Rabu, 29 Oktober 2008

dari jinggo untuk jinggo : sekadar sama2 jadikan ingatan....





Untuk seterusnya dari ' hilang ' yg panjang - ini ceritanya : pertemuan yg menarik untuk selingkarkan - PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NEGARA ( PJKN ): satu Program ' ganti ' kepada belia yg tidak berpeluang untuk ke PLKN. Rasanya tidak keterlaluan dikatakan - ini sebahagian daripada lambakan ' duit kita ' untuk melihat BANGUN nya remaja & belia dalam posisi yg sepatutnya. Diharapkan komitmen KEMENTERIAN BELIA & SUKAN - ini disertakan serta dengan NIAT !!!!!

Akhirnya : terima kasih kerana komitmen kalian ( shira ,shile , lokman , ustas , penghulu , yaya , farah - skadar beberapa nama...)- rasanya ini RUANG & PELUANG untuk kita terus sama2 melihat dan menhayati - bahawa JALAN HARUS KE DEPAN...terima kasih kepada adik2 dari UNISEL..dan ketahuilah : jangan bebalkan diri , dan seterusnya membina tembok yg menghalang orang LAIN yang mahu MEMBERI....

Pada aku dan kawan2 : perkara ini diumpamakan sebuah tasik yg tenang - kita jatuhkan sebutir batu dipermukaan air itu , batu akan jatuh dipermukaan air yg tenang lalu menjunam ke dasar tasik dan pada masa yang sama menghasilkan gelombang yang tersebar jauh ke pantai....gelombang itu berombak kecil secara berterusan sehingga batu itu mencecah dasar....

Dan seterusnya pada rakan2 dari UNISEL - apa yg berlaku bukan sekadar cerita biasa : kita memang di takdirkan untuk berjumpa.bercerita dan seterusnya membongkar dan merungkai itu dan ini....akhirnya sekali lagi JALAN HARUS KE DEPAN !!!!!

18 ulasan:

azlin hashim berkata...

Yup! program2 mcm nie mmg lambakan duit cikgu, duit mengalir mcm air, tp kalo byk benefitnya berbaloi lah jugak..

Sy suka kata2 ni, kita jatuhkan sebutir batu dipermukaan air itu, batu akan jatuh dipermukaan air yg tenang lalu menjunam ke dasar tasik.

Tp jgn kita campak batu ke dlm tasik biarpun tenang, tp air nya terpercik di muka sendiri sampai basah sudah lah ya..

JINGGO berkata...

azlin - yang hujung tu menarik.air akan terpercik ke muka kita bergantung besar mana batu dan sekuat mana campakan kita - jadi kalau tidak mahu kena percikkan air dan buang batu - tok sah buat apa....he...satu lagi. kena bersedia untuk kena percik...terima kasih.

Brahimnyior berkata...

Yop, program begini kekadang hangat masa mula je. Biasanya semangat berkobat-kobar nak ubah sikap, tapi bila dah lama, sejuk jadinya. Udahnya balik perangai asal.

Kata orang Penang, pi mai pi mai dok tang tu jugak.

Teman bukan marah, tapi kesian tengok mak bapak dan guru yang cari jalan ubah sikap anak-anak remaja, alih-alih deme ghopa tu juge.

JINGGO berkata...

Khas untuk yop brahim - itulah ceritanya yop - secara asasnya memang nampak ok.yang membezakan adalah pelaksanaannya ( dan pelaksana ) - teman tak boleh komen banyak2 - cari makan yop : cukuplah teman katakan - kita hidup berasaskan niat....kecelaruan + kekeliruan remaja hari ini berbalik kepada sistem yg sudah berakar umbi.untuk kita - bergeraklah kita dengan kapasiti yg kita ada - macam cerita tapak sulaiman.....

azza_irah berkata...

salam..
akhirnya kembali..

bagaimana di sana..
melihat pd riak wajah gamba yg di post..terbayang kepuasan dlm kepenatan..

mbaca tulisan ckgu..seakan ada sstu terbuku..niat di hati dan niat utk berubah/mengubah tidak sama dlm diri sume org. kita mampu mbantu..mberi ruang n mbuka peluang..mdorong n mbimbing..jika terbuka hati mereka pasti mereka tidak akan bebalkan diri menghalang diri dan turut menghalang org lain utk sama2 maju ke depan..

