Jumaat, 24 Oktober 2008

ini yang di tinggalkan....


Terdapat seorang lelaki yang suka berjalan kaki pada waktu pagI di tepi pantai. Dia melihat dialunan ombak membawa bersama- sama beratus - ratus ekor tapak sulaiman dan apabila air surut , mereka ditinggalkan dipersisiran pantai dan bila terbitnya sinar matahari pagi mereka akan mati.

Air pasang pagi sungguh segar dan tapak sulaiman hidup.Lelaki itu itu melangkah ke hadapan beberapa tapak , mengambil seekor tapak sulaiman dan mencampak ke dalam air. Dia melakukan beberapa kali. Dibelakangnya terdapat seorang lelaki yang hairan dengan apa yang dilakukannya. Dia menhampiri dan bertanya :

" apa yang sedang anda lakukan ? terdapat beratus - ratus tapak sulailam. Berapa banyak yang anda dapat bantu ? Apakah bezanya ?

Lelaki itu tidak menjawab , menapak dua langkah lagi , mengambil lagi tapak sulaiman dan mencampakkannya ke laut , dan berkata :

" Ia amat berbeza bagi yang seekor ini "

Apakah berbezaan yg kita lakukan ? Besar atau kecil , ia tidak menjadi masalah. Jika setiap orang membuat perubahan kecil , kita akhirnya akan membuat satu perubahan besar....

Moral untuk aku dan kawan : kita adalah diantara pengutip tapak sulaiman - itu cerita kita. Sebagaimana kata Shiv Khera ( you can win ) orang yang memberi di berikan kepada 2 kelompok - MEMBERI vc MENGAMBIL.Orang yang memberi tidak akan pertikaikan apa aku akan dapat : sementara orang mengambil akan bertanya.

Akhirnya untuk diri sendiri dan kawan - kita membaling batu ditasik yg tenang - gelombangnya akan sampai ketebing...untuk itu fikir2kanlah.kita MEMBERI @ MENGAMBIL.

11 ulasan:

Tirana berkata...

Yang ringkasnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang meminta. Memberi dengan keikhlasan tidak mengharapkan apa-apa balasan dan tidak mengira apakah pemberian itu kecil atau besar..baginya sesuatu yang diberi sudah tentu berguna pada yang diberi...dan sudah tentu jugak tidak dipertikaikan (diungkit) di kemudian hari.. Yang betul memberi, dia akan lupa apa yang diberi dan yang betul menerima, dia akan sentiasa mengenang orang yang memberi..

JINGGO berkata...

puan begitulah sepatut : tapi tidak dlam kontek hari ini.ramai yg nak memberi ( menyumbang ) tapi di hujungnya ( apa aku akan dapat ) - ni musim2 banjir ni banyak yg macam tu...teringat cerita banjir kat johor dulu.seorang mak cik datang untuk ambil bantuan ( sekampit beras ) terpaksa menunggu 8 jam - sebab nak tunggu YB bagi ( dan press sekali )....

Tirana berkata...

Memberi untuk mendapat ganjaran bukanlah memberi dengan keikhlasan namanya. Memang banyaknya begitulah dalam dunia kita hari ni.. So di mana silapnya dan how to do about it? Sudah tentunya berbalik kepada pendidikan yang kita terima.. Sedari kecil kita diajar buat kerana sesuatu..memberi untuk dapat ganjaran.. Kita mungkin kurang ditekankan buat sesuatu dan memberi sesuatu dengan keikhlasan.. kerana keikhlasan merupakan sesuatu yang abstrak, yang payah untuk di "visualize" kan.

JINGGO berkata...

setuju...kembali kepada karektor vc didikan awal tapi jangan lupa kepada sistem ( acuan )..contoh saya - saya TERPAKSA bagi RASUAH untuk dapatkan PROJEK...memang sedayanya elak.tapi macamana tu - dulu bertahun saya akur dengan apa yg saya nak...kita tak perlu lobi2 - tapi sistem dah menyatakan begitu - saya terpaksa tukar NIAT ( dalam hati - terima kasih kerana tolong ) - dan gang2 ni ada bahasa dia sendiri...rimas. didikan dah betul.tapi sistem yg membentuk acuan....macamana tu....

Tirana berkata...

Sebab ape tau jadi macam tu..kena melobi dan sebagainya...sebab yang membuat sistem tu tak faham konsep keikhlasan..dia sendiri pun mungkin tidak dididik dengan konsep ini atau tidak faham atau sengaja buat tak faham...tapi dilantik juga menjadi pembuat sistem. Bila dia dah di atas..dah berkuasa.. habis dengan kita sekali terpaksa ikut bentuk acuan yang dia cipta tanpa kerelaan...So macam mana sekarang???? Nak tukar sistem atau nak tukar yang membuat sistem???

JINGGO berkata...

nak jawab yg last tu : nak tukar sistem @ pembuat sistem - saya tidak keterlaluan kut ! tak payah kedua2nya ( sebab macam mustahil hari ini ) tukar sistem diri.rehda dengan apa yg diberi ( tak mungkin saya macam tu hari ini...).akhirnya saya tak tahu nak jawab.minta kawan2 lain jawab !!!

JINGGO berkata...

nak jawab yg last tu : nak tukar sistem @ pembuat sistem - saya tidak keterlaluan kut ! tak payah kedua2nya ( sebab macam mustahil hari ini ) tukar sistem diri.rehda dengan apa yg diberi ( tak mungkin saya macam tu hari ini...).akhirnya saya tak tahu nak jawab.minta kawan2 lain jawab !!!

Tirana berkata...

Hehehe..jinggo, nak tukar sistem kena tukar yang membuat sistem tu dulu.. Nak tukar yang membuat sistem tu..kena cari penggantinya...Siapa????
Kita???? Tak terlewat dah ke??? Atau anak-anak kita??? Mereka masih luas berpeluang untuk menjadi pembuat sistem. Tapi persediaannya kena buat dari sekarang. Siapa yang nak ditugaskan menjadi pembimbing mereka sebagai persediaan untuk menjadi pembuat sistem yang faham konsep keikhlasan??? Hehehe..tentulah orang-orang yang faham konsep keikhlasan macam jinggo!!! Betul tak? So tugasnya sekarang terletak di atas bahu jinggo.. Override the rule...ignore the present system because we can't do anything about it but prepare our kids mengikut acuan kita sebaik mungkin. Boleh tak agaknya.

azza_irah berkata...

salam mencelah..
ada perkaitan dengan apa yg cikgu azlin postkan dlm entry terbarunya..
pemberi dan penerima..

letak diri di tempat yg kita rasa kita mampu..

kerana dengan mengalih sebutir batu di tengah jalan juga boleh bw satu perubahan yg amat besar akhirnya..

Mak Su berkata...

jangan berkira, kan

Miss Jaz berkata...

biarlah kita lakukan sedikit demi sedikit asalkan ada perubahan...biarlah apa orang nak kata asalkan kita tahu hala dan tujunya layar kita...semoga berjuang dijalan yang diredai Allah Mr.Jinggo!!

Eco Kid Adventure on Facebook