Rabu, 15 Oktober 2008

Hari ini - mari kita MEMBAKAR JAMBATAN


Julius Caesar adalah seorang Kamandon perang yg berjaya menawan Brittnia kerana strateginya yang unik. Dalam sejarah , ada tercata ketika Caesar berjaya mendarat pasukannya pada satu tengah malam , dia diam , sementara pasukannya sibuk merapat dan menyembunyikan perahu - perahu yang mereka naiki. Mereka berfkir tentu mereka memerlukan perahu - perahu itu untuk pulang nanti. Tetapi mereka terkejut apabila mendengar perintah ketua mereka ' BAKAR SEMUA PERAHU YANG SUDAH KAMU DARATKAN TADI..'

Akhirnya mereka membakar semua kapal sehingga hangus ( oleh kerana mereka beranggapan mereka tidak boleh kembali , maka mereka pun bertempur habis - habisan. Mereka merasakan yg mereka perlu menang.

Moral untuk aku - perjalanan menuju punjak kerap kali diwarnai kekuatiran sehingga kadangkala membuatkan kita cenderung menyerah kalah.Menurut John Maxwell :

Kekuatiran akan menhambat tindakan , tiadanya tindakan menunjukkan tiadanya pengalaman , tiada pengalaman menunjukkan tiadanya pengatahuan dan tiadanya pengatahuan akan melahirkan kekuatiran....

Menurut Denis Waitly ( buku seed greatness ) - 60 % kekuatiran kita sama sekali tidak berasas.20 % kekuatiran kita berfokus pada pengalaman lampau dan yang berada diluar kawalan kita.20 % kekuatiran kita kepada benda yang remeh temeh....

Hikmah untuk aku : kehidupan ini ibarat satu perjalanan yang sehala. Seberapa banyak pun perubahan laluan yang kita alami, tidak satu pun yang akan membawa kita kembali. Apabila kita mengetahui dan menerima hakikat ini , kehidupan akan kelihatan lebih mudah....

untuk itu mari kita MEMBAKAR JAMBATAN...

13 ulasan:

Brahimnyior berkata...

Tak setuju dengan analogi 'Mari Kita Membakar jambatan'.

Mengapa nak musnahkan sesuatu yang jadi alat untuk kita mencapai kejayaan?

Bro, berpijak di bumi nyata, biarlah situasi menang-menang, jambatan tak hangus, kita dapat menyeberang bila-bila masa.

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo, jangan marah ar,..pendapat tak sama bukan maksud bermusuh..

*Kalau marah, nanti cepat tua.
hehehehehehehehehehehehehehehe

JINGGO berkata...

ginilah yop brahim - kalau tak bakor jambatan kita adalah peluang untuk ' patah balik ' sebab riso..banyak benor dalam hidup ( sebab pengalaman ) bila dah bakor jambatan - kita hanya ada satu peluang - ke depan aja.lawan.kalah bermakna mati.....

Tirana berkata...

Jinggo,

Perjalanan kita memang sehala..menuju kematian. Selepas kita di bangkitkan, kita tidak lagi akan dihantar ke dunia di mana kita berpijak sekarang sebaliknya kita akan di hantar ke dunia lain. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, di dunia ini kita buat persediaan untuk ke dunia yang lain itu.

Perkara yang TELAH berlaku, kita tidak perlu buang masa untuk menyesali dan meratapi sebaliknya diambil pengajaran dari situ untuk menghadapi kehidupan di hari ini agar kesilapan tidak berulang. Orang yang bijak tidak akan berpatah balik samada jambatan itu dibakar atau pun tidak. Orang2 yang kurang disiplin diri, mungkin akan toleh ke belakang memandang jambatan itu dan ada kemungkianan dia akan berpatah balik..Jadi sekarang ni kita bina disiplin dalam diri sendiri..yakin kepada diri sendiri..yakin kepada ketentuan Allah melangkah terus melalui jambatan baru yang masih terbentang luas di depan kita.

JINGGO berkata...

puan tirana - terima kasih : memang macam tu hidup - jalan sehala - cuma yg membezakan kita adalah jalan yg kita pilih..dalam kisah membakar jambatan ni : saya berpegang keras kepada perkataan KOMITMEN - letakkan matlamat & kemahuan yg jelas - sebab jalannya berliku......

Daddy Cool berkata...

Salam...sebelum keme membakor jambatan tersebut, bior le teman melintas nyer dulu...

Salam ziarah!

JINGGO berkata...

daddy cool - sorang lagi cgu , orang kome la ni.apa khabor yop.tak noreh ke ari ni...he...he....eloklah melinteh sebelum kita bakor jambatan.....insyallah - teman akan selalu lawat blog yop daddy cool ni.....teman org telok anson-seronok benor rasenya dapat kene orang kome ni.....

Mak Su berkata...

tak leh patah balik ler, ek

azza_irah berkata...

salam bro jinggo..
rasa terkelu sebentar..
hehe..

sy dah ke blog cikgu daddy...sy pun sarankan cikgu ke sana..mmg guru yg cool..baca entry nya mengingatkan sy pada cikgooden (ada link d blog sy)..yg salu komen sy sebaris ayat..tapi cukup bmakna dan mdalam..
semakin meriah dunia blog dengan mengenali anda sume..

cikgu..
senyum ye..

JINGGO berkata...

mak su - tak boleh patah balik , sebab tu sbelum berjalan kena merancang...ini bergantung kepada individu kut.ada yg nak patah balik : pada saya - bnyk sangat pengalaman - yg membuatkan kita nak berpatah balik....

JINGGO berkata...

cgu azza ; terima kasih - ramai pulak yg persoalankan kisah bakar jambatan - sebenarnya banyak buku yg menulis cerita yg sama ( dari versi yg berbeza ) - bakar jambatan dikaitkan dengan komitmen kita untuk kehadapan.....sebab tu jangan silap.

apa2 pun - warna pink mengingatkan saya pada seorang sahabat - HM TUAH ISKANDAR - suka pakai baju pink ( aura perempuan katanya )- oklah sebab dia pakai baju tu untuk jemputan ke WANITA HARI INI....

mountdweller berkata...

Salam buat jinggo.

Terima kasih kerana melewati dan singgah di blog saya. Kunjungan balas ini adalah untuk memaklumkan kepada sdr. jinggo sekiranya mahukan sedikit tips bagi outdoor sdr boleh cari di archive blog saya.

Walau apa pun saya bukanlah pakar di dalam bidang ini. Kalau untuk panduan sedikit sebanyak tu boleh lah.

JINGGO berkata...

seorang lagi orang yg berkuanliti disekeliling aku....terima kasih....

Eco Kid Adventure on Facebook