Isnin, 6 Oktober 2008

kita terus bernostalgia


Puan Norela Samad bersama Puan Sabariah ( pegawai perpustakaan UM )

selamat kembali : begitulah cerita kita.syawal - sibuk cerita nak berbuka.ramadan - sibuk dengan duit raya dan baju raya.hari raya - sibuk ( nak susun siaran tv ).DAN LEPAS RAYA - sibuk mengira duit..

ini cerita semalam : hari yang menarik untuk di kongsikan pada semua. lama tak mengunjungi 2 saudara besar ( namanya besar ) - 2 orang yang seluruh Malaysia kenal ( dalam bidang masing2 ). Kedua2 adalah aktitivis sosial dan meletakkan jiwa untuk itu...dan semalam kami bersama. bercerita , bersembang , berdebat ( sesekali ) cerita2 kita.dari politik UMNO.ke politik ANWAR IBRAHIM...dan seterusnya POLITIK ORANG KITA....

Mari perkenal 2 orang besar ini....Puan Norela Samad - dulu Juruhebah RTM . Bersembang dengan Puan Norela ( Mak Qho ) seronok , mengimbau cerita2 RTM dan FAJAR DI BUMI BERMATA ( zaman tu memang top ). Kami bercerita hal2 perjuangan dia masa di RTM - dan paling best cerita Mak Qho temuduga Menteri masa dulu. Satu persatu menjadi panduan. Dan akhirnya cerita RTM dulu RTM sekarang.

Kesimpulan : Kata Mak Qho - susah budak sekarang - soft skill boleh di pertikaikan , kami dulu kalau nak temuduga Menteri ( buat homework itu dan ini ) - budak sekarang NAK TANYA SOALAN PUN TAK RETI.....ini zaman digital , semuanya di hujung jari......

En Abdul Syukur Harun - bekas wartawan Berita Harian ( zaman Almarhum Samad Ismail ) , novelis , penulis skirp , bekas Pengarang Kanan Harakah, kolomunis Harakah ( sekarang ) , KAWAN P. RAMLEE.....bercerita dengan Pak Shukur semuanya berkisar pasal ILMU + MELAYU. tidak lain paksinya. Rumah di Subang Jaya penuh dengan buku....aku saja nak uji ( Pak Syukur dah baca AYAT AYAT CINTA...)...dan dia turun naik mencari ( ada LA TAHZAN versi asal + AYAT2 CINTA versi asal ).

Kesimpulan : Pak Syukur kembali mengajak aku berpolimik tengtang REMAJA MELAYU , dan kualiti ILMU yang mereka ada...KAU TAU RUN - DULU MASA KERJA DENGAN PAK SAMAD.PAGI2 DIA AKAN TANYA : BUKU APA KAU BACA MALAM TADI.......dan aku akhirnya akui. ILMU + MEMBACA. Akhirnya cerita kami ( hampir 2 jam ) berakhirnya dengan cerita HANG NADIM - seorang MELAYU yang bijak ( di zaman singapore di langgar todak ) - akhirnya mati dibunuh sebab dia BIJAK.....apa MAKSUDNYA : ORANG MELAYU MEMANG SUDAH BEGITU , JANGAN LEBIH BIJAK DARI PEMIMPIN YANG ADA..........kita akan di BUNUH...

Moral untuk diri sendiri : kepada rakan 2 yang singgah ke blog ini. Kita kembali kepada PAKSI kita. Hidup seharus diselaraskan dengan NIAT....kita berjuang dalam kapasiti kita.....semoga hari ini lebih baik dari semalam

4 ulasan:

Tirana berkata...

Salam Jinggo..yes, everything is back to normal. Selepas berpenat lelah berhari raya menziarahi sahabat handai dan kaum keluarga, kini tumpuan kita balik kepada tugas harian. Semoga kita menjadi lebih bersemangat dari hari-hari sebelumnya.

jinggo berkata...

begitulah adanya kehidupan : semua dah kembali ke ' sarang ' masing2...semuga kita terus diberkatiNya

Ibnurashidi berkata...

Raya : Duit Raya+Kuih Raya+Baju Raya+Kemalangan Jalanraya = ....

APa Kabar En.Jinggo?sihat?saya alhamdulillah sihat. Nak tanya, blog En ada banyak ke?konfius la jugak.

Orang lama juga masih sempat ambil tahu novel baru ya..bagus..peka dengan suasana semasa.

jinggo berkata...

nota yang di bawah tu kena jawab dulu : orang lama ( tak lah lama sangat !!! ) sibuk orang perkatakan tengtang buku tu - di KL ni syeik begitulah - kalau kita nak kena cari ( kesempatan pasti datang ) - mengenai blog 2 aja. satu untuk bisnes.....seronok raya kat luaq....

Eco Kid Adventure on Facebook