Selasa, 14 Oktober 2008

bila ' mahkamah dunia ' membuat keputusan.....





itu sebahagian daripada cerita yang ( orang lain tidak mengalami ) - terima semua apa yang tertulis ini dari sudut akedemik ( sebab orang lain tidak mengalami )........mahkamah dunia sudah membuat keputusan....hanya tuhan boleh mentafsirkan semua orang yg berhadapan situasi yang sama..

Untuk Sofia , Ana dan Harith - seluruh keputusan hari ini , adalah SALAH abi ( rasanya tidak sudah bila kita semakin mencari salah orang lain ) - abi mengambil 100 % tangungjawab atas apa yang telah dijanjikan.Mungkin ini yang terbaik untuk kita. Terbaik untuk semua orang...

Pengajaran : Komitmen 100% pada kerja adalah satu tafsiran yang subjektif. Keperluan untuk menjadi SEKUFU menjadikan aku semakin tidak menoleh kebelakang...( ini kesilapan SATU )- hidup bukan sekadar lambakan duit.Ada persoalan lain. Komunikasi ( ini kesilapan KEDUA ) - bila dunia seakan2 mula hilang kata2 - maka beginilah akhirnya........Diam ( ini kesilapan KETIGA ) - dalam hidup kadang2 ada keperluan untuk kita bercakap.Diam ( menurut satu kajian musuh utama kepada perempuan bila berhadapan dengan lelaki ). tidak SEKUFU ( mungkin juga kesilapan KEEMPAT ) - karektor ( mungkin juga kesilapan keLIMA ).


Akhirnya untuk semua orang - ini hanya sekadar mahkamah dunia - semuga mahkamah seterusnya tidak menghukum kita.....

8 ulasan:

Tirana berkata...

Sesuatu yang berlaku telah menjadi takdir yang telah ditentukan Allah. Walaupun pahit, terima dengan hati yang terbuka. Yakin bahawa ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Mungkin sekarang, hikmahnya kelihatan samar-samar sebab ditutup oleh kepahitan. Masa akan menyerlahkan hikmahnya insyaAllah. Bersabarlah...

JINGGO berkata...

Terima kasih puan - itu ajalah : rasanya ilmu dan buku2 yang saya baca harus mula menjadi sempadan.....saya dapat call ( 10 minit selepas ) - dari PAS Pusat - untuk sewa Kem saya ( jamuan raya ). Rasanya hikmah kut...katanya pak syeikh akan datang.........

Tirana berkata...

Alhamdulillah..pak syeikh mana nak datang?

Satu pintu tertutup, masih banyak pintu lain yang terbuka tapi kita selalu menangisi pintu yang tertutup itu sehingga pandangan kita kabur untuk mencari pintu-pintu lain yang masih terbuka luas untuk kita.. Kuatkan semangat..cari ointu yang masih terbuka..InsyaAllah, Allah akan sediakan berbagai nikmat dengannya.

JINGGO berkata...

itulah agaknya - cerita pintu : semuga ada ruang untuk saya membuka semula pintu yg tertutup @ membuka pintu2 baru.......untuk menjadi orang yg keluh kesah - malu pada diri sendiri......

azlanlin berkata...

Walaupun 4 karektor digarapkan, karektor KOMITMEN tak terputus walaupun apa yang MAHKAMAH DUNIA putuskan... OK Bro?

JINGGO berkata...

kepada bro azlan - semuga ditetapkan segalanya - komitmen + kosistem - di hujungnya adalah keputusan......

kyuzo uehara berkata...

xpe ckg harun.. musti ada hikmahnye..

Sharifah Hassan berkata...

Maafkan saya...semoga setiap langkah yang diambil adalah untuk ke hadapan. dan setiap langkah itu adalah untuk kita terus menjadi yang terbaik untuk mereka yang masih memerlukan kita. Insyaallah...

p.s.: DIL~bukan tiket untuk menjadi yang terhebat tetapi memberi yang terbaik.

Eco Kid Adventure on Facebook