JINGGO berkata...

cgu azzah - memang ada yg terbuku ( kecewa ) - tapi itulah.ada kajian akademik menyatakan kita hanya berjaya melahirkan
' masyarakat 10 % ' - ceritanya begini.kami berkumpulan ramai ( 80 org ) - dari kolej ke mat rempit. berdekatan yg sama.jenuh.penat.sakit dan menangis...malam ke 5...jaga kem jumpa kondom dlm blik air..apa perasaan cgu.saya meletakkan jiwa disini.maksimum untuk ' tangkap ' budak2 ni.akhirnya saya puas pada ' masyarakat 10 % )- semuga Allah memberkati cgu.saya dan ' masyarakat 10 % '.......

azza_irah berkata...

benar..
kudrat kita tidak ammpu..
tapi spt kata cikgu..jatuhkan sebutir batu..riaknya walaupun kecil..akan terasa di segenap permukaan..

realitinya...biar pun resapnya secara halus dan perlahan..namun tetap meresap kan..

alhamdulillah utk 10% itu..
alhamdulillah jua utk cikgu dan sy..
usaha kita..hasil wl sekelumit..pasti ada setidak2nya satu hati yg berubah bila melangkah keluar dr kem itu..

JINGGO berkata...

cgu azza - kem belum habis . modul saya yg dah habis....malam tadi acara penutup untuk saya - apa perasaan kita ( pendidik ) kalau kita di letak di tempat yg sepatutnya diletakkan oleh ' masyarakat 10 % '- saya puas.dan pastinya pada masyarakat tu - cerita kita tidak akan berhenti disitu......kepada masyarakat 90 % - jangan biarkan keangguhan dan kesombongan menutup ruang kepada orang lain untuk membantu.......

mountdweller berkata...

Tuan,

Adakah tuan selalu berusan dengan KBS/JBS? Bagaimana pengalaman tuan?

JINGGO berkata...

tuan mountd..terima kasih kerana komen : pasal KBS saya tidak terlibat secara terus ( mungkin kecil sangat kut ) tapi sering di jemput untuk menyertai program anjuran belia.

komen saya - minta maaf dahulu.saya lahirkan berdasarkan keikhlasan saya - apa yg saya nampak program yg dilaksanakan berdasarkan - janji buat - sebab pada saya modul adalah subjektif. yang penting adalah pelaksananya...sebab saya beranggapan kita ada cukup ruang dan peluang. cuma perlaksaan seharusnya dilihat semula.terutamanya adalah pelaksananya....

mountdweller berkata...

Salam Sdr. Jinggo,

Saya pun perlu pohon maaf. Kerana ikalas jugalah menjadikan saya kecewa dengan JBS.

Apa yang saudara katakan tu betul. Satu perkara yang lebih penting bagi saya ialah "Beramanah dan Bertanggung Jawab!" Itu sebab saya slow sikit dengan mereka tetapi hubungan saya dengan Pegawai dan Pengarahnya masih baik dan ok.

Saya rasa tidak elok kita bincangkan di sini

Miss Jaz berkata...

salam rindu pada mesej2 mr.jinggo..apa citer??ambik balik kata2 u,kita ditakdirkan bertemu..tapi kita belum bertemu ya mr.jinggo...campakkan batu simbolik untuk kita campakkan satu masalah yang membebankan diri kita...konon2 nak buang jauh2 batu tu...tapi kita kena ingat kadang2 batu boleh kembali dipesisiran pantai dek alunan ombak..bersediakah kita untuk bertemu semula dengan batu yang kita campakkan..bersediakah kita?adakah lontaran hati sedalam junaman seketul batu?jika sedalam itu bermakna ia mampu menggegarkan seketul hati untuk terus berdegup kencang kerananya..fikir2kanlah..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

bangsa malaysia adalah ikut perlembagaan dan rukun negara serta kontrek sosial 1957...

bangsa malaysia tak kan terjadi kalau dengan model yang kita khayal sendiri... tanpa perkara di atas.

jemput ke
http://aberamly.wordpress.com
http://ramlyotai.blogspot.com
http://awanggedeber.blogspot.com
http://hanturaya57.blogspot.com
thank u

JINGGO berkata...

tuan mount...terima kasih - rasanya ini bukan ruang yg terbaik untuk kita kongsikan ' keikhlasan ' kita disini - saya ada di gombak pada setiap hujung minggu.tuan di alu - alukan.....

JINGGO berkata...

miss jaz...ayat yg hujung tu membuatkan saya terus berfikir...terima kasih...apa2 pun inilah perjuang.kesulitan.kepayahan.dan seterusnya risiko adalah rencamnya....moga kita dirahmatiNya.

JINGGO berkata...

terima kasih - saudara otai....itulah seharusnya kita jadikan sempadan...terima kasih.

mountdweller berkata...

Satu masa dulu saya pernah ke gombak, kem apa tah, saya lupa.

Masa tu Kamal budak kelantan jadi pengurus kem tu.

JINGGO berkata...

tuan month...kem saya sebelh REBUTIA KEM - tempat saya mencanai komitmen - d hujung matlmatnya sama....saya brgerak agak kerap dengan jbt pendidikan, belia untuk program PJKN...no saya buka ECO KID ADVENTURE

Eco Kid Adventure on Facebook