Isnin, 29 Mac 2010

anak seharusnya tahu semua ni


kadang2 ada banyak benda
yang semua ayah2 tidak kongsikan
BAGAIMANA SUSAHNYA
nak membesarkan anak2
yang anak2 tahu.
sebahagian kemahuan harus dilunasi
MANA ADA AYAH2
yang sanggup membiarkan anak2
mencukakan diri.
SEDAYA SEMUA AKAN DILUNASI.
walaupun kadang2
permintaan diluar kemampuan.
SESEKALI MAHU AJA DIKONGSIKAN
BEGINI SAHAJA.
anak2 ku.
sabarlah kehidupan ini tidak
selalunya apa yang kita inginkan tercapai.
mungkin kadang2 nasib kita tak sama
dengan nasib orang lain.
anak2 ku
abi dan ayah2 lain
kadang sering memenangkan kalian
dalam semua hal.
tapi pernah kah kalian tahu
kadang2 abi dan ayah2 juga adalah
manusia2 lain yang ada keperluan2 lain
yang kami tentunya tidak sama.
NIAT DAN KEINGINAN KAMI SAMA
anak2 adalah amanah
anak2 adalah tanggujawab
tapi percayalah
SESEKALI FIKIRKAN
kami bukan tempat untuk
menyempurnakan segalanya
UNTUK ITU
sekali ada kami.
LUNASKAN KEPERLUAN KAMI
menjadi anak2 yang boleh
menjadikan hidup kami
lebih baik dari hari ini dan seterusnya.

8 ulasan:

zai berkata...

Aduhai sedihnya...!!! mmg begitulah sifat kanak2...mereka tak mungkin mengerti apa yg kita sbg ibu bapa lalui sehinggalah tiba waktunya apabila mereka berada ditempat kita...Sabarlah Jinggo..

Anak2 akan belajar melalui pengalaman..pasti mereka akan lebih menghargai kehidupan mereka bersama abi mereka kelak...

zaijb berkata...

salam...

memang benar di waktu begini anak2 kebanyakkan inginkan sesuatu ape yg mereka lihat atau ape yg di miliki oleh rakan mereka...

Dengan cara ini mungkin dia (anak2) ingin melihat reaksi ayahnya...
adakah memenuhi hasratnya... pada ketika ini cara penyampaian adalah sangat penting lembut tapi tegas... jika tidak katakan tidak...
kekadang ada antaranya sengaja membuat ayah nya merasa marah.... itu adalah sebahagian anak2 ini utk mencurik perhatian.

bersabarlah... mereka masih muda lagi... memenuhi masa lapang bersama mereka sekerapnya adalah perkara yg terbaik...

Insyallah ia akan memahami nanti...

Zuraini bt Kamarudin berkata...

sedih baca N3 jinggo kali ini...
ntah kenapa rasa sayu sngt...sebagai bapa jinggo mmglah ayah yg baik...cuma jgn terlalu mengharapkan anak2 memahami kita...kerana mereka smua tak akan mengerti selagi mereka blom matang dan mengerti erti kehidupan sebenar....macam kita dulu juga....hanya perlu bersabar dgn kerenah anak2...dan mereka akn menghargainya satu hari nnti....yakinilah dgn asuhan yg baik...jinggo tak akn kehilangan mereka....

- jinggo - berkata...

kak zai...
mana tahu saya sedih
saya cuma menyalurkan suara hati ayah2 yang lain...
yang mungkin tak terluah...
kadang2 semuanya dipendam aja

- jinggo - berkata...

zaijb
jalan yg terbaik
saya akan menjadi ayah yg mahu menyempurnakan semua kemahuan anak2...

- jinggo - berkata...

kak zu
jangan terlalu mengharap anak2 memahami kita..
tafsiran mereka berbeza....
kadang2 biar ku menjadi lilin ajalah

Cik Bunga Kantan berkata...

Hidup adalah ttg sebuah pilihan.. apabila kta memilih utk menjadi seorang ayah/ibu, seharusnya kta telah bersedia menerima 'pakej' g terangkum bersama pilihan itu.. ~bersedia utk berkorban dan berkorban dan terus berkorban..

Usahlah terlalu mengharap pengertian mahupun penghargaan dr seorang anak.. sudah menjadi tanggungjawab kta melunaskan setiap keperluan mereka.. andai ada permintaan yg x dapat dipenuhi, usahakanlah agar si anak redha menerima ketentuannya sebegitu.. moga2 anak itu akan faham betapa tingginya kasih si ayah..

Untuk si anak..
Ayahmu bukanlah insan yg dpt menyempurnakan segala keinginanmu.. belajarlah memahami 'bahasa hidup' seorang ayah.. mungkin hari ini dia tidak mampu menyuap seekor ikan ke mulutmu, tp tanpa kamu sedar, dia telah membekalkan sebatang pancing yg membolehkan kamu menikmati hidangan ikan setiap hari, waima setelah dia tiada lagi menemani kamu disisi..

roha berkata...

Salam.
Alhamdulilah....masih ada zuriat untuk mendoakan apabila Allah swt menjemput kembali kepada Nya. Apa-apapun, anak tetap anak. Kerenah begini begitu, dah kata anak. Dengan siapa lagi nak bermanja dan mengadu duka gembira kalau tidak dengan insan istimewa di matanya iaitu ayah dan bonda biarpun jauh di mata tapi tidak bermakna jauh dari hatinya.
Anak....permata hati ayah bonda.

Eco Kid Adventure on Facebook