi jika dihalusi..kita menyumbang secara tidak sedar..
biar apa kata org..yg penting usaha kita hanya kita n Allah yg tahu. kita penat skrg..tapi akan ada balasannya di hari depan...

masih bersisa kepenatan td.. wall climbing...berenang dlm selut bersama2 anak2 istimewa..walau pakaian mereka kotor berselut..muka tangan merah2 digigit nyamuk..tapi tidakkah itu juga satu sumbangan untuk memupuk keyakinan dan kecekalan hati anak2 ini..agar mereka tetap rasa dihargai wl diri kurang sempurna..

riuang+peluang+kesempatan=perlu kekuatan dalaman+sokongan dan dorongan teman2...masyarakat..

Tirana berkata...

Jinggo...

Bila pulak saya jadi cikgu..hhehehe..Saya ni ibu kepada anak-anak saya yang saya ajar diorang supaya mencintai alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata. Sejak dari kecil saya latih diorang menggunakan tong sampah dengan bijak... Bila dah remaja, diorang sanggup pegang sampah sekiranya tidak bertemu tong sampah namun untuk mencampakkan sampah merata-rata tidak sekali.

Dan saya sekeluarga memang mengamalkan tabiat kitar semula barang2 yang boleh dikitar semula...Cuma yang saya dapati, pusat kitar semula amat terhad..terpaksa drive jauh untuk berjumpa satu pusat kitar semula.. Itu yang kadang-kadang orang malas nak kitar semula..

InsyaAllah apa yang terdaya saya lakukan, saya akan lakukan untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara...

JINGGO berkata...

cgu azza - itu sumbangan yg jelas.tapi skop saya hari ini - mood saya - hijau.sumbangan kita untuk terus berada dalam bumi yang langitnya masih biru - hutannya masih hijau dan sungainya masih mengalir....apa sumbangan kita...saya lama berkerja dengan PPK untuk pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum - nampaknya ceritanya masih sama ( maaf - hangat sekejap aja )...akhirnya ruang dah disediakan pada kita : peluang dah diberikan pada kita....kita gunakan cgu.sesekali ingatkan ' anak2' kita - kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita...kita pinjam dari anak cucu kita.....

JINGGO berkata...

tirana - kita semua cgu ( pendidik ) - saya amat percaya yg puan mengamal ' hal2 ' berkaitan - sebab masa di tahun akhir pengajian dulu saya terlibat satu kajian sosial mengenai tahab kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar - ternyata level masyarakat akan memberi impak terhadap tahab kesedaran....dlm bab kitar semula..saya bercakap dlm hal politik alam sekitar - keadaan amat2 mendukacitakan...dan saya banyak bercerita dengan exco alam sekitar selangor ( ada perubahan dari segi minat & tindakan )- yang lain2 ' no komen ' takut jadi Hang Nadim....

Mak Su berkata...

apa sumbangan saya ek? mgkn saya akan ajak hubby gi jenjalan ke wetland dan bawak anak2 dan lepak2 dan makan2 kat situ dan balik sampah ke rumah, tak ditinggalkan di sana ... :)

Miss Jaz berkata...

salam wahai si pencinta alam...rindu pada ulasan bernasmu...jue rasa memang berat untuk kita memikul t/jawab sebagai khalifah dibumi Allah ini..walau sedikit, setiap dari kita harus mempunyai rasa t/jawab terhadap makhluk tuhan yang lain sudah tentunya alam yang kita jejak ini..kekadang hati berbisik mengenang kata-2 yang pernah terngiang2 ditelingaku...,Ah..biarlah,orang lain pun buang sampah..kita buang sikit jer..!!berdesing telinga mendengar kalimah keramat yang mungkin biasa dibibir ramai diantara kita...tapi sedarlah bahawa sedikit,lama-lama jadi bukit.kalau sorang buang sampah,lama-lama jadi banyak...jagalah kebersihan..sebagai guru setiap hari jue terpanggil untuk meniupkan roh sayangkan alam sekitar pd murid kesayanganku..semoga ianya kekal didalam snubari mereka.amin.buatmu,jinggo teruskan perjuanganmu..masih ada insan yang memerlukanmu..wassalam

JINGGO berkata...

mak su - kat bagus kalau macam tu...nanti jangan lupa ambil gambar badak....

JINGGO berkata...

miss jue - ayat yg terakhirnya ( dah 2 kali saya dengar )...memang ada orang memerlukan saya - setidak2 saya sebahagian dari orang yg nak bercakap hal yg orang tak nak cakap....terima kasih.

Eco Kid Adventure on Facebook