Rabu, 22 Oktober 2008

kupu - kupu dan kita



Seorang kanak – kanak sedang bermain dan terjumpa kepompong kupu –kupu di sebatang dahan yang rendah. Diambilnya kepompong itu dan selepas diamati , dia ternampak sebuah lubang kecil pada kepompong itu. Dia terpegun melihat lubang itu kerana ada seekor kupu – kupu yang sedang berjuang untuk keluar membebas diri melalui lubang kecil itu. Selepas beberapa lama , kupu – kupu itu berhenti mencuba dan segala usahanya supaya dapat keluar dari lubang kecil itu kelihatan sia – sia…

Melihat keadaan kupu – kupu , kanak kanak itu kasihan dan mengambil keputusan membantu kupu – kupu itu keluar dari kepompongnya. Dia pun mengambil sebilah gunting lalu menggunting kepompong supaya kupu – kupu itu dapat keluar dan terbang bebas.

Apabila kepompong terbuka , kupu – kupu pun keluar dengan mudahnya. Tetapi , ia masih lagi memiliki tubuh gembung dan kecil , sayap – sayapnya masih berkedut. Kanak – kanak itu memerhati kupu – kupu itu dengan teliti dan berharap supaya sayap serangga itu dapat berkembang sehingga mampu membawa kupu – kupu itu terbang menuju ke bunga yang ada di taman. Tetapi harapan tinggal harapan , apa yg ditunggu oleh kanak – kanak itu tidak kunjung tiba. Kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya dengan merayap di sekitar dengan tubuh gembung dan sayap yang masih berkedut dan yang tidak terbentang dengan sempurna. Kupu – kupu itu langsung tidak mampu untuk terbang.

Kanak – kanak yang membantu mengeluarkan kupu – kupu dari kepompong nya rupa tidak mengerti kupu – kupu perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri bagi membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui oleh serangga itu akan memaksa cairan daripada tubuhnya masuk ke dalam sayap – sayapnya sehingga dia mampu terbang.

Moral untuk aku – dan sesiapa yang sedang berjuang : Menurut Thomas Alva Adison : hidup adalah satu perjuang. Hidup memerlukan usaha yang bersungguh – sungguh , malah bagi meraih kejayaan , diperlukan keringan dan airmata….

Menurut satu cerita klasik cina – mahu menyukur kesempurnaan hidup sesesorang , ukur pada skla pemasalahan yang di hadapi dan sejauh mana kekuatan dia berhadapan dengan pemasalahan tersebut……untuk itu – biar masalah ( tapi jangan dicari ) datang menggunung – sebab itu mungkin guru yang terbaik untuk kita..

17 ulasan:

Tirana berkata...

Jinggo..maaf semalam tak dapat meninggalkan apa2 komen di sini..disebabkan fizikal yang kurang sihat..otak tidak dapat berfikir dengan sempurna..hari ini pun masih begitu tapi digagahi juga menjenguk blog rakan-rakan tapi tak terdaya nak jenguk semuanya..

Kepayahan yang dialami dalam kehidupan seharian sebenarnya mematangkan kita..menguat dan menambah kekebalan serta mengajar kita erti kesabaran. Seperti demam campak, sekali kita dihinggapi demam tersebut, maka dalam badan kita telah terbina sistem antibodi dan imunisasi semulajadi yang akan bertindak sebagai penentang jika kita diserang demam itu pada kali kedua.

JINGGO berkata...

..terima kasih kerana ' kembalinya tirana ' ...memang macam tulah - sejauh mana kita berhadapan dengan kepayahan adalah subjektif.macam cerita kupu2 tu....yang pentingnya saya kembali kepada cerita deman campak...kerana kita terpilih dan disayangi...

Khairi berkata...

Permasalahan perlu dihadapi, bukan melarikan diri. Dengan itu otak berkembang. btol tak? :P

azlin hashim berkata...

