Rabu, 1 Oktober 2008

sekadar untuk bercerita...


Malam raya - TV3 dan Rosyam Nor , aduh !!! macam di tusuk sembilu.Akhirnya aku tutup TV dan tidur. Dan malam - SMS satu persatu ( rupanya aku masih ada ramai kawan dalam dunia )hantar ingatan di Aidilfitri. Dan aku masih menanti seseorang menhantar SMS - En Rozain ( AMK KeAdilan )- dari jauh jengok rumah dia. Masih menyala - Kami pernah bersama bercerita soal perjuangan dulu. Mungkin sebab aku ter lajak kata agaknya : dan mungkin mendahlui dia agaknya. Selepas pilihanraya , kami terus tak bersama..akhirnya pagi.2 SMS dari En Rozain. Terima kasih.Rupanya aku masih ada kawan...

Masjid Bukit Beruntung penuh. Nasib baik datang awal.Kutbah Solat Aidiltri - tidak ada banyak bezanya. Dari kerajaan UMNO ke kerajaan PKR - kemahuannya sama.MENGAJAK ORANG AGAK MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI LANDASAN & BATAS UNTUK DI LUNASI HIDUP ( dengan dalil & nas )...aku dah dengar cerita ini dah lama. Dalam masjid. Begitulah. Kenapa perlaksaannya jauh menyimpan...aku sekadar berfkir dan menjawab sendiri.

Moral untuk aku : jangan membuat sangkaan yang itu dan ini - kadang2 tidak ada banyak baiknya kalau terlalu sensitif mentafsirkan cerita persekitaran. Yang pasti..aku masih ada kawan ( ramai )

Moral dari Masjid : kita lihat ada 2 cerita di Bumi Malaysia. Di mulut ( dan di lahirkan dalam media ) semuanya baik2. Kepada pemimpin Islam - semuanya nak bercakap soal kesempurnaan Islam...( walaupun di kala bercakap rambut terburai - nak bercakap soal aurat ). Siapa yang mahu di perbodohkan ( saya simpan komen ini untuk diri sendiri )...

5 ulasan:

Tirana berkata...

Pagi tadi, saya solat di masjid wilayah. Saya ingatkan masjid lengang sebab ramai penghuni kota balik ke kampung. Rupanya tidak..masjid penuh sesak juga. Alhamdulillah saya sampai awal di masjid so dapatlah solat dengan selesa di dalam. Yang datang lewat, terpaksa solat di luar.

Muhammad Azli Shukri berkata...

salam singgah dan selamat hari raya.

IZZUDDIN ALI berkata...

Bro Jinggo,
Beraya di kampung isteri, tak sama dengan kampung sendiri. Apakan daya, sudah tiada siapa di sana. Lagipun, sementelah ada mak dan ayah mertua, lahirkan sahaja kasih sayang untuk mereka.

Jumpa lagi dipos-pos yang menarik selepas raya. Jangan lupa Puasa 6 Hari Dalam bulan Syawal.

Sharifah Hassan berkata...

Moral untuk aku : jangan membuat sangkaan yang itu dan ini - kadang2tidak ada banyak baiknya kalau terlalu sensitif mentafsirkan cerita persekitaran. Yang pasti..aku masih ada kawan ( ramai )

~ Mungkin kita selalu mendahulukan perasaan kita sehingga kita terlupa yang lain juga mempunyai perasan...(kisah ngv)

Kontra ke?

jinggo berkata...

tirana : saya nak tulis pasal satu permandangan yang terlalu menarik untuk kita kenangkan...

Eco Kid Adventure on Facebook