Rabu, 10 Mac 2010

orang tak suka.....

seorang peladang menfitnah jirannya telah berjumpa seorang ahli sufi
untuk menyatakan kekesalan dan kesilapannya.
Ahli Sufi tersebut memintanya mengambil
satu beg bulu dan jatuhkan di tengah2 bandar.
Peladang itu melakukan seperti yang disuruh
Kemudian ahli sufi tersebut menyuruhnya pergi ke sana dan
mengutip kembali bulu2 tersebut dan masukkan kembali ke dalam beg.
Peladang tadi mencuba tetapi tidak berjaya kerana bulu2
tersebut berterbangan ke merata tempat.
Apabila dia kembali dengan beg yang kosong.
AHLI SUFI ITU BERKATA.
samalah dengan kata2 awak itu
Awak senang mengeluarkannya
tetapi awak tidak dapat menariknya kembali ,
jadi berhati2 dalam memilih kata2
.

DARI JINGGO
asas dalam hubungan sosial.
elakkan
berdebat
bertengkar
memberi kritikan

16 ulasan:

Ruby berkata...

salam cgu...

terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata.. tak akan mungkin dapat ditarik semula...

kerana mulut juga badan binasa so.. fikir-fikirkanlah sebelum berkata-kata kerana kata-kata yang dituturkan melambangkan keperibadian kita yang sebenar...

tapi ada juga yang lidah berbelit... betul ke tu..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

bila terlajak kata-kata memang menyakitkan hati.. malas betul nak fikir.. asyik nak jaga hati orang.. orang jaga hati kita?? sama-sama ja lah.... aman dunia..

Tirana berkata...

Kerana pulut, santan binasa.
Kerana mulut, badan binasa.

- jinggo - berkata...

cgu ruby
dalam semua hal kita kena fikirkan sebelum menulis dan bercakap...
kerana kita mahluk sosial.
ada orang dihadapan kita.
macam N3 tu - yang dilepas - sukar untuk ditarik semula

- jinggo - berkata...

maiza
untuk itu
diam aja - jangan ambil bahagian dalam acara menyakitkan hati orang.diam......
sebab kesannya berbeza.

- jinggo - berkata...

puan tirana
terima kasih kerana pandangan yang praktikal.

zaijb berkata...

sy nak diam jee tak nak gaduh...he..

tapi tak best lahh simpan dlm hati kena luahkan juga nanti... hehe....

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata susah plak nak mintak maaf...kerana pulut santan binasa....tapi pulut dan santan kalau makan dengan deyan best gak tu...hhehehe gurau no cikgu....

ONE ZABA berkata...

zaijb...



luahan bukan bererti gaduh....tapi boleh membawa kepada pergaduhan.

zan-xray berkata...

Beratnya kerja perbandingan yang ahli sufi tu suruh peladang tu buat ya.. Cakap terus terang lagi senang hehe.
Ya la kadang2 bila hati dah radang, kata2 tak terkawal pulak. Bila terucap beberapa ketika merasa menyesal. Hanya maaf dapat dipinta.

- jinggo - berkata...

zaijb
diam itu adalah sebaiknya
tak suka.keluar dari sistem tu....

zai berkata...

erm..tak nak gaduh2..kak zai sayang semua..

- jinggo - berkata...

alimaz
pulut kena dengan santan campur durian sedap tu

- jinggo - berkata...

cgu one
bagusnya pandangan...
LUAHAN..........

- jinggo - berkata...

kerana itu zan
didikan hati kut
menyatasi segalanya

- jinggo - berkata...

kak zai
kita bersangka baik dengan semua keadaaan..........

Eco Kid Adventure on Facebook