Bila sy baca cerita ni, membuatkan sy terus berfikir... ada pengajaran berguna yg sy dpt.. teringat satu peribahasa, pantang ajal sebelum maut. Alangkan seekor rama2 pun mampu utk berusaha, ini kan pula manusia masih ada yg mahu mengalah & putus asa dgn ujianNya..

Kedua nya, kanak2 sebesar tu pun ada rasa kasih syg dan ingin membantu, terfikir sy, kenapa masih ada manusia yg saling mendengki, bermusuhan dan paling kejam saling membunuh.

WHERE IS THE LOVE?

JINGGO berkata...

terima kasih khairi - macam tulah sepatutnya : sebab kadang2 ada orang ( kita ) yg takut dengan masalah.macam kupu2 , setiap masalah tu memberi kita satu lagi benda baru...terima kasih

JINGGO berkata...

azlin - kenapa manusia macam tu - sebab NIAT untuk hidup tidak jelas , kita berkonflik kerana matlamat yg berbeza. Penafsiran yang berbeza - dan dunia sendiri meletakkan begitu dan begini pada hidup kita....mahu tak mahu kena ikut...tapi kita selalunya kena ingat : hidup ni macam main boomerang. kita memberi dan kita menerima...terima kasih.untuk itu belajar dari kupu2...

Lepidoptera berkata...

Nama saintifik utk kupu2 ialah lepidoptera.... huhu, cerita yg menarik

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo, analogi kupu-kupu dan kejadiannya tak sama dengan 'kupu-kupu malam' yang menjual tubuh semata-mata untuk mencari rezeki.


Teman dah posting kisah banjir teruk di tempat teman. Tak peghonahnye banjir sejak 1984, pagi ni pecah rekod.

Hammmmbeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeek..

Honey Bee berkata...

Jinggo..
masalah mematangkan kita..tanpa masalah kita tidak akan dewasa dlm erti kata sebenarnya..orang lain bley beri 1001 cara penyelesaian masalah.. tapi penyelesaiannya tetap pada kita..

Mak Su berkata...

kalau saya jumpa kepompong, mesti lari jauh-jauh dah, sebab saya spesis penakut, ahaks

JINGGO berkata...

cgu pidoptera - terima kasih kerana baca kisah kupu2 saya.saya kena kumpul cerita2 ni untuk saya ingat ( dan kongsikan ) - senang kalau berceramah dengan bercerita....semuga kita mengambil semangat sekuat kupu2 dan setabah cerita katak....

JINGGO berkata...

ala...yop kg teman pun banjir...apa ceritanya kambing apak teman tu...apa cerita perak banjir ni yop.bala apa ni yop , kesian teman tengokkan kawan2 kat sana - miss jazz apa khabornya..

JINGGO berkata...

mak su..kesiannya takut kepompong.kenapa !! mesti ada cerita.macam saya takut dengan anak tikus....he.....takut.amat takut....

Sharifah Hassan berkata...

Pengajaran untuk saya:

Anak-anak juga seperti kupu-kupu itu, mereka perlu dibiarkan merasa kepayahan dan kesusahan agar mereka tahu bagaimana untuk menikmati kesenangan.

Jika kita menjadi seperti kanak-kanak yang cuba membantu akhirnya kita akan menjadi ibarat tikus membaiki labu...

wallahuallam!

Lepidoptera berkata...

betul tu... erm ckgu ade program ape kat pengkalan balak??

JINGGO berkata...

ya..si kupu2.program untuk budak tingkatan 6 - ESQ + Soft Skill.datanglah saya pun tak tahu tempat tu kat mana....

wilda berkata...

cikgu jinggo..
pengajarn utk saya dari kisah ini

saya x seharusnya merungut bila dibebani masalah, kerana melalui masalh2 inilah saya belajar utk bertarung dan menjadi lebih 'kuat'. kalau dh biase 'senang', sekali Tuhan turunkan musibah, tentu jatuh tersungkur, kn?

terima kasih cikgu.:)

Eco Kid Adventure on Facebook